Salam hormat dan salam bertemu kembali. Untuk makluman semua pembaca di blog ini tanjong sempoi ingin memohon maaf kerana tidak dapat menulis di blog ini berikutan keadaan tanjong sempoi yang tidak beberapa sihat beberapa hari yang lepas. Kini alhamdullilah, tanjong sempoi telah kembali pulih untuk meneruskan tugasan tanjong sempoi. Apa yang menarik perhatian tanjong sempoi ketika ini adalah mengenai pertikaian yang di lakukan oleh Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh yang telah mempertikakan tentang Teks Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin pada hari perasmian Parlimen yang ke 12 baru-baru ini. Apa yang di kesali oleh tanjong sempoi adalah kerana Pengerusi DAP yang kini telah menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) ini tidak menghormati Sistem institusi beraja yang di amalkan di Malaysia dimana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai Ketua Rasmi di Negara Malaysia. Pengerusi DAP ini juga di lihat seperti mencabar kuasa-kuasa Raja Melayu yang berpelembagaan apabila bertindak mempertikaikan keputusan yang di lakukan oleh Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Beliau juga dilihat cuba memporak-perandakan negara Malaysia yang tercinta ini bagi kepentingan peribadi beliau. Sepatutnya sebagai seorang yang menjadi rakyat Malaysia, beliau haruslah menghormati Raja-Raja Melayu yang ada di Bumi Malaysia ini. Namun apa yang dikesali oleh tanjong sempoi di mana Parti Pas yang dikatakan Parti Islam SeMalaysia dan juga Parti Keadilan yang dipimpin oleh orang melayu yang beragama islam masih berdiam diri bagi menjaga hati parti DAP yang telah menjadi saudara kepada parti PAS dan Keadilan dalam politik mereka. Apakah sehingga ketahap ini parti PAS dan Keadilan masih boleh membisu dan membiarkan seorang 'OKU' mencabar maruah dan menghina Raja-Raja Melayu? Apakah PAS dan Keadilan takut kehilangan kuasa dan mahu melihat sistem Raja Berpelembagaan di hapuskan oleh sebuah Parti yang mengunakan dasar Malaysia Malaysian? Sedarlah wahai orang melayu dikalangan parti PAS dan Keadilan. Politik hanyalah satu platform untuk memperjuangkan hak rakyat namun tidak sama sekali bagi mempertikaikan satu-satu keputusan atau titah yang telah di sampaikan oleh Raja-Raja Melayu yang juga Ketua Agama Islam di negara tercinta ini. Di bawah ini tanjong sempoi sediakan serba sedikit rujukan mengenai Sejarah Yang di-Pertuan Agong untuk tatapan pembaca........
Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.
Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.
Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).
Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.
Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:
Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)
Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)
Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)
Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)
Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981) .
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.
Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu.
Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Syarat yang akan diambil kira ialah:
1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.
Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:
1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.
4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.
5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924, memerintah pada 1970-1975.
6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.
7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.
8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989.
9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999.
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006- Hingga Kini.
Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan tetapi didalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.
Keunikan tradisinya sejak 1957 , kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, baginda tak seunik Malaysia kerana ia datang dari 1 keluarga sahaja. Tetapi uniknya Malaysia ia datang dari 9 Sultan yang memerintah Negeri-Negeri Melayu......... inilah serba sedikit sejarah yang dapat tanjong sempoi sediakan dan kepada UMAT MELAYU tanjong sempoi berpesan..........BANGKITLAH BANGSA MELAYU DAN BERSATULAH KITA BAGI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA KITA DAN MEMPERTAHANKAN BANGSA KITA DARI TERUS DI HINA. KETEPIKANLAH DAHULU PEGANGAN ATAU FAHAMAN POLITIK YANG DI IKUTI OLEH KITA. PERJUANGAN KITA KINI ADALAH UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA....... ALLAHHUAKBHAR!!!!!!!!

3 comments:
Saya berterima kasih kepada sdra membangkitkan isu Kedaulatan Raja-Raja. Tapi kita harus ingat, bahawa sesiapa pun, walau raja, PM atau hamba rakyat tak lepas dari undang2. Kalau terlalu diagung-agungkan tanpa batas sebenarnya tak baik utk bangsa melayu.
Takkanlah institusi Raja tak boleh ditegur langsung. Mungkin cara menegur tu silap. Walau bagaimanapun mesti ada 'check and balance'. Tanpa rakyat mana ada raja.
Sudah tiba masanya kita berpegang pada raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Masa zaman Tun Mahathir dulu pun perkara dibangkit. Tapi takda siapa nak ambil tindakan pada beliau, tapi kenapa sekarang?
Kalau kaum lain sedar akan kesilapan yg dilakukan oleh Raja-Raja, apakah orang melayu hanya perlu menelan saja apa saja kesilapan yg dilakukan oleh Raja-Raja atas sebab mentaati raja.
dan tak dilupakan ialah para kerabat di raja, just because they are related n berada dlm golongan yg bertuah sepanjang zaman, so mereka nie boleh buat sesuka hati?
Post a Comment