Salam bahagia dan salam hormat buat semua pembaca tanjong sempoi. Semalam Malaysia di kejutkan dengan satu berita di mana Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau secara serta merta keluar dari Parti Keramat UMNO selagi kepimpinan UMNO tidak berubah. Apa yang di kesalkan kini ketika keseluruhan ahli UMNO akar umbi amat memerlukan pandangan daripada Mantan Perdana Menteri itu, beliau telah mengambil keputusan yang drastik untuk meninggalkan UMNO. Jika disingkap sejarah mengenai UMNO dan Tun Dr. Mahathir kelihatan seperti sebati iaitu agenda utamanya adalah untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair di bawah ini tanjong sempoi ceritakan serba sedikit sejarah awal UMNO....
Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.
Dengan tertubuhnya UMNO maka kebanyakkan orang-orang melayu berasa yakin dengan UMNO kerana terus memperjuangkan dasar bangsa melayu selepas era Datuk Onn Jaafar (Presiden UMNO Pertama)bermula zaman Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama dan Presiden UMNO kedua), Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Keduadan Presiden UMNO ketiga), Tun Hussein Onn (Perdana Menteri Ketiga dan Presiden UMNO keempat), Tun Dr. Mahathir (Perdana Menteri Keempat dan Presiden UMNO kelima). Pemimpin-pemimpin UMNO ini telah di beri gelaran tertentu seperti
1. Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
2. Tun Abdul Razak - Bapa Pertanian
3. Tun Hussein Onn - Bapa Pembangunan
4. Tun Dr. Mahathir - Bapa Pemodenan
Namun dalam keempat-empat Perdana Menteri ini Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling lama memerintah iaitu selama 22 tahun bermula 1981 hingga 2003 dan dianggap sebagai Arkitek Pembangunan Malaysia sehingga di kenali di seluruh pelusuk dunia. Namaun Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak dapat lari dari kontroversi apabila berlakunya krisis kepimpinan UMNO dibawah ini tanjong sempoi ceritakan serba sedikit tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad......
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menjuruterakan pemodenan yang pantas sekali dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terutamanya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritikkan atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan yang bersifat kronisme.
Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang terus terang dan yang bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar tidak campur tangan (laissez-faire).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara.
Dr Mahathir dilahirkan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 20 Disember, 1925. Bapanya bernama Encik Mohamad bin Iskandar dan ibunya bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.
Dalam autobiografinya, Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau mempunyai keturunan orang India (daripada bapanya) yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India, yang mana ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan diri sebagai Melayu yang tulen.
Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah perubatannya, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis dari 1954 hingga 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan.Pada 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Setar.
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. (Sebagai ejekan, Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 dengan undi-undi orang Cina, apabila kaum Melayu dipecah disebabkan perselisihannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.)
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.
Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.
Namun Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO. Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.
Tindakan Dr Mahathir dikritik oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang melabelkan Dr Mahathir sebagai ahli politik murahan. Tindakan Mahathir dipercayai mempunyai kaitan dengan hasil siasatan klip video Lingam yang melibatkan nama beliau. Menurut Karpal, Dr Mahathir seharusnya cuba membersihkan namanya. Mahathir bagaimanapun menafikan tindakan beliau ada kena mengena dengan kes klip video Lingam.
Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO bagi menunjukkan cara protes beliau.
Kepada masyarakat melayu, tanjong sempoi berharap berikan pendapat dan pandangan anda demi melihat masyarakat melayu akan terus bersatu.
Tuesday, May 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
UMNO sekali lagi dimalukan dgn tingkah laku bekas mantan perdana menteri ini.Persoalanya mengapa Dr.M sangat petah dari segi tingkah laku dan tutur kata.Adakah dia takut dgn bayang2nya sendiri...
