Thursday, July 24, 2008

GUNA FASAL 17.5.1, 14.5.3 DAN 14.5.4, Untuk Selamatkan UMNO........

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum insaf bahawa UMNO mutakhir ini sedang menempah saat-saat kemusnahannya. Sebab itulah pada 20 Julai 2008, Abdullah dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata bahawa "formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman."

Kenyataan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang tersalah anggap. Kalau tidak, mana mungkin seluruh 32 cawangan UMNO dalam Bahagian Gua Musang dengan sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini?

Kalau tidak, mana mungkin satu cawangan dalam UMNO Bahagian Pekan juga membuat usul yang sama? Jika tidak disekat oleh pihak-pihak tertentu, pasti banyak lagi usul seperti ini akan diluluskan di peringkat cawangan di seluruh negara.

Tetapi, biarlah Abdullah seronok sendiri kerana inilah ciri-ciri pemimpin yang sentiasa dilanda sindrom penafian – kenyataan-kenyataannya tidak mencerminkan realiti di peringkat akar umbi.

Fasal 17.5.1

Dalam pada itu, Persidangan Cawangan UMNO yang sudah bermula hujung minggu lalu wajar menghasilkan strategi komprehensif untuk menyelamatkan parti yang sedang dilanda krisis kepimpinan dan krisis keyakinan yang amat serius di peringkat tertinggi.

Persidangan Cawangan perlu menggunakan Fasal 17.5.1 yang memberikan kuasa kepada warga akar umbi untuk "membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian" dengan sebaik-baiknya demi UMNO, agama, bangsa dan tanahair.

Gunakanlah Fasal 17.5.1 ini untuk Persidangan Cawangan mengemukakan usul ke peringkat bahagian masing-masing berkaitan usaha-usaha menyelamatkan UMNO.

Satu daripada usul cawangan yang amat relevan pada waktu ini ialah mencadangkan supaya bahagian masing-masing tidak mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO. Calonkanlah siapa sahaja asalkan bukan Abdullah. Usul ini bolehlah digubal seperti berikut:

Usul Pertama:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mengusulkan kepada UMNO Bahagian Pulau Buluh untuk menggunakan Fasal 14.5.4 supaya tidak mematuhi formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selaras dengan ini, UMNO Bahagian Pulau Buluh hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO. (Namakan calon-calon pilihan masing-masing.)

Jika usul di atas didapati kurang sesuai, satu lagi usul yang relevan untuk dikemukakan oleh Persidangan Cawangan kali ini adalah mendesak bahagian masing-masing mengemukakan usul ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 untuk memendekkan tempoh peralihan kuasa itu kepada 1 Januari 2009.

Alasannya, semakin lama Abdullah memimpin UMNO, semakin ramai orang hilang keyakinan terhadap beliau, UMNO akan hancur dan BN mungkin akan kehilangan kuasa secara total dalam PRU13. Usul yang dicadangkan bolehlah digubal seperti ini:

Usul Kedua:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mendesak UMNO Bahagian Pulau Buluh menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat PAU 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Oleh itu, warga UMNO akar umbi buatlah keputusan muktamad, usul manakah yang sesuai untuk diketengahkan kepada bahagian masing-masing kali ini.

Jika pilihannya adalah usul yang pertama seperti di atas, warga UMNO cawangan tidak perlu takut. Keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu terus diberikan kepada penyandangnya ketika ini – Abdullah dan Najib – tidak perlu dipatuhi kerana ianya tidak berasaskan perlembagaan parti.

Perlu Berani:

Jika dipilih usul yang kedua seperti di atas, warga UMNO akar umbi juga berhak meminda tempoh peralihan itu.

Pokoknya, warga UMNO akar umbi perlu berani dalam membuat salah usul di atas kerana matlamat utama kedua-dua usul cadangan berkenaan adalah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.

