Salam bahagia dan bertemu kembali. Syukur kehadrat allah kerana ketika ini tanjong sempoi masih mampu menulis dalam keadaan yang tenang tanpa digangu oleh sesiapa. Namun kali ini tanjong sempoi ingin mencoretkan sedikit tentang Peranan yang di mainkan oleh Persatuan Melayu yang terdapat di Pulau Pinang terutama sekali Persatuan Melayu Tanjong atau dengan nama glamournya PERMATA. Umum tentu mengetahui PERMATA ini di wujudkan adalah kerana melihatkan karier politik individu yang memimpin PERMATA ini kelihatan seperti akan tamat didalam UMNO, maka dari situ lahirnya satu idea dari kepimpinan yang dilihat ingin memastikan peranan yang dapat di mainkannya untuk terus memimpin walaupun dengan menggunakan nama yang dilihat seakan memperjuangkan nasib bangsa melayu yang berpesatuan.
Sejarah penubuhan awal PERMATA ini adalah dari kalangan mereka yang dilihat cuba mencari pengaruh walaupun pada hakikatnya mereka-mereka ini juga adalah dari kalangan orang politik yang mementingkan agenda peribadi. Walaupun diawal penubuhan PERMATA ini matlamatnya adalah untuk membantu golongan melayu atau memperjuangkan nasib mereka yang memerlukan pertolongan mendapat tempat di hati masyarakat tanjong, namun setelah perjuangannya dilihat semakin lari dari landasan maka ramai ahli-ahli PERMATA dilihat tidak lagi aktif, cuma yang tinggal hanyalah Tuan Presiden dan barisan ahli jawatankuasanya serta ahli-ahli yang dilihat masih lagi tertipu dengan matlamat perjuangan PERMATA yang kini jauh menyimpang.
Tuan Presiden PERMATA ini adalah salah seorang orang kuat UMNO Bahagian Tanjong di bawah kepimpinan Ketuanya yang lebih kurang sama peranannya. Tidak di nafikan juga ketika ini terdengar ura-ura yang mengatakan bahawa Tuan Presiden ini akan bertanding untuk kerusi penting didalam UMNO Bahagian Tanjong iaitu kerusi No. 2, berita ini tanjong sempoi dengari dari salah seorang 'kambing hitam' yang juga merupakan orang kuat kepada Tuan Presiden ini. 'Kambing Hitam' ini juga pernah menjadi orang buangan Tuan Presiden ini satu ketika dahulu hingga pernah meninggalkan Cawangan Tuan Presiden ini dan menyertai Cawangan orang lain kerana tidak puas hati dan tidak dapat memegang jawatan dalam cawangan Tuan Presiden. 'kambing hitam' ini juga seorang yang gila glamour dan sering membuat kenyataan-kenyataan di dalam akhbar, tapi tidak satu pun kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar itu di lakukan oleh beliau(gila glamour la katakan). Namun yang menjadi kemusykilan kepada tanjong sempoi, layakkah Tuan Presiden ini bertanding untuk merebut kerusi no. 2 di dalam UMNO Bahagian Tanjong? Setahu tanjong sempoi, isteri beliau yang dikatakan seorang bekas cikgu yang paling pandai (katanya kepada ahli wanita satu ketika dahulu) adalah seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong. Apakah ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong rela untuk melihat suami isteri yang ingin memenuhi agenda politik mereka ini menjadi pemimpin di dalam UMNO Bahagian Tanjong? Dan Apakah UMNO Bahagian Tanjong akan menjadi PARTI untuk suami isteri?
Renungkanlah sejenak wahai ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong, pernah satu ketika si suami ini telah mengantikan si isteri ini sebagai Ahli Majlis MPPP Negeri Pulau Pinang, apakah sumbangan yang telah suami isteri ini berikan kepada masyarakat di dalam tanjong? Si suami pula yang menjadi Pengerusi Biro Perumahan di dalam UMNO Tanjong dan persoalannya, berapa ramai masyarakat tanjong yang berjaya memperolehi rumah hasil usaha yang dilakukan oleh beliau? Setakat menjadi 'despetch' UMNO dengan membawa dokumen yang telah diisikan oleh ahli-ahli UMNO tanjong sempoi rasa budak sekolah pun boleh buat kerja macam tu.
Baru-baru ini juga tanjong sempoi dengar dari mulut orang kuat beliau yang di gelar sebagai 'kambing hitam' semasa bercakap-cakap di kedai kopi dalam satu perasmian mesyuarat agung tahunan persatuannya beliau telah menjemput Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir untuk merasmikan mesyuarat itu, dan semasa beliau menyampaikan ucapan beliau 'kambing hitam' ini mengatakan bahawa ketuanya telah mengalirkan airmata kerana kecewa dengan nasib yang menimpa bangsa melayu di dalam Tanjong, kedengaran juga 'kambing hitam' ini berkata "Tuan Presiden aku tu pandai berlakon la" konon nak tarik perhatian Tun Dr. Mahathir. Dari sumber yang tanjong sempoi dengar juga ada di kalangan mereka yang hadir di situ tergelak macam nak pecah perut melihat gelagat Tuan Presiden yang menangis bagai nak rak. Mungkin tuan Presiden ini sedih kerana Barisan Nasional kalah di Pulau Pinang dan beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis MPPP kepada pembangkang. Tanjong sempoi rasalah kalau Tuan Presiden ini menang dalam perebutan kerusi no. 2 UMNO Bahagian Tanjong mungkin beliau tidak akan menangis lagi dan tanjong sempoi juga rasakan perjuangan persatuannya hanya akan menjurus ke arah agenda peribadi dengan memenuhi kantung beliau sendiri dan bukan lagi untuk membantu masyarakat di dalam tanjong.