Beliau sanggup pusing Malaysia utuk tujuan mengutuk dan memprotes kepimpinan Paklah.adakah ini disebabkan kes lingam yang kita sedia tahu. Adakah dia takut didakwa atas kesalahanya mengatur Hakim Besar Malaya... Dr.M amat takut perkara yang dia buat semasa dia menjadi PM terbongkar.Paklah bagi kita amat cool.Dia tidak pernah serang peribadi org. Yang dia tau kata,"Biarlah mereka siasat dulu".Nampak dia tak nak mengambil part walau ckitpun dalam penyiasatan kes abang gelap yang tgh mabuk tue... Apa yang nak dibanggakan dgn Dr.M?????
Dia hanyalah pemimpin yang tggl "taik" pada penggantinya...
Dr.M amat marah apabila Anwar dibebaskan...Dr.M sepatutnya bertaubat, minta maaf,minta halal pada semua rakyat malaysia, kerana banyak kesalahan2 yang telah beliau buat sepanjang menjadi PM. Sekarang masanya untuk beribadat kepada tuhan,tempat nya di masjid, bukanya di pentas2 politik utuk mengutuk pentabiran paklah...
Jadi apa yang dapat kita huraikan, Dr.M dah nyanyuk... dia mengikut hati...dia mengikut kata2 pengikutnya yang memberi pandangan jika dia keluar UMNO, ramai lagi akan keluar dari UMNO..
Dia dia beranggapan akan selamat jika najib jadi PM.Anak hantu tu kalau jadi PM , punah lagi la negara malaysia yang ku cinta...
Jadi sendiri mau pikir la kawan2 seperjuanganku semua...
Pikirkan.... Siapa itu Dr.M yang kita banggakan..
Walaupun dia ada jutaan pengikut dalam UMNO,kami tetap ada rasa buruk sangaka pada pemerintahannya yang lepas....UMNO bersatu bukan kerana Dr.M....tetapi atas Semangat Agama dan Bangsa Melayu itu sendiri....
Kepada Dr.M... Pergilah masjid, tawakal,berzikir, minta ampun pada tuhan banyak2... kita dah melewat usia sepatutnya... Jadi kuatkanlah iman...Jangan sampai pebangkang gelak tengok kita bermusuh sesama sendiri... ubahlah sikap angkuh kita....teladani apa yang telah berlaku dalam PRU12....
Sekian dari hati SATRIA PERKASA...
Tahniah tanjong sempoi atas kupasan anda mengenai negarawan terulung iaitu Tun Mahathir.. Apa yg dikatakan oleh satria perkasa hanya mengikut nafsu, bukan berdasarkan fakta, hakikatnya satria perkasa boleh dikategorikan sebagai pengkhianat bangsa juga yang hanya mementingkan diri sendiri dari bangsanya. Apa yg berlaku di dalam pemerintahan sekarang adalah kerana ketamakkan kuasa yg ingin melihat bangsanya hancur. Memang paklah tidak pernah serang peribadi orang tetapi kini demi menyelamatkan periuk nasinya dia sangup tunduk akan permintaan dari bangsa lain dan ini akan menyebabkan bangsa melayu itu hancur. Paklah lah yang menyebabkan melayu hilang kuasa. Di zaman Tun boleh dilihat melayu maju tanpa mengharapkan bantuan dari bangsa asing. Apakah satria perkasa pernah mengkaji projek WPI yg dilihat akan menguntungkan rakyat Singapura. Dan harus juga d ingat Tun Mahathir masuk UMNO dulupun Paklah belum lagi menjadi ahli UMNO. Dan buat satria perkasa jika anda merasakan Anwar Ibrahim itu pemimpin sejati maka anda juga tergolong dari kalangan geng main belakang. Dan satria perkasa boleh di kategorikan sebagai Pengkhianat Agama Bangsa dan Tanahair..
Hanya orang yang pendek akalnya akan teracun dengan apa yang ditulis oleh satria perkasa. Dan orang-orang inilah yang merupakan duri dalam daging terhadap UMNO/Melayu/Islam.
Tun bertindak meninggalkan UMNO sebagai isyarat bahawa jika UMNO tidak mahu berubah, ahlinya -dalam konteks ini dia sendiri - harus berubah. Saya tidak fikir Tun 'lari' daripada perjuangan kerana walaupun di luar UMNO, perjuangannya masih untuk memperkasakan UMNO. Dia juga tidak lari daripada pendakwaan sebagaimana sangkaan sebilangan orang kerana kalau nak dikira Tun sebenarnya lebih selamat berada di dalam UMNO daripada keluar dari UMNO. Kerajaan akan berfikir lebih banyak kali untuk bertindak ke atas seorang ahli UMNO, apa lagi mantan presiden, berbanding dengan seorang yang bukan lagi ahli UMNO.
Sesiapa pun yang menjadi Tun akan terluka hati jika rumah yang ditinggalkannya dalam keadaan elok dan kukuh dibiarkan rosak oleh kealpaan orang yang diamanahkan menggantinya.
Tun juga, saya kira cukup terluka dengan tindakan kerajaan yang terlalu berlembut dengan tuntutan-tuntutan golongan liberal dan populist, yang hakikatnya hanya menguntungkan kelompok kecil yang belum tentu tahu berterima kasih. Itu belum termasuk kes WPI seperti yang disebut oleh pemudatanjong.
hmmm..seems like topik raja melayu & tun mahathir lebih hangat daripada isu melayu tanjong.
i agreed with some people are saying that masyarakat dunia bangga & kenang akan tun but, we malays & UMNO (i'm reffering to half of them) adalah sebaliknya. apa dah jadi nie..
Hebat juga ya tengok komen satria perkasa tu mungkin sebab di nak jadi pecacai yang mahu meruntuhkan umno, mungkin juga satria perkasa ni orang yang tidak tahu berpolitik dan hanya pandai bercakap dan menyanjungi orang atasan, dan mungkin juga dia ni keroni-keroni PakLah atau Pak Sheikh, Sedar-sedarkanlah diri anda wahai satria perkasa kembalilah kepada ajaran umno yang sebenar.....
nampaknya semua di dalam blog ini org tun, antara sedar atau tidak kita terlampau berpihak kepada pemimpin dari berpihak kepada persatuan.Satria perkasa bukan org Pak lah atau Anwar tetapï atas kesedaran politik pada masa sekarang, kita perlu membuka mata dan membuka hati kita.Anda semua tidak boleh mempersalahkan stria perkasa kerana ini adalah pandangan peribadi.Kalau kita tidak boleh terima pandangan,sampai bila pun UMNO menjadi lemah.Orang muda mudi skrg rata-rata malu bila dipanggil untuk menyertai UMNO.Ini terbukti apabila saya sendiri melawat kawasan2 di sekitar Pulau Pinang. Tiada wakil muda dalam UMNO yang berjuang untuk UMNO, rata-rata malu untuk sertai jentera. Ini semua adalah kerana masalah dalam parti yang tampak begitu ketara dan ada yang mengambil kesempatan untuk menyerang pemimpin dalam keadaan sekarang.Jadi keburukan parti amat ketara....Siapa yang membuat pelbagai provokasi ini?????????? Fikir-fikirkan lah...
satria perkasa anada masih menjelaskan mengenai orang tun atau tidak, mungkin tafsiran anda salah kerana andalah yang terlebih memihak kepada pemimpin yang cuba merosakkan UMNO. bukan kerana ketaksuban kami kepada tun, tapi atas kesedaran yang kami nampak inilah maka kami mahu melihat orang UMNO bersatu. Bukan hanya tunduk kepada pemimpin yang cuba merosakkan UMNO. cuba anda renungi sejak kepimpinan berubah tangan apa yang telah berlaku di dalam UMNO. bukan kah ini merosakkan persatuan namanya? Apakah seorang pemimpin itu masih mahu dipimpin oleh orang yang baru setahun jagung dalam politik? jika pemimpin itu masih mahu dipimpin maka pemimpin itu tidak akan dapat memimpin, dan akan dipimpin lah pemimpin itu kejalan yang tidak dapat membantu masyarakat.
Post a Comment