Sunday, May 11, 2008

Penjelasan dari Komen 'raja kapur' dan 'pu3 terbuang'.....

Salam hormat "tanjong sempoi" ucapkan buat 'raja kapur' dan pu3 terbuang yang sudi meberi komen berkenaan dengan kedaulatan Raja-Raja. Apa yang menarik perhatian "tanjong sempoi" dari komen yang di berikan oleh anda berdua adalah mengenai teguran yang harus diberikan kepada Raja jika melakukan kesilapan. Dari apa yang tanjong sempoi faham, memang benar kata-kata kalian, Apakah tidak boleh di tegur institusi Raja?

Tetapi bukankah tugas untuk menegur Raja itu telah rakyat amanahkan kepada Mamanda Perdana Menteri?. Jika kita ikuti kisah dari filem-filem melayu dahulu kala dari setiap sudut kita dapat lihat apabila Baginda Sultan atau Raja ingin mendapatkan nasihat maka Mamanda Perdana Menteri akan dipanggil untuk Baginda Sultan berbincang. Maka sesuatu keputusan akan dibuat dan akan disampaikan kepada seluruh rakyat jelata. Mungkin tanjong sempoi tidak berapa arif mengenai adab dan tertib untuk berdepan dengan Baginda Sultan atau Raja kerana tanjong sempoi dilahirkan dalam sebuah Negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja, yang ada hanyalah Gabenor yang di lantik dari rakyat biasa. Namun yang menariknya di negeri yang tanjong sempoi lahir ini kuasa mutlaknya adalah terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai pandangan "raja kapur" berkenaan dengan "Tanpa Rakyat mana ada raja", tanjong sempoi tidak bersetuju kerana Raja tidak di lantik oleh rakyat akan tetapi keputusan yang di buat oleh Majlis Raja-Raja. Dizaman kini adab, tertib dan budaya menghormati Raja telah dihilangkan oleh masyarakat melayu itu sendiri sehinggakan membenarkan bangsa asing yang membuat teguran kepada Raja-Raja Melayu. Bukankah banyak platform yang boleh di gunakan bagi menegur kesilapan yang di lakukan oleh Raja-Raja?

Berkenaan pandangan raja kapur bahawa pada zaman Tun Dr. Mahathir juga perkara ini pernah berbangkit tetapi kata 'raja kapur' tiada siapa yang ambil tindakan, maka 'raja kapur' haruslah bercakap berlandaskan fakta, di sini ingin tanjong sempoi katakan sekali lagi, ketika itu Tun Dr. Mahathir adalah sebagai Perdana Menteri dan menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, perkara ini berlaku pada tahun 1983 apabila beliau hanya mengemaskinikan kuasa Yang Di-Pertuan Agung dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, itupun selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing. Bukannya beliau menentang kuasa atau arahan yang telah di buat oleh Sultan-Sultan seperti yang dilakukan oleh Mr. Karpal Singh (OKU) yang bersikap biadap terhadap Baginda Sultan. Apakah dengan mengemaskini kuasa Sultan-Sultan perlu di ambil tindakan?

'Raja kapur' ada mengatakan bahawa kaum lain melihat ada kesilapan yang di lakukan oleh Raja-Raja, maka bolehkah 'raja kapur' huraikan kesilapan yang di lakukan itu? Bukankah mentaati Raja itu telah menjadi amalan sejak turun temurun yang telah di lakukan oleh datuk nenek moyang kita, atau 'raja kapur' ingin menjadi seseorang yang dapat mengubah sejarah seperti dalam cerita Laksamana Bentan?

