Wednesday, July 16, 2008

Jangan Terlalu Emosi........

Salam hormat dan salam bahagia tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca setia blog ini. Terlebih dahulu tanjong sempoi ingin ingatkan kepada komentar, janganlah terlalu emosi ketika melontarkan pendapat di dalam ruangan komen yang di sediakan oleh tanjong sempoi. Ruangan yang di sediakan oleh tanjong sempoi ini adalah bagi kalian memberi pendapat kepada masyarakat UMNO tanjong mengenai pemilihan yang akan berlangsung kelak. Bukan apa ingatan ini adalah kerana, bagi tanjong sempoi semangat berpasukan haruslah di wujudkan di dalam tanjong sempoi ini. Rata-rata tanjong sempoi lihat di dalam blog ini adalah mereka yang sudah meluat dengan kepimpinan Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajar. Jadi jika anda sudah tidak suka kepada beliau janganlah anda semua menjadi seperti beliau. Gunakan akal dan fikiran anda bagaimana untuk membawa arus perubahan di dalam tanjong.
Pandangan yang tanjong sempoi berikan ini adalah kerana, pemimpin muda di kalangan kalian semua haruslah menunjukkan kepada mereka yang dah veteran bagai mana cara yang benar untuk memajukan masyarakat UMNO tanjong. Bukan dengan menggunakan kata-kata kesat dan kasar, kita haruslah bersikap profesional. Wadah perjuangan haruslah berlandaskan permuafakatan dan keterbukaan dalam berbicara. Jika begini sifat yang di tunjukkan oleh kalian maka tanjong sempoi rasakan bahawa Y.Bhg Datuk Ahmad Kabeer Nagore akan kehilangan momentum kemenangan yang telah terbina selama ini.
Tanjong sempoi percaya nasihat yang di berikan ini boleh di manfaatkan oleh semua yang sudah dikira pembaca setia blog tanjong sempoi. Percayalah kata-kata tanjong sempoi bahawa "mencari yang buruk lebih senang dari mencari yang benar". Ayuh berjuanglah demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta bersama-sama tanjong sempoi........

2 comments:

Dayang Senandung said...

Tanjong sempoi aku rasa hg nie cukup cerdik & bijaksana, hg yg buka medan nie utk org hentam mghentam, la nie hg pulak bagi kata2 nasehat, tapi kira ok jugak la..aku setuju skali,kita masuk ruangan ini hnya nak myampaikan pndangan/nasehat/luahkan perasaan, tapi jgn la buat ruangan nie sbg tmpt maki hamun,itu lah dr awal pmbabitan aku dlm ruangan ini,seboleh mgkin aku cuba mgawal perasaan,tapi aku heran la bila ada sebilangan yg gemar maki hamun,ckp bahasa kotor nie,buat malu saja..Perangai mcm nie m'lambangkan maruah kita sbgai org melayu,dh la kita skrg nie ketinggalan dlm ekonomi,dn serba serbi,ditambah pulak dgn perangai kita..sungguh buruk sekali..sudah2 le kita semua mbuat dosa,pbuatan seumpama ini bole dikira sbg mfitnah,besar dosanya,ALLAH tak kan ampunkan umatnya yg sebegini..ingatlah kita hidup nie utk mndapat keberkatan di dunia & akhirat dgn b'amal & b'ibadat, salah satu amalan kita adalah b'sama2 mbantu m'martabatkan bangsa,agama dn negara..klu betoi nak bjuang,bjuang ats landasan yg betul..ALLAHUAKBAR...

Kamal said...

Salam hormat...

Bukan emosi sgt tetapi kekadang kena guna jugak emosi ni untuk sedarkan akar umbi um-NO yang dok lena macam presiden.

Tak kan murah sgt harga diri ahli um-NO sehingga nilai jatuh ke RM100 atau sehelai sejadah/pelikat. Awek di area Penang Road pun lagi mahal....

Kalau tak beremosi dengan sedikit kata-kata yang keras, sampai bila tak sedaq diri kecuali yang taksub sangat ler...