Saturday, July 12, 2008

Jawapan untuk Dr.Ariff.......

Salam hormat tanjong sempoi ucapkan buat Dr. Ariff. setelah melihat komen yang di berikan oleh saudara Dr. Ariff, disini sekali lagi tanjong sempoi ingin tekankan bahawa tanjong sempoi bukanlah berpihak kepada mana-mana calon. Hasrat utama tanjong sempoi adalah ingin melihat UMNO Bahagian Tanjong bebas dari pemerintahan secara kuku besi yang kini di lakukan oleh Ketua UMNO Bahagian sekarang ini iaitu Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar.
Berbalik kepada soalan yang di kemukakan oleh Dr.Ariff, ingin tanjong sempoi katakan bahawa setiap calon yang ingin bertanding di lihat berkaliber, cuma penerimaan dari ahli-ahli UMNO tanjong sehaja yang mungkin berbeza. Jika pada pandangan tanjong sempoi, adalah elok walau sesiapa pun yang bertanding jawatan Ketua Bahagian asalkan diktator itu dapat di tumbangkan. Namun selepas sekian lama menanti, kedengaran Y.Bhg Datuk Ahmad Kabeer Nagore seorang ahli perniagaan yang berjaya, telah sudi menawarkan khidmat beliau di dalam bahagian tanjong ini dan ingin memulihkan UMNO tanjong. Apa yang di tunggu oleh ahli UMNO tanjong selama 3 penggal tanjong sempoi lihat sudah tiba masanya kepimpinan bertukar tangan. Mungkin selama ini di dalam Bahagian Tanjong tidak ada calon yang ingin menawarkan diri, tetapi apabila kesudian Datuk Ahmad kabeer menawarkan diri tanjong sempoi lihat angin perubahan telah bertiup dengan kencang sekali dan mungkin dapat menumbangkan empayar yang di bina oleh Ketua Bahagian yang ketika ini.
Mengenai kekuatan Datuk Ahmad Kabeer yang di usulkan oleh Dr.Ariff, tanjong sempoi tidaklah pernah berjumpa dengan beliau secara perseorangan cuma tanjong sempoi sebagai blogger melakukan survey secara peribadi dengan berjumpa kawan-kawan tanjong sempoi di Bahagian Tanjong. Menariknya dari survey yang di lakukan oleh tanjong sempoi adalah ketika ini kekuatan yang ada di sebelah pihak Datuk Ahmad Kabeer adalah 80% menyokong Datuk Ahmad Kabeer mencabar Datuk Ahmad Ibnihajjar sebagai Ketua Bahagian Tanjong. Dan tanjong sempoi juga di fahamkan ketika ini Datuk Ahmad Kabeer akan mendapat pencalonan dari 20 Cawangan berbanding 31 Cawangan yang ada di dalam Bahagian Tanjong ini. Maklumat ini tanjong sempoi dapat dari sumber yang rapat dengan tanjong sempoi dan dari survey yang di lakukan oleh team member di dalam tanjong sempoi. Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar pula hanya akan mendapat 11 Pencalonan bagi melengkapkan jumlah 31 Cawangan yang ada di dalam tanjong. 11 Cawangan itu pun tanjong sempoi dengar dari Cawangan yang di buka oleh beliau semasa beliau menang jawatan Ketua Bahagian termasuk Cawangan kaum kerabat beliau yang status keahlian dikatakan UMNO di tanjong tetapi di negeri lain sebagai ahli PAS. Tanjong sempoi akan membuat laporan kepada UMNO Malaysia supaya status ahli-ahli dari Cawangan yang di buka oleh Datuk Ahmad Ibnihajjar ini disiasat sebelum mereka melakukan Persidangan yang akan berlangsung bermula 17hb Julai sehingga 24 Ogos ini. Jadi keputusan adalah di tangan ahli UMNO tanjong.....
Tanjong sempoi juga dengar calon yang bertanding kerusi no.2 di kem Datuk Ahmad Kabeer ini seorang bekas pemimpin Pemuda bahagian yang lantang bersuara dalam membantu masyarakat melayu di tanjong semasa beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda dahulu. Beliau yang di maksudkan adalah Y.M Raja Munir Shah juga seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Berbanding di kem sebelah Datuk Ahmad Ibnihajjar kerusi no.2 calonnya adalah Tuan Presiden Permata yang mendapat gelaran dari ahli-ahli UMNO tanjong sebagai kaki 'rembat'. Macam mana nak jadi calon, apa bisnes pun takdak, hidup pun menumpang kat bini kata komentar tanjong sempoi, tapi gebang saja lebih. Itu bukan kriteria yang di kehendaki oleh ahli-ahli UMNO tanjong. Cakap pun selalu tak serupa bikin. Cuma pandai bikin gempak saja. Beliau yang di maksudkan adalah Tuan Fadzil Shuib Ketua Cawangan Jalan Hatin. Kalau ahli-ahli UMNO tanjong memilih Tuan Presiden ni alamatnya dia akan bercakap lebih pandai lah. Sekarang ni pun ramai yang dok cakap kempen manager dia adalah seorang bekas kontraktor yang dah tersungkur iaitu 'Ibrahim Daging'. Tolak pi, tolak mai depa dua ni sama saja. Seorang lagi calon di sebelah kem Datuk Ahmad Ibni Hajjar ialah Datuk Abdul Ghani Ali Kadir, khabarnya dia adalah salah seorang orang kuat FAP. Tapi kesihatannya juga tidak sebaik dulu. Jadi ahli UMNO tanjong nilailah sendiri siapa yang layak menduduki kerusi no.2 ini.
Menurut sumber yang rapat dengan tanjong sempoi dari kalangan orang-orang lama tanjong pula Calon bagi kerusi no.3 pula bagi kem di sebelah pihak Datuk Ahmad Kabeer ini adalah juga seorang ahli Perniagaan yang berjaya. Beliau juga amat di kenali oleh ahli UMNO Tanjong sebagai seorang penderma yang sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Beliau juga di sayangi oleh kebanyankkan Veteran UMNO di dalam Bahagian Tanjong kerana sifatnya yang sentiasa menghormati orang tua. Beliau adalah Y.Bhg Datuk Syed Husen. Manakala di sebelah kem Datuk Ahmad Ibni Hajjar ialah ketua pemuda yang memimpin pemuda sekarang ini. Pernah dalam cerita tanjong sempoi yang lalu selama sepenggal memimpin pemuda apakah yang benar-benar berjaya di lakukan oleh beliau. Seorang yang patuh kepada Ketua Bahagian ibarat kata pepatah sering di cucuk hidungnya oleh Ketua Bahagian. Jika sekarang ini dalam pemuda pun tak boleh nak memimpin mana mungkin mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai calon no.3 Bagi kerusi Naib Ketua Bahagian Tanjong. Beliau yang di maksudkan adalah Tuan Haji Saharuddin.
Jadi buat Dr.Ariff dan ahli UMNO tanjong anda lebih mengenali mereka semua.........
PILIHAN ADA DI TANGAN ANDA, BIAR JARI ANDA YANG MENENTUKAN MEREKA YANG BENAR-BENAR LAYAK. BUKAN ORANG LAIN YANG MENENTUKAN. TANJONG SEMPOI HANYA MENJADI WACANA BAGI AHLI UMNO BAHAGIAN TANJONG MEMBUAT RUJUKAN DAN MELUAHKAN PENDAPAT. SEBAGAI ORANG YANG TIDAK LAGI AKTIF BERPOLITIK TANJONG SEMPOI RASAKAN BAHAWA PILIHLAH MEREKA YANG BENAR-BENAR DILAHIRKAN SEBAGAI PEMIMPIN, BUKAN MEMILIH MEREKA YANG HANYA INGIN MENGISI PERUT MEREKA DENGAN JAWATAN YANG DI BERIKAN...... JUMPA LAGI!!!!!!!!!!!!