Fikirkanlah sejenak di Britain juga rakyat mereka amat menghormati Raja mereka iaitu Ratu Elizabeth II yang menaiki takhta sejak 2 Jun 1953 dan merupakan kepimpinan kedua paling lama di dunia selepas Raja Thailand yang sehingga kini masih memegang jawatan dan dihormati oleh Rakyat negara beliau. Patutkah kita menjadi penentang hanya kerana untuk membuat 'check and balance'? Belajarlah bagaimana untuk menghormati Raja kita dari sahabat negara jiran Thailand, walaupun pergolakan politik berlaku tetapi mereka amat menyanjungi Raja mereka. Tidak ada ahli politik mereka yang bersikap biadap seperti Mr. Karpal Singh (OKU).
Dan buat pu3 terbuang, anda juga membuat kenyataan yang silap sama seperti raja kapur, manakan mungkin kerabat diRaja boleh melakukan apa saja sesuka hati mereka, kerana mereka juga manusia biasa yang tidak boleh lari dari kesilapan 'duniawi'. Kerabat Raja juga tidak terlepas dari tindakan undang-undang jika mereka melakukan kesilapan seperti yang di laporkan oleh akhbar-akhbar tempatan dalam beberapa kes yang melinbatkan Kerabat DiRaja suatu ketika dahulu......
Buat raja kapur dan pu3 terbuang, "tanjong sempoi" ingin memohon maaf jika kata-kata "tanjong sempoi" menyingung perasaan kalian berdua,kerana ini hanyalah pandangan dari kacamata "tanjong sempoi" dan kata-kata "Raja adil Raja disembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah" haruslah diletakkan ketepi dahulu. Belajarlah untuk menyanjungi Raja-Raja Melayu kerana jika kita bersikap begini manakan mungkin kita akan bersatu dalam menghadapi dugaan yang mendatang bagi membina semula kekuatan bangsa melayu? Fahamilah ungkapan ini "Raja itu Melayu dan Melayu itu Raja" di Bumi Malaysia............

6 comments:

Raja Kapur said...

Terima kasih kerana menjawab persoalan yang saya utarakan. Dan saya juga menjunjung Rukun Negara yg kedua. Demi tuntutan agama yg menghendaki kita menghormati pemimpin dan demi kewujudan adat melayu itu sendiri maka institusi raja itu masih relevan.

Tapi patut diingat, dlm rukun negara itu terdapat juga yg ketiga dan keempatnya. Mungkin kaum yg wajib memakai seputar ini lupa akan rukun negara yg kelima.

Wajar juga diingatkan kepada ... bahawa rukun negara yg pertama adalah RAJA segala raja. Sekiranya tak hormat rukun negara yg ketiga dan keempat, takut nanti jadi macam Nepal.

Anonymous said...

Terima kasih tanjong sempoi atas kesederan anda.... Teruskan usaha murni anda.... cuma disini saya ingin tahu bilakah lagi akan disirakan cerita mengenai UMNO tanjong, sedah lama rasanya tidak di dengari perkhabaran dari tanjong..... tak perlu bincangkan mengenai Sultan-sultan kerana di Pulau Pinang tiada sultan yang memerintah.......

pemudatanjong said...

tanjong sempoi, tolong la update cerita besr2 sikit, cerita raja x berapa nak seronok.... bagi la info sapa nak bertanding dalam tanjong boleh buat persedian nak buang undi nanti.....

pemudatanjong said...

Raja Kapur, u orang mana kalau penang x payah sibuk nak cerita pasai raja-raja buang masa ja.... OKU tu dah nyanyok buat apa kita layan

pu3terbuang said...

lately i tgk author dah byk lari dari tajuk..or maybe dah takde cerita2 yg boleh dikongsi bersama. selain dari tu, u must war-warkan agar lebih ramai yg tahu kewujudan blog nie + more ppl to give comment(s) + they aware akan isu2 yg berlaku dlm tanjong. i thought u wanna save malays in tanjong? then don't give up la :)

papanrehal said...

kalau rasa nak sibuk pasai raja ni semua pi lah tanya raja munir, pasai dialah besaq punya harami dalam tanjung....dia taulah pasai kedaulatan raja-raja penyapu dalam tanjung, sebab dia pun penyapu besaq....dia berkawan pulak ngan tuan syed, sama2 penyapu, yang syed ni dia bukan raja tapi dia lagi besaq daripada taja, CELAKA BESAQ...yang tu lah, kalau sapa2 nak tau lebih lanjut pi lah jumpa dengan depa ni boleh dapat keterangan lanjut...jadi mailah kita ramai2 di tanjung pi perelok dulu kekuatan bagi team yang lawan ngan mat hajar, bukan dok sibuk pasai raja kali hamput ni semua, raja kali hamput cuma sorang ja, RAJA MUNIR....abaikan soal raja ni semua, buatlah yang terbaik utk team...sekian, salam