Salam Hormat dan salam bertemu kembali dalam blog "Tanjong Sempoi" yang kini akan memulakan isu semasa yang berlaku di dalam Bahagian Tanjong. Umum mengetahui bahawa ketika ini seluruh kepimpinan di dalam UMNO mendesak Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan atau melakukan peralihan kuasa secepat mungkin demi memastikan UMNO terus relevan untuk menjadi Parti yang menunjangi kekuatan orang melayu dalam negara tercinta ini. Namun disini saya ingin membuka minda masyarakat melayu di Bahagian Tanjong khususnya dan Pulau Pinang amnya bahawa kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong juga harus di lakukan perubahan demi kemajuan bangsa melayu yang kini hanya menjadi kaum "minoriti" di dalam negeri Pulau Pinang. Ini dapat di lihat dibawah kepimpinan Y.Bhg Ketua UMNO Bahagian Tanjong apakah yang telah beliau lakukan untuk memajukan masyarakat melayu di bahagian tanjong. Beliau hanya pandai untuk menjadi "hero" atau dalam erti kata yang lain menjadi "pelakon terbaik" yang harus di beri anugerah "Pelakon Terbaik Pemimpin Syok Sendiri" dimana beliau hanya pandai berkata-kata sahaja, tetapi untuk menunaikan janji sudah tentu tidak dapat di buat. Sebagai contoh selepas lebih dari 3 penggal memimpin UMNO bahagian tanjong, beberapa tahun yang lepas semasa berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO di PWTC beliau dengan lantangnya menyuarakan tentang "Masalah Melayu Pulau Pinang Terpinggir". Isu ini telah mendapat liputan secara meluas dalam media cetak dan media elektronik sehingga beliau telah di angkat sebagai pejuang melayu yang terakhir. Namun itulah hakikat yang harus di terima oleh ahli UMNO dan masyarakat melayu Pulau Pinang, selepas beliau menjadi "Glamour" atau "Popular" dengan isu yang di bawa, berapai ramaikah orang melayu di Pulau Pinang lebih-lebih lagi melayu di dalam tanjong ini menjadi usahawan yang berjaya atau mendapat tender-tender bernilai jutaan ringgit? Harus diingat juga apabila beliau di lantik menjadi salah seorang Pengarah Urusan di dalam PPSB berapa ramaikah remaja-remaja atau pemuda-pemuda yang tidak mempunyai pekerjaan tetap di bantu oleh beliau. Jika kita lihat didalam PPSB begitu ramai sekali pegawai yang di lantik oleh beliau hanya terdiri daripada sebilangan Ketua-ketua cawangan yang hanya menjadi "pecacai-pecacai" beliau yang terhormat dan hanya mempelajari dua perkataan sahaja iaitu "Yes Bos". Harus diingat juga tender-tender atau kesenangan hanya boleh dikecapi oleh orang yang pandai "mengampu" atau menjadi "barua-barua" yang di latih untuk menjatuhkan orang yang cuba mencabar beliau. Renung-renungkanlah wahai ahli UMNO Bahagian Tanjong, Kepimpinan yang ada ini hanya mementingkan diri beliau sendiri sahaja....... Bangkitlah untuk mempertahankan masyarakat melayu yang kini hanya menjadi masyarakat kelas kedua sahaja sedangkan Y.Bhg Ketua UMNO Bahagian Tanjong adalah golongan kelas atasan yang tidak lagi memandang orang-orang di bawah..... Akan datang lagi dengan isu-isu yang lebih panas tentang kepimpinan UMNO tanjong..... Tunguuuuuu!!!!!
Monday, April 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Tunjukkan kebenaran pada orang melayu agar mereka bersatu
macam ni baru betoi nak tolong umno.....
Hidup UMNO!!!!
Haria Tanjong Sempoi Haria
Dia dok lama-lama buat apa bagi can kat orang lain pulak,jom kita ramai-ramai bawak turun dia
apa dia ingat di sorang ja boleh kaya ka.....itulah sikap tamak pemimpin umno yang bagi UMNO dan Barisan, baru padan muka
Hidup Keadilan
Hidup Anwar dan Keluarga
sama la tu,adik beradik Pak lah la konon,jadi Pak Lah nak turun eloklah dia ikut sekali.
tolong update lagi, aku nak update setiap kali aku masuk sini. at least aku dapat bezakan apa yang sebenar2 nya berlaku kat bahagian tanjung.
sekian.
brother kalau nak latest update tolong sebarkan web ini kat ahli tanjong,i tell u depa ada banyak cerita nanti bro tak larat dengar kot
aku dengar mamak nak lawan no. satu konon,helo mamak tongkang ni Tanjong la bukan little india la.
bro, apa salah mamak nak bertanding,mamak bukan manusia ka,mana tau dia lebih baik dari yang dok ada lani.Lagi pun dia ada ball la
betul tu,why dun we give a try no harm what
saya setuju bro,lagi satu bro kita kena tukar ketiga-tiga sayap kepimpinan Umno Tanjong iaitu Pemuda,Wanita dan Pu3.Yang Pemuda yang ada lani `Yes man`,Wanita ingat dia pandai ( Cikgu katakan ) dan yang Pu3 pula dok jaga badan dia aje ( besar ) Kita kena reform mengikut citarasa akar umbi bukan citarasa Ketua Bahagian yang nak safe saja.