Oleh itu, Persidangan Cawangan kali ini perlu berani mencabar peringkat bahagian masing-masing dengan mengemukakan salah satu usul di atas. Jika tidak, perwakilan cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian bolehlah memilih barisan baru untuk memimpin bahagian masing-masing bagi memenuhi aspirasi warga akar umbi!

Jika bahagian masing-masing gagal memenuhi usul cadangan yang pertama seperti di atas, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula boleh menggunakan Fasal 14.5.4 untuk "mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi."

Fasal 14.5.3.Dan 14.5.4

Berasaskan Fasal 14.5.4 ini Perwakilan Bahagian boleh membantah jika pihak bahagian masing-masing masih terus mahu mencalonkan semula Abdullah sebagai Presiden UMNO. Jika bantahan ini menerima sokongan, ianya terpaksa diputuskan menerusi pengundian. Jika menerima undi sokongan daripada majoriti perwakilan, bahagian terpaksalah akur dengan keputusan berkenaan – tidak mencalonkan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO.

Jika usul cadangan yang kedua seperti di atas mengenai memendekkan tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib juga tidak dipedulikan oleh peringkat bahagian, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian boleh menggunakan Fasal 14.5.3 yang memberikan kuasa untuk "membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung."

Menerusi kuasa dalam Fasal 14.5.3 ini, cadangkanlah usul mendesak bahagian masing-masing mendesak PAU 2008 memendekkan tempoh peralihan kuasa mulai 1 Januari 2009.

Huraian dua contoh di atas membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Dan, jalan yang terbuka dalam konteks ini adalah jalan yang diizinkan oleh Perlembagaan UMNO.

Selamat bersidang dan selamat majujaya dalam menyelamatkan UMNO dari kehancurannya.

*Di petik dari sumber orgtanjung@gmail.com

Jumpa Lagi..............

5 comments:

Orang Tanjung said...

Salam hormat...

Memetik berita berkenaan dengan keputusan beberapa caw. yang mengusulkan agar Najib bertanding jawatan presiden. Najib mengatakan bahawa usul dari cawangan tidak membawa apa-apa makna kerana bahagian telah membuat ketetapan menyokong pelan peralihan kuasa.

Nampaknya secara terangan Najib memberi pengertian bahawa suara akar umbi sebenarnya tidak laku. Mesy. cawangan & bahagian belum habis, tapi keputusan peringkat bahagian dah dibuat. Apa citer kartun nih???...

Jadinya, tok sah dok kelam kabut susah payah pi meeting cawangan, bukan dapat apa pun. Yg dapat hanyalah org yg ada jawatan ajer. Dok di rumah atau spend masa ngan anak bini lagi baik. Lagi baik kalau keluar dari um-NO dok di luaq sahaja.

Kita tunjuk suara kita masa PRU 13 nanti. um-NO Bhgn Tanjung ni ada ka tarak ka, no meaning....

No2UMNO

Ronnie Iskandar said...

Assalamualaikum....