10 comments:

Dayang Senandung said...

Betoi ka survey yg tanjong sempoi buat nie??sbb wpun aku bukan tlibat dlm UMNO Tg,tapi aku kenai sungguh dgn geng umno tg,,feedback yg aku dpt lain pulak..depa kata mat hajar bole menang, tapi grassroot mmg x leh terima fadzil penyangak, jd ini mberi peluang kpd team B utk menang..apa pun kita lihat sj pencalonan nnti..

Sang Tuba said...

Salam hormat

Di dalam arena politik terutamanya dalam um-NO, kerja-kerja mencantas, dicantas, memfitnah atau difitnah adalah sinonim.

Walau bagaimana pun, semua ahli um-NO terutamanya di Bhgn Tanjung dah mengenali secara dekat perihal calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding.

Atas pertimbangan waras sahajalah yang menentukan siapa yang layak untuk dipilih ke jawatan tertentu.

Janganlah hanya kerana $100.00 atau sehelai kain pelikat atau sehelai sejadah, kita sanggup menjual maruah bangsa sendiri.

Ingatlah, budaya berpolitik sekarang adalah untuk membuat harta kekayaan sendiri bukan untuk membela bangsa meLAYU.

Fikir-fikirkan masa depan anak-anak kita sekiranya tersalah memilih pemimpin sekarang.

Dayang Senandung said...

