Salam hormat dan bertemu kembali dalam ruangan tanjong sempoi, kali ini kami akan bicarakan mengenai kisah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong. Umum mengetahui Pemuda UMNO Bahagian Tanjong adalah satunya pergerakan Pemuda yang paling lantang bersuara satu ketika dahulu. Kepimpinan Pemuda Tanjong juga sering di terajui oleh pemimpin yang di anggap berwibawa untuk membawa Pergerakan ini ke satu anjakan yang boleh dikatakan kadang-kadang di luar jangkaan Pergerakan itu sendiri. Namun itu hanya tinggal memori apabila Pergerakan yang satu ketika dahulu menjadi platform untuk melahirkan generasi pemimpin pelapis kini telah hilang taring dan sering dikutuk oleh kepimpinan Bahagian terutama oleh Ketua Bahagian Tanjong.
Manakan tidak tanjong sempoi berkata begitu, semuanya bermula apabila pemilihan yang di adakan pada 2004 yang menampilkan pertandingan yang sengit diantara seorang yang pada masa itu dilihat sebagi bakal mewarisi kepimpinan pemuda yang boleh di anggap sebagai pemimpin yang berkaliber dari keturunan Syed. Namun sikap Ketua Bahagian yang cuba campur tangan dalam urusan pemilihan dan di rancang pula oleh seorang 'master mind' iaitu orang lama yang mempunyai pengaruh dan mempunyai perniagaan di 'Langkawi' ini telah menyebabkan kepimpinan pemuda di terajui oleh seseorang yang bergelar Haji yang boleh dikatakan tidak pandai untuk berpolitik. Beliau hanya di lihat gagah apabila menyampaikan ucapan dan dilihat tidak mampu untuk melaksanakan kerjanya.
Cuba renungkan sejenak wahai pemuda tanjong, jika anda semua masih ingat pada tahun 2004 selepas beliau berjaya mengalahkan lawannya dalam ucapan pertama beliau di berjaya Hotel lebih kurang jam 10.30 malam ketika itu bunyinya begini, "Syukur kerana akhirnya saya berjaya di pilih menjadi ketua pergerakan pemuda UMNO bahagian tanjong. Saya harap kita akan dapat rapatkan semula barisan yang di lihat sudah berpecah ini, saya juga akan memastikan Pergerakan pemuda UMNO Bahagian tanjong akan sentiasa ke depan dalam memastikan perjuangan kepimpinan yang lalu terus di perjuangkan, dan saya juga akan memastikan Ketua Menteri Pulau Pinang (ketika itu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon) akan datang berjumpa dengan pemuda UMNO tanjong dan seterusnya memastikan beliau memeluk islam dan kita akan 'sunatkan' kan dia". Masihkah ahli Pemuda Tanjong ingat akan kata-kata itu? Bukankah dengan bercakap seperti itu di depan wakil pemuda sudah boleh di katakan janji? Namun berjayakah Haji ini melaksanakannya?
Buat Ketua Pemuda Tanjong anda boleh di anggap sebagai pemimpin yang memungkiri janji, dan pesan orang-orang lama kalau tidak boleh melaksanakan janji jangan hanya pandai bercakap nanti akan makan diri. Begitulah sebaliknya yang belaku kini apabila pergerakan pemuda UMNO tanjong makin hari semakin lemah. Ketua pemuda ini dilihat seakan seperti 'lembu yang dicakuk hidung'. Tidak kedengaran lagi suara-suara gagah pemuda UMNO tanjong. Yang ketua mereka tahu hanya 'yes bos' kepada ketua bahagian mereka ini. Berbeza pula dengan sikap Naib Ketua Pergerakan pemuda yang dilihat lantang dalam menyuarakan pandangan-pandangan yang di kemukakan oleh ahli-ahli pemuda UMNO tanjong. Maka kerana kelantangan beliau beliau telah di buang dari mengikuti aktiviti-aktivi yang telah di jalankan oleh UMNO Bahagian Tanjong.
Seperkara lagi yang ingin tanjong sempoi katakan adalah semasa pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi, pilihlah ketua pemuda yang boleh memimpin pemuda lebih kedepan. Jangan lah anda tersalah memilih pula pemimpin yang sama macam 'Haji' ni. Nanti makin bertambah binasa lah pemuda UMNO bahagian tanjong. Pesanan tanjong sempoi ini jika tidak dihiraukan maka satu ketika nanti UMNO akan dilihat semakin lemah dan tidak lagi dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber. Maka di tanjong ini akan berkuburlah UMNO yang ketika ini makin tenat.