Kita x boleh tolak mamak tanjong, sebab siapa nak bikin dalca dalam tanjong. Yang x reti cakap melayu pun boleh dapat lesen kelas F. Tapi yang boleh cakap melayu x dapat bukak kedai Nasi Kandaq. Apa pun, kalih mesti kalih.
kalau kedai nasi kandaq tutup, getaq tangan macam sakit parkinson!
Nie... apa dar hampa dok cite...
kalau naik mamak... kita kalih...
jgn plk dia bg RM50... kita sudah tukaq undi dia..kita mau pegang pendirian, jgn sebab duit kita undi seseorang tue... kita mesti pegang satu prinsip dalam diri....
undi org yg boleh buat keja utk kita,ambil berat,boleh dipercayai...Nie tak ...HAMPA SEMUA DAPAT RM50,JANJI MANIS SIKIT....HAMPA PERCAYA TERUS PANGKAH DIA...BENDA NIE BUKAN BARU... DAH BERZAMAN DAH DALAM UMNO...TAK KIRA CAWANGAN,BAHAGIAN.NEGERI ATAUPUN MALAYSIA.. JADI SENDIRI MAU INGAT......HIDUP UMNO!!!!!!!!!
Tolong jgn buat tuduhan yg melulu. Duit utk kempen x disalah gunakan. Masih banyak dalam simpanan lagi. Kini duit tersebut perlu utk kempen pemilihan UMNO nanti. Kalau x macamana nak lepak kat hotel, kedai kopi, RM50 sorang.
Laani pun dah mula kempen dah... Bukankah lebih baik mereka yg dok guna duit haram ni sejak dari dulu lagi ni belah buang dari menjadi ketua cawangan, AJK Bahagian dan yg lainnya. Bagi orang lain yg pulak utk memperbaiki UMNO. Yang dok ada sekarang ni semua hampeh. Kata orang pandai, tapi depa tu saya rasa lagi tak boleh harap.
memanglah duit tu utk kempen ketua bahagian saja..
selagi ada barua2 dalam umno tanjong, hampa yang nak buat perubahan jgn dok mimpi....
takat jadi ahli dalam bahagian... apa hangpa boleh buat?????mcm mana hangpa nak kalih depa nie semua...
kalau nak kalih,org tua kata.... cabut akar2 sekali... sebiji buah pun jgn tggl... baru betoi perubahan.... tidak.... boleh sembang dalam blog ja la......hahahahahha
Ingatkan tak mahu nak tulis apa-apa lagi diblog ini, tapi terpanggil juga utk memperkatakan sesuatu. Tak perlulah nak bagi nama sebab kalau boh pun bukan ada yang kenai, lagipun belum tentu nama tu nama betul. Nak bubuh nama Put3 x Berteluq pun susah jugak.
Biar saya sentuh tentang rasuah politik ni. Rasuah ni bukan semestinya terima duit atau setakat dapat makan free kat hotel atau sebagainya. Ianya perlu dilihat dalam konteks yg lebih luas lagi. Pendek kata, penyalah gunaan kuasa pun dikira sebagai rasuah. Contohnya, pembukaan cawangan baru khusus utk yg tertentu sahaja atau memberi kerja kepada Ketua-Ketua cawangan ke... bukan kepada yg benar2 layak dan memerlukan.
Apakah kita tidak termasuk dalam mana2 golongan yg diatas? Jika tidak maka bersyukurlah... dan jika tidak berubahlah... atau JOM LAH KITA UBAH....
memang pu3 tak berteloq! maybe nama tu boleh dipertimbangkan..atau new rules for all, must go for medical check-up untuk kenal pasti jantina seseorang before entering pu3, pemuda, whatever :)
actually i tak side mana2 pihak, baik org lama atau bakal org baru yg akan membawa tanjong nie. i'm too young to give any comment, i just tambah garam & gula in here, don't u noticed? real life, i lebih suka duduk diam2 serta perhatikan dari belakang..utk melihat segala pergerakan, perubahan, whatever..asalkan for me, melayu (berdarah apa suku skali pun) akan terus sama2 menyokong melayu agar tak hilang di dunia.
Post a Comment