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pengunjung setia blog Tanjung Sempoi ni ...dan tak lupa jugak kepada penyokong2 UMNO yg masih dibuai lena dgn keasyikkan dan janji2 palsu ketua2 puaknya sejak stgh abad yg lalu..,aku doakan moga hangpa semua selamatlah hendaknya.Tatkala aku mula melog in kan kata nama aku ke dalam komputer di kantor kerjaku ini ..hehehe angin yg pada mulanya bertiop sepoi2 bahasa mula mengganas ,pokok2 tinggi yg mulanya tadi hanya meliang liuk manja,bagaikan digoncang2 keras tubuhnya .....fuhh seram sejuk rasanya bila terlintas di kepala otak aku ini adakah ini petandanya Yang Maha Esa sedang meledakkan bibit2 awal amarahNYA ?
Sempat jugak mulut aku yg laser dan becok ini mengucapkan istigfar ( tolong betulkan ejaan kalau tak betul ) menenangkan keadaan.DAn tuppp!! angin yg mula bertiup ganas dan bergelora umpama bahtera UMNO sekarang sudah mula meniupkan angin sempoi2 bahasanya hehehe syukur kehadratNya...tapi malang sekali parti UMNO sehingga kesaat aku menulis ini makin menjadi-jadi perpecahan puak terbesar dlm kepompongnya yg kiranya aku rasa memang sudah tidak dpt disatukan lagi...bak org2tua kata bagai retak menanti belah..itulah perumpamaan yg paling hampir dpt aku bandingkan buat masa ini.Walaubagaimanapun...panglima2 perang UMNO masih giat merencanakan tindakan selanjutnya utk cuba meneruskan komplot2 berbaur kemewahan yg mereka nikmati sekarang ini..mana bisa dilepaskan begitu aja.....Antara rencana2 yg dibuat bagi mengekalkan pemerintahan yg kununnya menegakkan agama , bangsa dan negara ini ialah mengadakan muzakarah dgn PAS bagi mengadakan satu mcm persepakatan dgn parti Islamist itu. Strategist2 UMNO pulak dgn bijaknya menggunakan semua jentera kerajaan yg mereka kuasai ini utk menambahkan lagi unsur2 kebenaran dlm pembohongan terbesar diantara yg terbesar pernah diadakan oleh UMNO.Ya aku mengakui memang ada segerombolan ahli PAS yg mahu rencana UMNO ini direalisasikan hanya atas nama martabat Melayu dan kesucian Islam.Adakah benar semua ini.Tidakkah mereka serik dgn UMNO.......hmmmmm......byk ingin aku huraikan kat sini.Tetapi memandangkan aku byk keja nak buat sebelom aku berangkat pulang ni ..baik aku stop kat sini dulu.Lagi pun hari ni aku takdak idea la nak tulih ....tetapi kerana tak mahu Islam dan Melayu diperkotak katikkan oleh UMNO ..aku berjanji kepada diri aku sendiri dan kepada sekelian yg menjadi saksi aku kat sini ...aku akan tetap lawan,membidas,dan menghantam UMNO sehinggalah UMNO itu sendiri bersih dari segala taik2 yg bergelumang selama lebeh stgh abad ini.

Sekian Wassalam
TAKBIR!!!!!

MalaysianRejects said...

Kita dah dengaq berbagai-bagai pendapat, tulisan dan komen keburukan Umno yg dah terlampau busuk dan ianya tak akan kemana. Lanii kita bertindak sekarang tubuh parti politik baru. Biaq umno dgn PKR bertelagah, semua dua kali lima.Saya cadengkan saudara Ronnie iskadaq jadi murshidul am...

Mr Ronnie iskandaq, Please comment sir.....Your years of experience in this field will help we believe.

Ronnie Iskandar said...

Assalamualaikum....