Seperkara lagi yang ingin tanjong sempoi katakan adalah semasa pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi, pilihlah ketua pemuda yang boleh memimpin pemuda lebih kedepan. Jangan lah anda tersalah memilih pula pemimpin yang sama macam 'Haji' ni. Nanti makin bertambah binasa lah pemuda UMNO bahagian tanjong. Pesanan tanjong sempoi ini jika tidak dihiraukan maka satu ketika nanti UMNO akan dilihat semakin lemah dan tidak lagi dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber. Maka di tanjong ini akan berkuburlah UMNO yang ketika ini makin tenat.
2 comments:
Memang benar bagai dikata, Pemuda itu penentu masa depan bangsa. Tetapi malang sekali apa yang berlaku kini di Tanjong dan hampir kesemua peringkat Pemuda UMNO seluruh Malaysia diatur oleh Ketua Bahagian. Ini kerana pada pendapat Nana mereka (Ketua Bahagian) ini takut untuk melihat pemimpin pelapis dikalangan Pemuda yang mana akan mengantikan mereka disuatu hari kelak.
Bagi mereka lagi tak menjadi masalah apabila nanti Pergerakan Pemuda lemah dan apabila tiba masa untuk memimpin Bahagian terkapa-kapa dan tidak bermaya. Ramai pemimpin berwibawa di UMNO Bahagian Tanjong terutama mereka yang hadir dari golongan Diraja. Harus diingat yang orang ini telah membuat jasa dan mengangkat martabat Pergerakan Pemuda Tanjong hingga ketahap yang membanggakan. Nana sangat berharap agar calon Pemuda yang akan datang dapat mencontohi beliau.
Tepuk dada tanya selera kemanakah lagi oarng melayu Tanjong harus pergi???
salam dr. betui apa yang dr. cakap tu...saya sokong tapi golongan diraja tu taktaulah bagi saya lah kan, memang betui masa dia pegang jawatan dulu best, sapa tak kenai pemuda tanjong...memang lah nak kata takdak sapalh yang boleh contoh beliau.. memang takdak lagi lah sapapun yang boleh buat macamna yang dia buat dulu...respek suspeklah kat dia, tapi zaman dia dah habih...lani bukan takdak calon yang lantang bersepah dok ada, cuma depa tak mau ja tunjuk belang...tapi penyamun diraja ni pun dengaq kata dia bertanding kali ni. no. 2 kot dr. semua tu agenda penyapu dia...mesti ada muslihat tu, lani dia ngan member dia chairman penyamun nasi kandaq dok pandai dok mengatoq pemuda...depa ni dah habih buatlah cara dah habih, depa dok ingat yang depa ni akan hidup lagi 85 tahun dan depa walaupun dah takdak dalam pemuda asyik nak jugak jaga pemuda...ada baguih jugak kalau setakat jadi penasihat tapi yang sakit hatinya tu dok buat pandai nak susun atoq semua...tu yang semua naik meluat. depa 2 ni pun sepatutnya mau kena al-quran jugak bukan mat hajar sorang ja...kalau dr. ingtlah kan, dulu ada sorang pemuda tu, cakap lantang, saya rasa semua pemuda kena contohlah dia ni, tapi tulah sat ja dia ni pun makruk sintok toya kali hamput, pastu hilang entah ke mana...dengaq kata lepas kes dia bagi al quran kat mat hajar dia terus hilang....kalau lah semua pemuda boleh contoh macam pemuda ni saya rasalah kan dr. kegemilangan pemuda umno tanjong pasti akan kembali....sebab dah takdak dah pemuda yang berani bersuara di tanjong.. semua jadi pak angguk banyaklah dok ada...tapi walauapapun yang terjadi pemuda tanjong akan pasti bangun daripada tidur yang lena selama 4 tahun ni di bawah kepimpinan pemuda lembab haji sahar. tapi bukan nak katalah kan, haji sahar ni baguih orgnya...semua mat hajar punya planninglah bubuh dia jadi ketua pemuda supaya mat hajar boleh control semua...tapi itu dululah, sekarang kirim salam lah, lani bagitau kat mat hajar, walau dia mandi ayaq kencing anjing sekalipun pemuda akan tetap dengan keputusan tidak akan jadi dayus di dalam parti umno. kuak mat hajar dulu, barulah kita akan terus maju di dalam memartabatkan maruah org melayu. hidup umno tanjong.....
Post a Comment