Monday, July 21, 2008

Minggu Yang Mengejutkan.......

Salam hormat dan salam bahagia tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca yang tak pernah jemu untuk membaca coretan yang tanjong sempoi buat ini. Para pembaca budiman dalam laporan pertama tanjong sempoi hari khamis yang lalu tanjong sempoi telah sebutkan tentang kejutan yang di buat oleh orang kuat Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar yang ternyata mengejutkan semua pihak. Untuk makluman semua pembaca setia blog ini, dari rangkuman yang yang akan dibuat oleh tanjong sempoi hari ini mengenai pemilihan peringkat cawangan dalam minggu pertama ini mungkin dapat membuka mata banyak pihak terutama sekali Ketua Bahagian tanjong yang sebelum ini dilihat memperlekehkan hasrat Y.Bhg Datuk Kabeer yang menawarkan diri bagi menandingi kerusi Ketua Bahagian Tanjong. Mungkin sentimen mamak yang di mainkan oleh Datuk Ahmad Ibni Hajjar tidak lagi relevan kerana beliau turut mencalonkan mamak bagi kerusi ketua pemudanya.
Pembaca yang di hormati ketika ini angin perubahan sedang bertiup kencang di dalam Bahagian Tanjong. Mungkin ini telah menunjukkan kematanggan bagi ahli-ahli UMNO di dalam bahagian tanjong yang selama ini hanya mengikut telunjuk Ketua Bahagian mereka sahaja. Dalam 17 Cawangan yang bersidang sejak Khamis lalu hinggalah ke hari Ahad, Datuk Ahmad Ibni Hajjar hanya mendahului dengan 1 pencalonan sahaja dimana ketika ini Ketua Bahagian sudah memeperolehi 9 pencalonan dan Datuk Ahmad Kabeer telah memperolehi 8 pencalonan. Ini telah membuktikan bahawa telahan yang di buat oleh Datuk Ahmad Ibni Hajjar yang selama ini bahawa Datuk Ahmad Kabeer mempunyai 2 Cawangan sahaja dan tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi adalah semata untuk menyakinkan dirinya bahawa beliau masih berkuasa.
Tanjong sempoi juga rasakan mesyuarat yang di jalankan oleh Cawangan yang memberi pencalonan kepada Datuk Ahmad Ibni Hajjar ini boleh di batalkan kerana mesyuarat yang di jalankan tidak mencukupi Korum. Jadi kepada team Datuk Kabeer bolehlah membuat siasatan kerana penipuan yang mereka lakukan ini boleh menyebabkan ahli-ahli UMNO semakin hilang percaya kepada UMNO.
Jadi Datuk Ahmad Ibni Hajjar dan Datuk Ahmad Kabeer Nagore telah cukup pencalonan bagi melayakkan mereka bertanding Jawatan Ketua Bahagian Tanjong. Bagi kerusi timbalan Ketua UMNO Bahagian satu persaingan yang sengit juga berlaku di antara Penyandangnya Datuk Abdul Ghani dan Y.M Raja Munir di mana kedua-dua calon ini telah melepasi kuota yang di tetapkan oleh UMNO Malaysia, tetapi bagi seorang lagi calon yang ingin bertanding iaitu Tuan Presiden Saudara Fadzil Shuib baru memperolehi 1 pencalonan, itu pun tanjong sempoi ingat pencalonan sesat yang diberikan oleh Cawangan Rangoon. Mungkin kerana kesiankan Tuan Presiden ini, kerana jika beliau tidak langsung dapat pencalonan beliau akan menangis lagi, tapi untuk program apa tanjong sempoi tak tahu lah. Tanjong sempoi rasa 1 pencalonan itu akan kekal sehingga ke tarikh akhir pemilihan peringkat cawangan yang di jangka habis dalam masa 3 minggu lagi. Jadi apa lagi Tuan Presiden Fadzil Shuib, ahli UMNO tanjong pun dah meluat kat Tuan Presiden, angkatlah kaki pi main jauh-jauh, jangan dok menyibuk dah kat tanjong ni. Semua orang dah meluat tengok 'dirty politik' dari tuan presiden. Tapi pesanan tanjong sempoi, jangan lupa bawak sekali Cikgu Pencen kalau Tuan Presiden rasa tak mahu kena bencana Politik dalam tanjong la. Bukan apa dulu Cikgu Pencen iaitu Puan Norjan Hamid pernah berkata, 'takkan ada ahli wanita yang berani mencabar saya'. Cikgu pencen, tanjong sempoi nak bagi tau, inilah bencana kepada orang yang bercakap besar. Tapi apa pun Puan Norjan ni kira hebat jugalah dari Tuan Presiden kerana dia dah dapat 9 pencalonan, (patutlah kalau Puan Norjan suruh tuan presiden ni buat apa pun di ikut) bukan apa kalau Tuan Presiden tak paham bahasa