Aku nie bole di golongkan dlm golongan umur masih muda,tapi aku skrg jd b'celaru dan tengelam punca tengok p'caturan politik semasa,nak kata org lama nak bg panduan,semua x leh pakai,org lama2 yg lebih2 nak m'rebut jwatan,tgk sj dlm politik wanita bhgn tg,si cikgu pencen x mau lepas lngsung, dok cite/melobi sakan nak kekal jwatan,tp grassroot byk yg tak mau cikgu pencen nie,sbb org dh m'luat tgk perangai dia,pemuda pulak..takdak yg b'kaliber lngsung,nak tngkap muat sj,pilih la haprak mana angkat letak sj,puteri pulak masih baru..mentah nyek2,tak tau apa2,tapi ada jugak yg ada hati nak btanding,ini semua tjadi bila ada pghasut & pngkhianat dlm bhgn.tok sah dok ckp tnggi / kuat mana pun, klu kepala dah tak pernah kena tikar semayang, mulut asyik dok keluar fitnah sj,mmg keja2 sebegini mrupakan amalan mrk ini semua..sudah2 la..bawak2 btaubat.

papanrehal said...

askum semua......hi, bencana pertandingan bermula kembali....kali ini kita akan tengok peralihan kuasa ke tangan yang benar. bagi saya, apapun yang terjadi dato ahmad ibni hajar harus tersungkur. kesungkuran yang dinanti akan diraikan dengan majlis kesyukuran. derma pisang kat masjid jalan hatin. jadi wahai semua ahli tanjung saya menyeru dan memohon jasa baik semua ahli, marilah kita sama-sama menyungkurkan ahmad ibni hajar penyamun tarbus besaq punya harami...

pu3terbuang said...

excuse me dayang senandung,

memang pu3 masih baru, mentah & tak tahu apa-apa but then it's ok for any of them nak bertanding cuz as long as it's a healthy thing so why not? if no one want to take the challenge utk bertanding..nanti dikatakan pu3 lembik, penakut & not ready to take a bigger responsibilities in future pulak! so biarlah..

ok now u go inside the room & think of what u've just said or let me buy u ice-cream :)

zachkery said...

hi tanjong sempoi, betui jugak apa yang tanjong sempoi bagitau, keputusan di tangan semua. pilihlah pemimpin yang berwibawa yang boleh memimpin, bukan dari kalangan yang tak reti memimpin diri sendiri tapi nak bertanding agar jadi pemimpin. bukan senang nak jadi pemimpin, dulu memanglah saya ni di kalangan orang suruhan lah jugak...tapi apa yang saya dapat, pemimpin seperti ahmad ibni hajar ni memang tak layak jadi pemimpin, sebabnya nak berdiri masa berucap pun tak betui, senget sana senget sini, macam tu ka pemimpin, bab lain toksah cakaplah, kalau cakap bab gagau, dialah no. 1, tapi tulah saya mengakulah dulu saya pun bodoh, ikut ja telunjuk tapi, suruh buat itu ini semua ikut, last2 saya pun kena main. dulu adalah jugak saya bertanding ketua pemuda bahagian tanjung, yang tu pun dia nak mengatoq, atoq sampai saya terterap, padan muka saya, ikut lagi telunjuk pemimpin paria macamtu, apapun ahmad ibni hajar mesti terterap kali ni. pemimpin paria macam tu memang tak patut memimpin, sembang sana sini nak memartabatkan maruah org melayu konon, tapi apa yang dia buat utk melayu tanjung. dulu adalah sekali dia buat isu melayu tanjung terpinggir, bising sana sini sampai pak lah naik pening, bagitau kat ketua menteri pulau pinang masa tu suruh settle hal musibat batu ni. ketua menteri pun panggil dia tanya apa dia mau, dia bagitaulah dia mau tanah kat bukit jambul kononnya nak buat umah utk org melayu yang susah di tanjung, time tu sayalah bodoh kaldai dengan saudara raja munir dunggu salam pi buat keja dapat tanah tu bagi kat ahmad ibni hajar, buat keja macam gila sampai dapat tanh tu dengan harga sekaki rm1, tapi musibat batu celaka besaq ni dia amik tanah tu pi jual kat developer dengan harga sekaki rm35, dan sekarang di tanah tu depa buat umah banglow kos seunit rm2.5 milion, saja saya nak tanya kat tanjong sempoi, melayu susah mana nak beli umah dengan kos macamtu, pemimpin apa sebenaqnya yang dok ada ni, bukankah pemimpin paria macam ni dok perkaya diri dia, bukan nak perkaya org melayu nak menyusahkan org melayu lagi adalah....yang tu yang buat saya sedih dan kembali ke pangkal jalan...raja munir tak tau lagilah dia dah kembali ke belum tapi saya, percayalah, saya dah kembali sebenar-benarnya...kali ni saya akan pastikan pemuda dan bahagian akan memilih calon yang betui2 sesuai dan berkaliber dalam pemilihan macam ni, sudah2 lah kepada pemimpin paria sieh yang tak sedaq diri perkaya diri sendiri menyusahkan org, saya geram kat dia bukan apa sebab dia tak tunaikan janji, dia berjanji nak bagi saya menang tapi dia boleh pulak bagi org lain menang tu yang saya frust dengan dia,bukan apa, dia tau kalau saya menang, dia nanti tak boleh control saya, dahlah duit banyak habih, tapi macamna sekalipun saya tetap akan akan buat keja kali ni memastikan yang barua sieh ni terterap teruk dan saya akan sedekah pisang ke masjid2 tanda kesyukuran. habih tu adalah baru2 ni, saya diberi mandat kali ni oleh dato kaber supaya susun barisan pemuda yang nak bertanding, tapi tulah kepada semua barisan pemuda yang nak bertanding, nasihat saya cuma satu ja, bukan senang nak bertanding, time saya bertanding dulu pun susah, jadi bukan senang2 ja nak dapat pencalonan dan menang dalam pertandingan kali ni....saya akan bagi susah sikit lah bukan apa kena jugak torture sikit junior2 ni semua, barulah depa tau betapa susah nak pegang jawatan dan lepas depa menang nanti depa akan ingat macamna nak pertahan jawatan dan buat keja seadil2nya. saya dulu dah lalu semua tu, bermula daripada jawatankuasa, lepas tu setiausaha dan seterusnya ketua penerangan, banyak onak dan liku yang telah saya lalui selepas itu barulah saya mencuba nasib sebagai ketua pemuda, tapi apakan daya, semua ahmad ibni hajar punya pasailah, saya kalah teruk, tapi tulah menang kalah adat pertandingan, saya terima dengan hati yang terbuka, jikalau kali ni, ahmad ibni hajar nak mai sembang tepi, minta mahaplah, kulit pisang saya boleh bagi kat dia.....semua tunggu......kehadiran saya kali ni akan membawa kejayaan kepada team dato kaber, saya akan pastikan kemenangan yang seadil2nya.