Sebelom memberi comment terhadap usul saudara itu ingin sekali aku jelaskan kat sini kenapa aku terus menerus mencanangkan perilaku burok UMNO sahaja kenapa tidak PAS atau PKR.DAP dgn parti kafir yg lain tak yah cerita la ...fasal yg itu aku boleh hentam mereka di arena blog yg bakal aku adakan tak lama lagi.Dan saudara kena ingat kita nak hantam org kita kena tgk apa natijahnya,kebenarannya dan motif di sebalik bidasan2 tajam yg bakal kita semburkan kelak.
Begitu jugak dgn sekarang ni ...aku mempunyai motif yg sungguh besar utk menyedarkan org Islam tak kira keturunan bahawasanya UMNO sekarang ini harus ditentang dan dibersihkan bukan dihapuskan sama sekali.Bukan sebab Pak Lah sahaja kita harus kritik UMNO kan..Awat masa Tun Mahathir hangpa semua yg dlm UMNO tak kritik...cuma mengagung2kan beliau sahaja???Inilah yg harus kita tentang dlm UMNO budaya mengampu pemimpin sehingga membuatkan pemimpin itu megah dan takabur dan sampai sekarang pun beliau seakan2 tidak mahu melepaskan apa yg dinikmatinya selama ini dgn menghuru-harakan suasana politik semasa...Saudara jgn lupa kekalahan BN Mac yg lalu bukan saja kerana undi jatuh ke tgn pembangkang saja tau...Tun pun terlibat sama.Kalau nak ikut dendam cerita Tamil, Tun dah masuk ISA tau cek oii.
Begitu juga dgn PKR.PKR adalah spin off party UMNO mcm Semangat 46 pimpinan KU LI , Parti Negara pimpinan ONN JAAFAR suatu waktu dahulu.YG berbezanya PKR ini adalah parti yg dibentuk hasil dari gerakan mencari keadilan utk Anwar Ibrahim yg telah dipenjarakan oleh kerajan BN pimpinan Tun Mahathir 10 tahun dulu.Anwar Ibrahim telah menjalani hukuman penjara 6 tahun atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan 9 tahun lagi atas tuduhan meliwat.Tetapi tuduhan liwatnya telah dioverturnkan oleh mahkamah persekutuan kerana terdapat kontradiksi dlm kes pendakwaan.Dari peristiwa ini lah Keadilan ditubuhkan dan seterusnya melalui beberapa event dan merger dgn parti pembangkang yg lain tertubuhlah Parti Keadilan Rakyat ataupun akronimnya PKR.
Kalau kita lihat dari sudut dasar asasnya UMNO dan PKR ini perjuangan dan aspirasi mereka lebeh kurang sama saja iaitu sekularisme mungkin cara pembawaan mereka itu berlainan.Mereka ini membawa wadah perjuangan mereka berlandaskan sekularisme.PKR sekarang ni sedang giat mewartakan Malaysian Malaysia ataupun bangsa Malaysia dan jugak keadilan utk semua.Hangpa semua org UMNO sedaq tak Tun Mahathir semasa jadi PM dulu pernah hendak mempopularkan Bangsa Malaysia...time tuh semua org sokong makcik2,mami2 jarum,mamu2 dan fanatik UMNO semua sokong....Wawasan 2020 , Program Latihan Khidmat Negara ,Sekolah Bistari ini adalah antara contoh program2 yg dilaksanakan utk mencapai visi tersebut dan puncak utk segala perencanaan Bangsa Malaysia ini adalah Wawasan 2020.Tetapi UMNO dlm mewar2 kan niat suci mereka itu utk mengambil hati org Cina dan India telah mengambil sikap double standard dlm pelaksanaan misi 2 tersebut...pemimpin2 UMNO baik dari akar umbi hinggalah ke peringkat tertinggi maseh mengamalkan sifat kebangsaan atau nasionalisme yg terlaluuu sempit dan menggunakan kesempatan tersebut utk kepentingan sendiri.In Denial MOde jgn cakap la selalu kita dgr dlm MSM.begitu jugak dgn PKR...byk pemimpin2 dlm PKR adalah katak dari UMNO dan pendokong2 sekularisme.Aku tak nafikan ada yg ikhlas dlm perjuangan tetapi intipati dlm perjuangan tu amatlah penting ...mungkin kerana masyarakat Islam di negara kita ini sudah terlalu lama berada dlm tgn penjajah...kita seakan2 sudah mangli atau sebati dgn undang2 yg telah dibawa pakai oleh penjajah kepada kita.SAmpai sekarang pun kita belom merdeka dari unsur2orientalis.Perlembagaan Undang2 negara kita diambil pakai dari Undang2 dari Imperialisme British.Kesimpulannya dua parti ini adalah parti org Melayu terbesar di negara kita ini selain dari PAS walaupun PKR bolehlah dikategorikan sebagai berbilang kaum.....majoriti org melayu dan Islam yg menyokongnya boleh tahan jugak.