melayu tanjong sempoi nak suruh sahabat karib Tuan Presiden iaitu Saudara Firdaus Abdullah atau di kenali sebagai 'kambing hitam' atau 'penbun' cakap bahasa Tamil. itu pun kalau tak paham tanjong sempoi ingat nak suruh Puan Norjan ajar balik Tuan Presiden ni kat tadika mana-mana. Kalau Tuan Presiden tak paham juga tanjong sempoi tak tau lah nak kata apa lagi. so persaingan untuk kerusi no.2 hanya Datuk Ghani dengan Y.M Raja Munir yang dilihat sama hebat. Tuan Presiden dah tak dak dalam senarai tau wahai ahli UMNO tanjong. Jangan ada pulak Cawangan yang nak buat pandai pi calon Tuan Presiden ni.
Bagi kerusi naib Ketua Bahagian pulak persaingan sengit melibatkan pertandingan 3 penjuru akan berlangsung di antara Datuk Syed Husen, Haji Shaharudin dan Saudara Halim. Ketiga-tiga calon ini telah melepasi kuota pencalonan yang di kehendaki oleh UMNO Malaysia.
Bagi kerusi Ketua pemuda Bahagian pula Saudara Nor Mohamad atau di kenali sebagai 'Md Nor Subaidah' telah memiliki pencalonan yang mencukupi bagi melayakkan beliau bertanding kerusi itu begitu juga dengan Saudara Jefri Salim. Namun bagi kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan persaingan 3 penjuru di antara Saudara Nizam, Saudara Hariss dan Saudara Masri. Namun apa yang mengejutkan tanjong sempoi, Calon yang tidak pernah disebut untuk bertanding kerusi Naib Ketua Pemuda ini tiba-tiba melonjak dengan setakat ini telah mendapatkan pencalonan yang melebihi semua calon yang ingin bertanding merebut jawatan Naib Ketua Pemuda iaitu Saudara Masri. Sebelum ini tanjong sempoi hanya mendengar 2 nama sahaja yang ingin bertanding iaitu Nizam dan Haris kini ahli UMNO akan melihat persaingan 3 penjuru yang mana jika pada penilaian tanjong sempoi Saudara Masri memiliki kelebihan kerana kini beliau menerima pencalonan yang tinggi. Cuma tanjong sempoi ingin juga mengenali saudara Masri ini untuk tanjong sempoi buat penilaian bagaimana orangnya. Ini kerana pada pandangan tanjong sempoi beliau tidak di kenali tetapi kini telah menjadi calon pilihan. Jika sesiapa berkesempatan email lah kepada tanjong sempoi berkenaan Saudara Masri ini untuk tanjong sempoi buat penilaian mengenai diri beliau di alamat email: tanjongsempoi@yahoo.com.
Bagi jawatan Ketua Wanita pula sama seperti Jawatan ketua Pemuda dimana Puan Norjan akan di cabar oleh Puan Khatijah, dan bagi kerusi Ketua Puteri pula Puan Musziana akan dicabar oleh Saudari Mazliana.
Jadi ahli UMNO tanjong. Lakukan perubahan yang dirasakan akan membawa kebaikan kepada ahli-ahli UMNO di Bahagian Tanjong ini. Jangan di beri peluang lagi kepada mereka yang selama ini di lihat tidak membawa perubahan di Tanjong. Kuasa kini milik Ahli UMNO, bukan lagi milik Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan. Lakukan Perubahan demi menyelamatkan Agama, Bangsa dan Tanahair........... Berjumpa lagi di persidangan yang akan datang..............
Senarai penuh pencalonan di bawah ini.
* Di petik dari sumber tanjong sempoi yang
membuat liputan di UMNO Tanjong.
Pencalonan Untuk Kerusi Ketua Bahagian
Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar : 9
Y.Bhg Datuk Ahmad Kabeer : 8
Pencalonan Untuk Timb. Ketua Bahagian
Datuk Abdul Ghani : 7
Y.M Raja Munir : 7
Tuan Fadzil Shuib : 2
Abdul Waheed Wahab:1
Pencalonan Untuk Naib Ketua UMNO Bahagian
Haji Shaharudin : 6
Datuk Syed Husen : 7
Saudara Halim : 4
Pencalonan Untuk Ketua Pemuda Bahagian
Saudara Nor Mohamad : 9
Saudara Jefri Salim : 8
Pencalonan Untuk Naib Ketua Pemuda Bahagian
Saudara Haris : 4
Saudara Nizam : 6
Saudara masri : 7
Pencalonan Untuk Ketua Wanita Bahagian
Puan Norjan : 9
Puan Khatijah : 8
Pencalonan Untuk Ketua Puteri Bahagian
Puan Muszaina : 9
Saudari Mazliana : 8
*Arus Perubahan sedang bertiup kencang, jadilah sebahagian yang akan merubah sejarah di Bahagian tanjong. Janganlah masih mengikut telunjuk Ketua Bahagian yang ada sekarang ini. Kuasa di Tangan Anda........

19 comments:

not a girl not yet a woman said...

kepada ketua pu3 yg baru nanti,

i hope u kuatkan semangat utk melakukan perubahan berlandaskan matlamat sebenar perjuangan, jangan lembik, jangan eksy dan jangan kepo hal-hal peribadi ahli-ahli pu3..

if kononnya ada pu3 yg elok di depan mata (hipokrit!), tapi tak boleh buat kerja yg diamanahkan atau lagi teruk if mampu menyeleweng ke melencong ke..so adalah lebih baik ada pu3 yg miliki sedikit kekurangan (hello..nobody is perfect!) tapi jujur dlm menjalankan kerja serta faham akan matlamat perjuangan..

"new thinker is coming soon to tanjong!"

doamakbul said...

Wah....Mengancam lah Bahagian tanjong,tak lupa jugak aku nak ucapkan tahniah buat tanjong sempoi yang up date cerita ni. Aku tak dapat nak bersama dengan masyarakat tajong buat perubahan... sebab aku sekarang ni tengah merantau..... tapi harapan aku agar di perkemaskan lagi barisan yang akan menentang md hajar tu... bukan aper nye dari kedudukan yang ada sekarang ni aku rasa md hajar mendahului dengan kelebihan 1 pencalonan, kalau buleh aku nak tengok team Datuk Kabir leading.... Jangan bagi peluang langsung kat md hajar..... Lagi satu aku nak pesan kat PAPANREHAL, kalau nak jadi pemimpin bukan dengan cara maki hamun, guna pendekatan yang bermanfaat bagi semua... Aku rasa kalau macam tu sifat yang di tunjukkan kepada ahli UMNO tanjong maka penyudahnya md hajar yang menang.... Be gentlemen jangan tunjukkan emosi anda.... Tengok pendekatan yang di gunakan oleh Mahmoud Ahmadinejad Presiden Iran, dia tak maki hamun pun kat George Bush, tapi Bush amat takut dekat Iran, carilah formula untuk menjatuhkan beliau... kalau maki macam ni susah jugak kan..... dan sekali lagi aku nak berpesan kepada barisan pemuda lakukan yang terbaik demi untuk bangsa dan agama, jangan lupa kepada kami yang berada di luar Pulau Pinang yang kini mencari nafkah bagi menyara kehidupan kami kerana di Tanjong dah takdak peluang, semuanya Md Hajar dah sapu.... so Lakukan Perubahan Yang Membawa Kebaikan............ Hidup Kabir... Hidup Jefri.... Hidup Puan Khatijah..... Hidup Mazliana.... Hidup!!Hidup!!Hidup!!!Tanjong Sempoi.... Gua Caya Sama Lu........