Dayang Senandung said...

Halo pu3 terbuang,awat hg terasa ka, bila aku komen kata puteri nie lembik, klu hg betoi2 rasa puteri nie lembik..btanding la woi..aku mmg sokong klu puteri mmg betoi2 bminat nak btanding,baru org x leh kata puteri lembik,tapi klu setakat berani ckp tak berani buat,nak buat ape???haprak la hg..mmg sesuai la name hg PUTERI TERBUANG..aku rasa hg mmg nak kena buang kot...ha..ha...

pemudatanjong said...

salam semua komentar, ni jangan ddok merapu dalam ni buleh tak nanti rosak akhlak ahli-ahli UMNO, hang pa semua nie dah di kira melebih nanti tak mad hajar tesungkur hang pa yang teterap... jangan over konfident... kesian kat mamak tu, nanti dek kerana kejoraan hang pa tok kabeer yang kalah.... biar ahli yang menentukan halatuju depa sendiri... tanjong sempoi dah buat kita semua befikir... so apa lagi... tungu kejutan terbaru dari kami pemuda tanjong kerana kami akan mengetuai ahli-ahli umno bahagian tanjong untuk membuat laporan kepada pihak polis dan BPR... biar padan muka dia.....
17haribulan ni bermula lah episod sedih bagi Datuk Ahmad Ibni Hajjar......

pu3terbuang said...

wahai dayang senandung,
u nie mesti dilahirkan ketika cuaca mendung. maybe memang betul la apa i baca komen from others about u, tapi takpe i leave it to them to reveal more abt u.

lagipun kacang goreng kuda aje if i nak bidas u semula but then when i amati komen u tu, well thanks to u cuz u actually indirectly support us to be in front row & take the challenge. here ur token, muaahhhh :)

papanrehal said...

betuI jugak pu3terbuang, dayang senandung ni maybelah dia ni dah mendung kot, pasai tu dia dok cakap belakang, takpalah, just tunggu dan lihat, ANGKAT TETAP ANGKAT, KITA TUNGGU DAN LIHAT PERALIHAN KUASA...kepada pemudatanjung , aku nak habaq kat hang, sukati pak bapak kami lah nak kata kat sapapun, motif aku satu ja, nak bagi mat hajar dengan konco2nya lingkup, jadi hang jgn dok hentam kami lebih kurang satgi aku start hentam hang rosak pulak kempen, ni nak tanya sikit, kalau nak pi bpr jgn lupa bagitau, aku nak pi sekali, berlambak ada fail kat aku, hehehhe, boleh akupun bagi sekali apa yang dok ada kat aku...ok...salamz...pu3terbuang, kalau boleh agresif sikit, jgn dok di belakang, mailah berdepan, hentam sama hentam barua sieh ni semua, jgn risau, i akan backing u sampai habis....bye, salamz....