PAS in the other hand adalah satu2nya parti politik mainstream di negara kita yg dari sejak dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang maseh mengekalkan ideologi yg sama ...tidak berubah2 dan tidak mengamalkan double standard dlm cara pemerintahannya.Walaupun PAS pernah berada dlm Perikatan di zaman 50an dulu dan dlm Barisan Nasional thn 80an sehinggalah diusir PAs masih dlm ideolginya yg sama iaitu Islam sebagai cara hidup.SAudara mungkin menganggap Undang2 Islam tidak boleh diterima pakai di Malaysia yg berbilang bangsa ini malah bukan saudara saja beranggapan sedemikian malah aku pun pada awalnya berfikiran sedemikian dan sehingga sekarang pun kekadang maseh ragu dan keliru....Astaghfirullah!!.Kerana apa?Kerana sejak dari kecil kita sudah ditanam benih-benih sekularisme oleh pihak pemerintah..media cetak , media elektronik , sistem perundangan , sistem pelajaran malah sistem hieraki ulamak jugak telah dimainkan dgn genius sekali oleh pihak2 tertentu dlm memastikan Al-Quran dan As-Sunnah tidak dimartabatkan dlm negara Islam.Bagi mereka ini Islam hanyalah sekadar upacara2 ritual sahaja dan penutupan aurat dgn sewenang2nya diambil ringan sama sekali.Pemahaman terhadap Islam ini disempitkan lagi oleh pihak2 tertentu dgn menampakkan Islam ini hanya lebeh cenderong kepada hal2 remeh dan tidak menjurus kepada hal2 yg lebeh besar impaknya seperti pengurusan sesebuah negara. Saudara cuba senaraikan pada saya ada tak negara Islam di dunia sekarang yg betul2 mengamalkan undang2 berlandaskan Al-Quran dan AS Sunnah.Kalau adapun ianya telah ditentang secara habis- habisan oleh puak2 yg bencikan Islam ini. Bolehlah kita bincangkan topik ini di kedai kopi nanti itu pun kalau saudara ada kesempatan.
Apa yg aku bentangkan di sini mungkin sedikit sebanyak memprovokasikan pihak2 tertentu di Malaysia ini tetapi inilah kebenarannya amat payah nak ditelan oleh masyarakat Islam khususnya.Bagi menjawab usul Saudara tentang penubuhan parti politik baru aku rasa tak yah laaaa...kacau dibuatnya nanti..tetapi apa kata aku cadangkan supaya semua org Islam bersatu tak kira bangsa..duduk bawah satu naungan ...bermuzakarah sesama sendiri dan bermuqabalah dgn org bukan Islam jika ada apa2 yg harus dibincangkan.Nescaya itu..aku gerenti takkan ada satu haram org pun akan berani memperlekehkan Islam dan org Melayu lagi.Aku rasa cukop di sini lah pembentangan aku kali ini.Seperti biasa aku akhiri pembentangan ini dgn terjemahan Ayat ALLAH dari Surah Ali Imran ayat 103 yg bermaksud :

DAN BERPEGANGLAH KAMU SEMUANYA KEPADA TALI ( AGAMA ) ALLAH,DAN JGNLAH KAMU BERCERAI BERAI, DAN INGATLAH AKAN NIQMAT ALLAH KEPADAMU KETIKA KAMU DAHULU ( MASA JAHILLIAH ) BERMUSUH-MUSUHAN, MAKA ALLAH MEMPERSATUKAN HATIMU, LALI MENJADILAH KAMU KERANA NIQMAT ALLAH ORG2 YG BERSAUDARA;DAN KAMU TELAH BERADA DI TEPI JURANG NERAKA, LALU ALLAH MENYELAMATKAN KAMU DARIPADANYA.DEMIKIANLAH ALLAH MENERANGKAN AYAT2NYA KEPADAMU ,AGAR KAMU MENDAPAT PETUNJUK.

Sekian Wassalam...

KEMBANG said...

masuk http//kemelutjelutong.blogspot.com boleh access tanjong sempoi