Jadi kepada ahli-ahli PERMATA dan ahli-ahli UMNO, jika anda merasakan penyelewangan yang beliau lakukan janganlah anda memberi peluang kepadanya untuk terus menguasai kerusi itu kerana ini akan menyebabkan orang-orang bawahan terus tertindas, dan pastikan semasa berlangsungnya pemilihan nanti, janganlah termakan dengan pujuk rayu beliau. Kalau di berikan juga akan binasalah UMNO Tanjong kelak. Dan sudah pastinya 'kambing hitam' beliau akan meninggalkannya keseorangan. Kalau boleh 'kambing hitam' ni pun jangan di beri peluang kerana dia adalah 'barua' atau 'tali barut' tuan presiden ini.
Fikir-fikirkanlah...........!!!!!!!!!
6 comments:
Presiden ni nampaknya gila kuasa, tapi biarkanlah saya rasa kuasa yang dicari akan memakan diri, tak sangka pulak tuan presiden ni buleh buat kerja despatch, tak silap aku kat tempat kerja aku baru2 ni bos aku ada cari despatch, kalau nak interview aku boleh tolong...... maklumlah dah takdak jawatan dalam ahli majlis, kalau jadi ahli majlis pun buat kerja despatch macam mana pulaak kalau jadi despatch nak lawan no 2.... hehehe malulah sikit presiden woi.... bush pun tau malulah....... kalau nak duit bagi tau je la aku boleh tolong bagi kat presiden.... kambing hitam tu pulak buat kerja apa tanjong sempoi??? aku raasa dia ni mesti cuci rumah presiden tu kan... hehehe
i wanna share something with all in here. bercakap pasal rumah, permohonan i telah dibantu oleh family lain. eventhough tak berjaya mendapat rumah yg diingini but i was very satisfied cuz these family gave me a chance. MANY THANKS & MAY ALLAH BLESS U. besides that, ada family lain turut ingin membantu but i have to reject after mendapat pertolongan dari family terdahulu.
well, i nie actually pu3 family sini but feels like "pu3terbuang"..
for those in tanjong yg kini berada on top of the world or ada super power or how rich & famous u are..dont forget ur responsibility to ur own family and pls be more sensitive!
Hahahaha..... menangis konon,kau lebih baik keluar dari tanjong menyusahkan orang saja...... Kambing hitam tu aku tau nama dia mesti Pendek dan buncit kan atau 'penbun'
Khabar yang di berikan oleh tanjong sempoi ini membuatkan aku tak boleh tidur selama 2 hari, bukan kerana rindu akan 'TS' tapi kerana takit apakah yang akan berlaku pada masa depan orang melayu di tanjong jika persatuan melayu yang ada pun tak boleh nak tolong melayu. apa yang musykilkan aku, aku pernah di perkenalkan kepada presiden ini ketika aku pulang ke penang satu ketika dahulu, tapi tak nampak pun sikap presiden ni seperti 'TS' kata. mungkin dia tak tunjuk kat aku lagi. namun nasib baik aku tak menyertai dia kalau tidak aku pun kena kerat dengan dia apa. apa pun 'TS' ko buleh ler buat aku tersedar dari lamunan, mungkin kalau aku jumpa dia lepas ni aku buleh larikan diri, kalau masih ada 'duri dalam daging' di tanjong ni aku ingat hampehhh la tanjong nak maju. 'TS' aku ingat nak invite ko ke tempat aku la di kawasan kl ni, sebab apa ko ni seorang penulis politik yang aku rasa boleh menyedarkan orang ramai. tapi sayang blog kau ni tak ramai yang mengikuti.... Kalau ko bule menulis pasal poilitik di tempat aku, mungkin aku rasa mereka akan mengikuti perkembangan politik melalui blog kau...... diaorang ni dah tak minat nak join politik umno sebab umno ni pemimpin dia penipu macam yang ko kata tu la.......
Apa baik pun aku dah dapat jawatan tinggi dan aku pun dah buat kerja yang patut aku buat. Bukan macam hang dok jaga tepi kain orang, mengata orang tapi tak dak apa pun sumbangan yang hang bagi. Lagi 1 takan takut sampai profile pun x isi? awat tak dak teloq ka? berani buat berani tangung la. Ni aku cabar hang kalau betoi hang dedahkan diri hang yang sebenar jangan dok jadi bacoi
hai tak kan presiden cabuk pun rasa tgugat dgn komen2 sebegini,rileks la,la nie baru hg tau no..dulu pndai sgt dok fitnah org,la nie kena kat hg,gelabah bewak jugak..aku rasa presiden nie mau bg berambus dr tanjong,hg nie la perosak UMNO,keja hg bagi UMNO pecah belah sj..apa yg hg tau buat khianat kat org, fitnah..ingat2 la wahai Tuan Presiden..esk di akhirat apa nak jwb,dosa byk sgt dah tueeeeeeeeeeeeee..byk btaubat sblm hg t'kojol keras tak bnyawa.
Post a Comment