Salam hormat dalam salam bertemu kembali dalam "tanjong sempoi". Disini kami dari "tanjong sempoi" ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada semua pembaca dan komen yang telah di berikan oleh para pembaca, ia akan di jadikan 'pemangkin' kepada 'semangat' kami di "tanjong sempoi" untuk melaporkan isu-isu semasa yang menarik untuk di perbincangkan dalam blog "tanjong sempoi" ini. Untuk perhatian pembaca blog "tanjong sempoi", kami akan meningkatkan lagi 'perkhidmatan' kami di "tanjong sempoi" demi memberi kepuasan 'maksima' kepada pembaca yang diharapkan akan menyebarkan blog ini kepada ahli-ahli tanjong atau pencinta blog di pulau pinang khususnya dan malaysia amnya. Kami juga akan menyediakan berita-berita terkini mengenai apa yang berlaku di dalam tanjong dan juga keseluruhannya di malaysia. Tanjong sempoi juga akan mengadakan laman 'chating' sedikit masa lagi bagi membincangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam UMNO.
Kepada pembaca blog yang ingin mengenali identiti pemilik blog ini, ia di hasilkan atas kesedaran kami untuk memastikan masyarakat melayu di Pulau Pinang terus menduduki bumi tercinta mereka. Pemilik blog ini adalah salah seorang orang melayu di Pulau Pinang yang peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam UMNO di Pulau Pinang. Di lahirkan di tanjong dan di besarkan di tanjong. "Tanjong sempoi" juga bukanlah orang baru dalam bidang penulisan cuma sudah lama tidak menulis dan kini sudah berkarat sikit dalam penulisan. Pernah menjadi ahli dalam Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) dan ahli Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan menjadikan Bekas Editor Berita Harian Pulau Pinang Allahyarham Zainal A. sebagai "idola" dan "guru" yang membawa "tanjong sempoi" dalam "bidang penulisan". "Tanjong Sempoi" juga pernah terpilih 'mewakili' Malaysia dalam Perhimpunan Penulis-Penulis Remaja Peringkat Asean yang diadakan Pada Tahun 1996 di Acheh, Indonesia. Pernah mendapat pendidikan daripada penulis-penulis terkenal seperti Tan Sri Dr. Ismail Hussein, Prof. Datuk Abdul Latiff, Othman Puteh, Rahman Shaari, Puan Zurinah Hassan, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan ramai lagi.
Atas usaha dan inisiatif juga selepas di lihat masalah-masalah yang berlaku dalam UMNO sehingga Barisan Nasional hilang pengaruh pada PRU-12, maka timbulah minat tanjong sempoi untuk berkarya semula walaupun kali ini bukan lagi dalam bidang kesusasteraan tetapi untuk mewujudkan blog ini bagi mengendalikan isu-isu semasa. Tujuan tanjong sempoi mengujudkan blog ini juga bukan berniat untuk menghentam sesiapa, cuma ingin mencari kebenaran yang dilihat semakin terhakis dalam sikap orang melayu di Pulau Pinang sehingga untuk menyuarakan sesuatu perkara yang sebenar pun di sekat oleh pihak-pihak tertentu. Dengan terciptanya blog ini maka tanjong sempoi mengharapkan agar ahli-ahli UMNO atau penduduk tanjong dan pulau pinang dapatlah meluahkan isi hati yang selama ini terpendam. Biarlah tanjong sempoi menjadi tempat untuk para pemimpin-pemimpin mempelajari bagaimana untuk memenangi hati orang-orang bawahan kerana harus diingat, orang bawahan juga mempunyai pandangan dan teguran yang boleh di terima pakai untuk digunakan bagi memajukan masyarakat melayu di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.
Kepada anda yang ingin menghantar 'komen' lebih elok rasanya anda meletakkan 'nama' anda atau 'nama samaran' bagi memudahkan kerja kami di "tanjong sempoi" untuk mengenali anda. Diharapkan kepada yang ingin mengenali identiti "tanjong sempoi", ini sajalah serba sedikit tentang "tanjong sempoi".....
Bertemu lagi dengan isu yang akan di paparkan dalam pertemuan antara Y.A.B Perdana Menteri dengan semua Ketua-ketua UMNO Cawangan-cawangan yang akan berlangsung pada 3hb Mei 2008 jam 2.30 petang di PWTC. Mari kita lihat bagaimana lakonan dan gelagat yang akan diberikan oleh Y.Bhg Datuk Ketua UMNO Bahagian Tanjong jika beliau menghadiri perjumpaan dan ketua-ketua UMNO cawangan dari seluruh negeri Pulau Pinang yang menghadiri perjumpaan ini..... Laporan perjumpaan ini akan di siarkan secepat mungkin........
