Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari Ibu.......

Salam hormat buat semua pembaca "tanjong sempoi", bersempena dengan bulan Mei ini tanjong sempoi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia.... Semoga anda tabah menghadapi cabaran di hari mendatang dengan keletah anak-anak anda....... Bersempena dengan hari ibu juga, tanjong sempoi akan paparkan sebuah puisi buat tatapan mereka yang masih mempunyai Ibu........
Sayangilah ibu anda sementara dia masih ada lagi.
Renungkanlah kwn2...
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar,
yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu



Tapi sekarang.....
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ...... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan: Pernah satu ketika apabila aku menyambung pelajaran, Ibu pernah berpesan "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Namun hari ini kata-kata itu hanya menjadi satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan....Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu aku hadiahkan kini untuk ibuku adalah........Alfatihah, alfatihah, alfatihah.
Kepada anda yang masih mempunyai ibu sayangilah ibu anda.... Jangan anda menyesal di kemudian hari......Amin!!!!!

3 comments:

pu3terbuang said...

kejadian yg sering i saksikan walaupun maybe it's not important for some people..well, kita tak tahu lama mana lagi kita akan hidup bersama ibu, right?

ada anak yg tidak mencium ibu, tinggi suara pd ibu hanya bila disuruh makan, jarang telefon ibu, tak berlanja ibu makan & barang (i.e. bedak, tudung, etc), menangkan bini dari ibu yg terbiasa take good care of her child before he get married, tak balik tengok ibu sebab bini susah dpt cuti dan macam2 lagi..

apa nak jadi nie?

Anonymous said...

Saya berharap tuan akan membri fokus kepada pemilihan cawangan akan diadakan tidak lama lagi, khususnya Cawangan Dato' Keramat kerana ketua cawangan ibarat duduk tepi parit. you know what i mean. dia dan memanda che gu haniffa gendalu dalam UMNO tanjung. Mereka ini adalah budak suruhan Ketua Bahagian.

papanrehal said...

ya betui apa yang anonymous bagitau, saya sokong 100%, memang ketua cawangan dato keramat budak suruhan ketua bahagian, bukan apa, baru ni semua mau bagi kasut ja tang muka, dok tak dok depa dok bagi huru hara cawangan dato keramat. apa ketua cawangan ingat cawangan ni tok dia punya, pasai tu dia nak control semua, lani dengaq kata, dia tak bayaq yuran kat ramai org, termasuklah kat ketua pemuda dia, ketua puteri dia, ketua wanita dia, ni apa cerita, depa pi bayaq sendiri pun dia dok sekat, bukankan cara macam tu dia buat serupa cawangan tu tok dia punya...mesyuarat dah dekat tapi dalam list nama depa ni semua tak keluaq, ni apa muslihat dengan ketua bahagian paria, depa dok buat serupa cawangan dan bahagian depa punya, ahli semua takdak hak nak buat keputusan sendiri...takpa Allah taala akan senantiasa bersama2 dengan org yang teraniaya, kita tunggu dan lihat, mana hala tuju ketua cawangan dan ketua bahagian paria ni semua, angkat tetap angkat...esok kita boleh jumpa depa dok race teksi kat tanjung...ingat semua ahli tanjung....DEPA NI SEMUA AKAN TERIMA BALASAN DALAM MASA YANG TERDEKAT INI....KITA TUNGGU DAN LIHAT KESUDAHANNYA NANTI....sekian, salamz...