Wednesday, May 28, 2008

Jadilah Diri Yang Sebenar.......

Salam bahagia dan salam hormat buat pembaca tanjong sempoi yang masih setia untuk menanti paparan-paparan menarik. Buat pengetahuan semua yang melawati blog tanjong sempoi ini, beberapa pesanan penting yang harus tanjong sempoi kemukakan. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin melalui blog yang disediakan hanya untuk meningkatkan kredibiliti kaum melayu di PulauPinang agar lebih memahami peranan yang di mainkan oleh blogger dalam mengetengahkan isu-isu semasa.

Untuk makluman pembaca, isu penarikan diri Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir (mantan Perdana Menteri) bukanlah isu utama yang cuba dipaparkan oleh kami di tanjong sempoi, Cuma kami berasa terpanggil untuk menulis berkenaan isu yang sedang hangat di perkatakan oleh ahli-ahli UMNO termasuk kami di tanjong sempoi. Namun selepas kami menulis disini kami telah menerima komen yang di berikan oleh beberapa pembaca yang mungkin ProMahathir atau ProAbdullah atau ProAnwar. Hakikat yang harus diterima oleh semua pembaca kami, apa yang menyedihkan kini adalah sikap Ahli-Ahli Parlimen yang bersifat talam dua muka. Mungkin hasrat yang cuba disampaikan oleh Tun Mahathir adalah benar, ini dapat di buktikan apabila beliau kerap di jemput oleh kebanyakkan ahli-ahli UMNO akar umbi yang mahukan nasihat daripada mantan Perdana Menteri yang juga merupakan Veteran UMNO bagi member semula semangat kepada mereka yang dilihat kian luntur selepas UMNO dan juga pakatannya mengalami kekalahan yang memalukan dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa mantan Perdana Menteri adalah seorang yang bersikap berani dan lantang dalam melakukan sesuatu perkara walaupun ia di luar batas pemikiran ahli-ahli UMNO itu sendiri. Sebagai contoh ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri beliaulah satu-satunya pemimpin melayu dan islam yang begitu berani mencabar kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dalam perkara yang beliau lihat Puak Amerika cuba menjatuhkan maruah islam. Dan mungkin juga ramai yang tidak sedar bahawa mantan Perdana Menteri yang di katakan ‘nyanyuk’ ini amat disanjungi oleh Negara-negara luar seperti Britain, Russia,Jepun, Korea, Iran, China,Thailand, Indonesia, Arab dan banyak lagi Negara yang tidak dapat tanjong sempoi nyatakan disini. Ini dapat dilihat apabila beliau kerap di jemput untuk menyampaikan ucapan-ucapan di hadapan pelajar-pelajar mahupun para usahawan-usahawan di Negara-negara berkenaan yang dilihat menantikan beliau berucap dengan ucapan yang boleh di gunakan oleh mereka sebagai pemangkin semangat dalam melakukan sesuatu perkara.

Namun di Malaysia sebaliknya berlaku, ini di sebabkan oleh sifat pentingkan diri sendiri para pemimpin-pemimpin UMNO masa kini yang cuba menidakkan kehebatan beliau dengan mengelarkan beliau dengan bermacam-macam gelaran oleh kerana ingin menunjukkan kehebatan mereka. Apakah mereka lupa akan jasa yang telah Tun Dr. Mahathir berikan kepada rakyat Malaysia? Dan tidakkah mereka sedar jika tiada didikan daripada orang lama seperti Tun Mahathir dan veteran-veteran UMNO maka tidak akan ada pemimpin pelapis yang mampu memimpin Malaysia?

