Bertemu kembali di laman tanjong sempoi. Walau sebilangan kita masih meratapi berita mengenai Tun Dr. Mahathir namun "perjuangan kita masih belum selesai" ungkapan yang selalu dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir. Buat ahli UMNO masa yang sesuai akan tiba tidak lama lagi di mana pada bulan Julai ini akan berlangsungnya mesyuarat cawangan yang akan bermula dari 17 Julai hingga 24 Ogos 2008.
Apa yang ingin tanjong sempoi katakan di sini, lakukanlah perubahan yang kita harapkan janganlah hanya mengharapkan sekeping kertas untuk menjadi kuasa yang akan menentukan masa depan UMNO. Jika ramai yang tidak faham apa itu sekeping kertas yang di katakan berkuasa, kertas itu akan tertulis nama-nama mereka yang akan bertanding, namun harus diingat jika didalam kertas itu tertulis nama orang yang boleh menghancurkan UMNO, kalau di pilih juga UMNO akan terus merana, dan tanjong sempoi rasakan UMNO akan tiada masa depan dalam menuju perubahan.
Jika ahli-ahli UMNO menyanyangi UMNO maka masa yang sesuai inilah harus digunakan untuk menentukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk memimpin UMNO. Buat ahli-ahli UMNO tanjong khususnya pertukaran harus dilakukan, pertukaran yang boleh membawa kekuatan dan menentukan hala tuju melayu dalam tanjong. Tanjong sempoi akan memberikan beberapa tips di bawah ini dalam menentukan proses pemilihan yang telus dan diingatkan kepada pembaca tanjong sempoi akan sentiasa memberi tips-tips yang berguna untuk pembaca tanjong sempoi.....
TIPS Proses Pemilihan UMNO Peringkat Cawangan:-
1. Pastikan anda telah membayar yuran yang dikenakan sebanyak RM 1. (jika yuran pun tak boleh bayar anda hilang kelayakkan untuk menjadi pemilih)
2. Pastikan surat panggilan mesyuarat sampai kerumah anda atau di alamat yang telah anda berikan. ( sila pastikan alamat yang anda berikan itu betul)
3. Pastikan anda mengenali individu yang anda ingin lantik sebagai Ketua anda. (kalau lantik yang lebih kurang sama, tak guna juga)
4. Pastikan apabila anda mencalonkan nama ketua itu, ia akan mendapat sokongan dari ahli-ahli yang lain. (sekurang-kurangnya seorang menyokong cadangan anda)
5. Jika anda mendapat kertas yang di berikan oleh orang-orang tertentu, pastikan nama yang anda ingin calonkan itu ada didalamnya. (kalau anda ambik dan terus mengundi pun tak guna juga)
6. Pastikan anda mempunyai pengaruh yang kuat di dalam cawangan untuk memilih ketua, dan ketua anda boleh memimpin dengan betul. (kalau anda tidak dikenali jangan nak tunjuk pandai)
setakat ini dulu TIPS yang diberikan oleh tanjong sempoi, TIPS akan di berikan dari semasa ke semasa dan jika tanjong sempoi berkesempatan akan tanjong sempoi masukkan nama mereka-mereka yang akan bertanding. Tanjong sempoi hanya ingin membantu, jika anda ada maklumat hantarkan maklumat anda kepada tanjong sempoi...... bertemu lagi.......

4 comments:
Tanjong sempoi, Ahli UMNO penang semua tak boleh Pilih orang lain kalau pilih orang lain nanti paklah tak bagi jadi warganegeri Pulau Pinang. Negeri yang dikatakan Melayu terpinggir.... Anyway tak nampak pun usaha paklah nak pulihkan negeri Pulau Pinang. Yang Presiden dok nampak hanya Negeri Sabah dan Sarawak pasai takut depa lompat Parti. Yalah Pulau Pinang ni tak dak minyak dan hasil bumi yang boleh bagi negara Malaysia kaya, cuma mamak nasi kandaq ja ramai, so tak payahlah nak pening-pening pasai penang. Apa pun saya rasa orang penang akan pilih
Presiden: Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
Tim. Presiden: Tan Sri Nor Mohamad Yaakob
N.Presiden: Datuk Rezal Merican
Ketua Pemuda: Khairy Jamaludin
Ketua Wanita : Datuk Shahrizat Jalil
Ketua Puteri : Nori Abdullah
inilah barisan kepimpinan harapan Malaysia pada masa depan.Dan bila tiba PRU ke-13.... UMNO dah dibacakan talkin.....
doamakbul, ur comment really make me do one kinda smile that actually says..so true! Bersama kisah kita yg sama cuma kontra negeri, yg pasti i setuju dgn komen u.
author, thanks for the good tips. i nak tambah satu lagi;
jika individu yg selama nie tak perasankan anda apatah lagi nak tegur anda (terutama jika tak berjawatan & tak berkepentingan), tetiba menyapa anda, mungkin ianya terjadi kerana ribut melanda myanmar atau gempa bumi melanda china..maksudnya bahawa undi anda sahaja yg diingini. fikir-fikirkanlah..
Benar kata-kata u pu3terbuang, i dengar ketika ni dekat penang tengah hangat lobi-melobi nak jadi ketua bahagian, ada yang dah terbuang pun nak jadi ketua bahagian balik macam yang i dengar kat jelutung..... kat tanjong i tak tau la pulak macam mana senarionya, khabar yang tanjong sempoi buat ni macam ketua bahagian tanjong boleh kalah..... kat bukit bendera pun i rasa akan jadi pesaingan sengit, begitu juga dikatakan akan kembali muka-muka lama yang akan menerajui bahagian Permatang Pauh, tak lupa juga akan ketidakpuasan hati ahli-ahli umno dekat bahagian nibong tebal yang akan menyingkirkan ketua mereka, tetapi bahagian kepala batas ahli mereka semuanya setia kepada pemimpin, dekat bagan i dengar mungkin akan ada pertukaran kerusi untuk bawahan saja, tasik gelugur pulak mungkin buat pertama kalinya akan di terajui oleh mamak yang jadi menteri keewangan, bahagian bukit gelugur nampak macam ketuanya akan kekal sebab orang suka akan kepimpinannya, bahagian bayan baru pulak pertukaran akan berlaku kerana kepimpinan atasan banyak orang KJ sedangkan orang bawahan tak suka kat KJ, bahagian balik pulau akan menyaksikan persaingan yang sengit juga dan rasanya akan berlaku juga pertukaran dari kerusi-kerusi Pemuda dan juga Wanita yang di lihat akan lebih menonjol selepas ini, ini hanya ramalan saya yang dah lama tinggal di luar tapi mendapat berita dari sumber yang sangat-sangat boleh di percayai.....
Post a Comment