12 comments:
Anoymous postings must be rejected..unless they are chicken! sorry guys :)
Puteri,u ni dah dibuangkan apa nak sibok-sibok lagi,belah la...
pu3 terbuang, kena cari sbb mengapa anda terbuang......cakap pandai kott......
so ade apa2 laporan tak? teringin nak melihat sarkas.
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG MENCIPTA BLOG INI....UMNO TANJUNG SUDAH SAMPAI MASANYA KEPIMPINAN UMNO TANJUNG DI TUKAR DI SEMUA PERINGKAT KERANA TIADA GUNANYA KERUSI YANG DI PERRUTUKAN KEPADA ORAG UMNO DI GUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.
dunia akhir zaman melayu di tipu melayu sendiri...untuk duniawi hai sedihnya melayu.....hari hari di kedai kopi melaungkan hak.. sedangkan pemimpin umno melaungkan poket sendiri keroni keroni keroni...masa dah sampai utk pemimpin umno turun kepadang utk menagih undi kesian makcik dan pakcik panggil mereka ke hotel beri makanan dan minuman lontakkan kata-kata manis angkat tangan utk megundi lepas tu mereka di lupakan selama 5 tahun itulah pemimpin umno zaman moden ini.Sapa yang patut dipersalahkan?jawapan terletak di tangan anda?wahai org melayu sekelian berfikirlah lama mana kita perlu di peralatkan sudahlah lah tu...... tiada yang datang dengan kekayaan dan kesenangan terletak di tangan anda jangan mengharap bantulah diri anda sendiri.......
wa caya u la,brother.Ini baru semangat melayu yang ingin perubahan.Bukan kita tak suka peminpin sekarang tetapi depa ni dah sombong dan angkuh, tak kenal orang bawah dah.Kita kena tukar demi kebaikan Melayu dan juga UMNO dan bro sebarkan kat kawan ahli Tanjong supaya luahkan pendapat depa dalam blok ini,lagi byk lagi bagus.
bukan saja dgn keadaan di tanjong malah di ruangan komen ni dah terbukti ada melayu yg bersifat hasat dengki sbb tak boleh tengok kita berikan komen. buangkan sifat tu atau mungkin anda lah penyebab melayu tanjong 'berantakan'..
aku ingat manusia yang ada dalam tanjong ni semua kira perut sendiri kot patut le depa x boleh maju.... Kepada pemilik tanjong sempoi teruskan usaha murni anda supaya masyarakat yang lalai dapat di bangunkan dan menjuju satu matlamat iaitu lakukan perubahan demi masa depan melay..... Tahniah Tanjong sempoi.... U memang sempoi......
Permuda Tanjong......
Macam ni ka orang melayu... kata nak melayu bersatu.... ni dok komen ketua bahagian kami pasai apa...... Tak dak kerja lain ka... apa ketua bahagian kami hindu ka.... Ni kalau takda kerja p cari kerja yang elok sikit jangan ingat nak hentam orang ja..... Sedar la sikit......
Tanjong Hebat.......
wahai sahabat keroni keroni jangan lah anda bergaduh sesama sendiri ini semua teguran belaka jika anda tidak menerima bermaksud adalan benar yang di tuduh itu..anda yang harus sedar bahawa melayu sudah tidak bodoh lagi jika anda sayang kan umno maka tiba lah masa nya anda menasihatkan bos anda supaya meletakkan jawatan dan semua cawangan mestilah bersatu menguatkan perjuangan kita seperti lagu yang selalu kita nyayikan....
terlalu lama umno tanjung telah membodohkan orang melayu kerana kepentingan sendiri....projeck berjuta-juta yang kaya hanya segelintir orang saja..
usahawan melayu tanjung ketinggalan jauh di belakang tiada harapan untuk membangun.....
u bayangkan kita orang melayu beli rumah rm 100,000,00 tinggal atas kayangan apalah nasib melayu pp....
kalaulah allah nak beri gempa bumi habis melayu pp mati tertimbus....
yang kaya untung jual tanah melayu jadi kaya raya beli rumah pijak bumi wow hebatnya....
kepada keroni keroni semua tolong nasihat bos and supaya berfikir apa yang telah terjadi......
wahai bos bos sekelian jika anda membaca blog ini fikirkan apa yang di launkan anda hidup melayu!hidup melayu!dlm hati anda jawab dengan tuhan.............
tak akan hilang melayu di dunia.........
Celaka punya Tanjong Hebat...
Hang lagi Celaka!!!!!!!!!!!
Post a Comment