Jika disingkap semula kejadian yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2002 di mana ketika itu Tun Dr. Mahathir menyatakan beliau ingin melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dan juga sebagai Perdana Menteri kelihatan orang pertama yang dilihat meminta Tun Dr. Mahathir menarik balik kenyataannya adalah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Datuk Seri Rafidah Aziz Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang dilihat menitiskan airmata. Lakonan yang dilihat itu adalah semata-mata kerana ketika itu mungkin kedua-dua pemimpin ini dilihat masih mempunyai sesuatu yang belum dicapai oleh mereka dan mereka takut akan kehilangan jawatan apabila kepimpinan bertukar tangan. Namun setelah Tun Dr. Mahathir melihat desakkan yang kuat dari ahli-ahli UMNO akar umbi yang mahu melihat Tun Dr. Mahathir terus memimpin UMNO dan kekal sebagai Perdana Menteri maka Tun telah menarik balik hasratnya dan menyatakan syarat bahawa beliau akan melepaskan jawatannya pada tahun 2003 dan ketika itu pemimpin-pemimpin yang merasakan era kepimpinan mereka akan tamat sejajar dengan hasrat Tun mula merapati bakal penganti Tun iaitu Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Mengapakah tidak ketika itu pemimpin-pemimpin ini tidak membiarkan Tun dengan pendiriannya? Mengapakah perlu dipertahankan apabila Tun menyatakan ingin meletakkan jawatan ketika itu?

Apa yang dikesalkan kini setelah mengumumkan bahawa beliau keluar dari UMNO dengan syarat akan kembali setelah UMNO melakukan perubahan kepimpinan, orang yang dilihat lantang bersuara juga adalah kedua-dua pemimpin dari Pemuda dan Wanita ini termasuk juga Datuk Seri Nazri Aziz yang boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Inilah yang dinamakan politik UMNO yang hanya mementingkan diri sendiri dari memperjuangkan nasib Agama,Bangsa dan Tanahair. Ketika ini juga dilihat Ketua Pergerakan Pemuda itu telah mengungkit kisah-kisah silam semasa zaman kepimpinan Datuk beliau dan bapa beliau dengan mengatakan Tun juga pernah menentang mereka ketika itu.

Mengapakah perkara ini harus berlaku ketika umat melayu di lihat semakin lemah untuk mempertahankan kedaulatan bangsa sendiri dan mengutuk pemimpin yang pernah mereka sanjungi satu ketika dahulu. Ketua Pergerakan Wanita pula dalam satu kenyataan akhbar yang di buat beliau semasa beliau melawat Kelantan menunjukkan beliaulah salah seorang yang juga boleh dikategorikan sebagai apa yang beliau ungkapkan ‘pembodek’ dan bersikap ‘yes bos’. Masakan tidak kerana beliau adalah salah seorang menteri di dalam kabinet sebelum berlangsungnya PRU-12 yang lalu. Apakah beliau juga salah seorang yang telah memberi maklumat yang salah kepada PakLah sehingga menyebabkan Barisan Nasional kalah teruk . Apakah beliau baru tersedar selepas beliau terkeluar dari kabinet yang diumumkan oleh PakLah selepas PRU-12. Datuk Seri Nazri Aziz pulak boleh di kategorikan sebagai pembahas yang syok sendiri kerana beliau juga seorang yang pelupa siapa yang memberi peluang kepada beliau untuk menjadi pemimpin. Bukankah ramai lagi yang berwibawa dan boleh di bawa ketengah untuk menjadi Ahli Parlimen bukan seperti beliau yang sering di jadikan mangsa belasahan di dalam parlimen oleh parti pembangkang.

Kepada pemimpin-pemimpin ini, renunglah sejenak hala tuju perjuangan kalian, tanyalah diri anda, apakah perjuangan anda untuk Agama, Bangsa, dan Tanahair? Atau perjuangan anda untuk keperntingan peribadi? Atau sudah sampai masanya untuk anda berundur dari menjadi pemimpin yang dilihat diri sendiri pun anda tidak mampu memimpin?

Kepada anda juga ingatlah lima perkara ini,’sihat sebelum sakit’, ‘muda sebelum tua’, ‘kaya sebelum miskin’, ‘lapang sebelum sempit’ dan ‘hidup sebelum mati’…………

0 comments: