Monday, June 2, 2008

Bersedia Untuk Didakwa........

Salam bertemu dalam tanjong sempoi. Apa yang akan tanjong sempoi perkatakan Ini masih berkaitan dengan masyarakat melayu. Apa yang menghairankan tanjong sempoi, sehingga kini masyarakat di sekeliling kita masih bersikap hipokrit dengan keadaan politik di Malaysia ini. Jika dilihat selepas pilihanraya ke 12 ini masyarakat melayu khususnya masih mengambil sikap sambil lewa dengan keadaan semasa yang berlaku. Apa yang dapat tanjong sempoi coretkan disini adalah sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang kelihatan masih untuk menjaga kepentingan peribadi mereka dan bersandiwara dengan ahli UMNO dan masyarakat melayu di Malaysia ini.

Ketika ini badut-badut politik masih membincangkan mengenai kemelut yang melanda dalam UMNO. Apakah kita sebagai ahli UMNO harus dipermainkan untuk kepentingan politik mereka? Dan apakah kita masih mahu diri kita ditipu oleh pemimpin-pemimpin UMNO? Bukankah mereka ini kita yang angkat sebagai pemimpin? Dan bukankah dengan kuasa ahli-ahli UMNO juga mereka ini akan jatuh tersungkur? Sebagai contoh yang paling dekat ketika ini, apakah dapat kita lihat Ketua-ketua UMNO Bahagian-Bahagian di Malaysia ini datang berjumpa dengan ahli-ahli akar umbi bagi memberi penerangan kepada mereka ini semua. Bukankah mereka masih angkuh dengan sifat ego mereka yang tinggi. Sebagai contoh yang paling dekat jika kita lihat ketua Umno bahagian tanjong, apakah pengorbanan beliau yang paling besar di buat untuk ahli-ahli tanjong. Beliau masih tergilakan jawatan di PPSB kerana beliau masih yakin bahawa beliau mempunyai pengaruh dalam politik. Apakah tidak di fikirkan oleh beliau sepanjang beliau menerajui PPSB itu berapa banyak kerugian yang di alami. Manakan tidak mengalami kerugian pada pemahaman tanjong sempoi beliau bukan seorang ahli perniagaan yang tahu mengusahakan syarikat untuk berjaya, yang beliau tahu hanya untuk menjaga perut beliau sahaja. Ketika ini juga beliau di lihat sedang melobi untuk kekalkan jawatanKetua UMNO bahagian kerana dari sumber yang tanjong sempoi dengar beliau tergilakan jawatan sebagai ‘Senator’ yang di katakan menjadi milik tanjong selepas ini. Bukankah ini dinamakan politik peribadi?

Ahli-ahli UMNO tanjong pada saranan tanjong sempoi ahli-ahli perlu mengambil tindakan drastik untuk menurunkan Ketua Bahagian ini dari menjawat sebarang jawatan dalam UMNO atau syarikat milik kerajaan. Dan tanjong sempoi juga sarankan agar ahli-ahli UMNO tanjong membuat laporan ‘polis’ di atas salah guna kuasa sepanjang beliau menjawat jawatan beliau sebagai Ketua Bahagian selepas beliau diturun dan tidak lupa juga laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), supaya tindakan undang-undang dapat di ambil kepada beliau. Biar penyelewengan yang beliau lakukan selama ini dari segi pemberian tanah untuk pembangunan orang melayu, isu penyalahgunaan wang dari yayasan Tekun, dan yang paling utama sekali kembalikan hak milik Rumah UMNO Bahagian Tanjong kepada UMNO tanjong dari terus di kuasai oleh yayasan tanjong. Janganlah kita ditipu lagi dengan sandiwara beliau yang dilihat semakin nazak untuk mempertahankan jawatan beliau. Biar ketua bahagian tanjong ini tahu bagai mana hidup menderita selepas sekian lama menipu bangsa sendiri. Kepada cawangan-canwangan yang masih menerima habuan dari hasil penyalahgunaan kuasa ketua bahagian tanjong, kembalilah kepangkal jalan kerana kemungkinan anda juga boleh di heret sekali kemuka pengadilan. Bersatulah demi untuk mengajar pengkhianat parti dan bangsa ini untuk menuju kejalan yang boleh di anggap sebagai pencetus era baru politik melayu dalam bahagian tanjong ini.

Dan buat Ketua UMNO Bahagian Tanjong Bersedialah anda untuk didakwa, jika hari ini anda terlepas di dunia mungkin di akhirat nanti anda akan terima balasan yang lebih teruk. Turunlah anda dari kerusi yang anda duduki sekarang ini dan perbanyakkanlah ibadat supaya anda lebih bersedia apabila anda di soal oleh malaikat mungkar dan nangkir….Wallahhualam……..

4 comments:

pemudatanjong said...

ahli umno tanjong jom ramai-ramai bawak turun pengkhianat tu, di ingat di boleh terlepas, kita ramai-ramai buat report polis.... bagi pengajaran kat dia biar dia merengkok dalam penjara..... hahaha baru padan muka dia

Anonymous said...

Kalau nak buat cerita, buat cerita betoi2 la. Setakat cerita macam ni sapa pun boleh buat. Saya tingalkan cawangan bukan gila glamour atau nak jawatan lain tapi berenti pasai "PRINSIP".

anak tanjung said...

Ada satu permintaan utk Tn. Blogger.
Tolong buat liputan menyeluruh tentang satu daripada badut2 Bahagian UMNO Tanjung; JIN yang paling licik iaitu 'Hj' Abdul Waheed bin Abdul Wahab yang kini pegang jawatan Bendahari UMNO Tanjung, Ketua Cawangan UMNO Cawangan Bandar dan YDP PERDASAMA.
Terutamanya tentang akhlak beliau terhadap wanita dan kaitannya dengan Malik Kassim (EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Apakah orang Melayu/Islam sudah BUTA & ketandusan pemimpin sehingga masih berkali-kali memberi undi dan kepercayaan kepada orang yang tak bermoral & tak berakhlak ini.
Jangan salahkan ibu mengandung, kita sendiri bodoh kerana masih memilih pemimpin syaitan untuk membela nasib kita dan bangsa yang kita banggakan.

taruna said...

'PRINSIP' APA YANG DIMAKSUDKAN TUUUUUUUUUUU?????? anak tanjung jgn khuatir, saya rasalah pemilihan kali ini akan berpihak kepada yang benar...pemimpin paria ni semua kita akan kuak dan kalau boleh lepas dah kuak mai lah kita beramai2 mengadakan majlis kesyukuran kerana syaitan bertopengkan manusia ni semua bukan saja tak layak hidup di dunia, malah Allah sendiri pun dok tunggu depa nak bagi panggu, jadi kita harus berdoa dan buatlah sembahyang hajat agar kita boleh mencapai kemenangan yang paling gemilang kali ini. sekian....salamz