ketua resulosi said...

hohohohoho,kepada pencalon-pencalon yang di beri mandat atau tidak,jgn lah terlalu yakin dan angkuh kerana banyak lagi cawangan-cawangan yang belum bermesyuarat.
kemungkinan berlakunya nama pencalon-pencalon yang baru pada saat-saat akhir,sama ada melayu ataupun india muslim .
ketua resulosi berharap sangat ada pembaharuan pada pemuda dan dasar yang lebih sempurna.

perhatian kepada pencalon-pencalon yang telah lepas mendapat tempat untuk bertanding:

1 )badan mesti stabil dengan kaki
2 )makan mesti kurang
3 )bahasa melayu mesti betul dalam pertuturan/perelokkan lidah yang berbelit
4 )kulit kena jaga
5 )public speaking yang sempurna/jgn gagap semasa berucap,takut nanti semua perwakilan ikut cakap gagap
6 )apa yang di kata mesti di kota,
apa yang di kota mesti dengan pelaksanaan yang baik dan adil pada semua pihak.

ketua resulosi ingin berpesan jgn bergaduh melayu sama melayu ,india muslim akan mengambil kesempatan nanti,yang untung nanti satu kaum lain kapal.hidup umno hidup umno hidup bangsa melayu

sekian berita dari ketua resulosi: 22/7/2008 jam 9.00 malam

petikkan dari cawangan atas mata pedang ( atau dikenali cawangan atas pagar )

ketua resulosi said...

hidup semua.lihat-lihatlah orang-orang yg tahu mengenai politik langsung

pu3terbuang said...

for me apa yg most interesting ketika meeting nie ialah apabila nama individu yg diharapkan tak disebut (kwang..kwang..kwang..) maka amat kecil + kecut muka dia bagai dicurah garam + cuka..

and the best part, before the meeting start, dia datang dengan lenggang-lenggoknya..dia datang.. wajah penuh ceria + tinggi sekali hidungnya (no need to put collagen or do plastic surgery) seolah-olah dia telah pasti bahawa dia masih ada ruang + tempat pada penggal nie..

well, kepada individu tu, anggap la u tak ada rezeki kali nie + jangan gila kuasa! sebaiknya u renungkan + perbetulkan kesilapan (jika ada + if u ever nak akuinya lah) serta teruskan perjuangan bersama-sama para ahli + team yg baru..

- de new thinker -

Ronnie Iskandar said...

Assalamualaikum....

Salam hormat dan salam sejahtera kepada tanjong sempoi dan sekalian pembaca setia Blog Tanjung Sempoi... blog yg nampaknya bagi aku byk bekerja keras utk memastikan UMNO senantiasa terus relevan di kalangan masyarakat Melayu di tanjong.Walaupun di akar umbinya aku rasa sokongan tidaklah seGah dgn apa yg diwar - war kan sejak keptususan pemilu yg lalu.Rata2 yg memberikan sokongan hanyalah golongan veteran yg mana aku percaya sokongan mereka adalah ikhlas di mana sokongan ini adalah bersandarkan dari matlamat sebenar perjuangan UMNO satu masa dulu.Tetapi sayangnya sokongan dan kepercayaan ini nampaknya seakan tidak lagi relevan pada pucuk pimpinan UMNO sekarang . UMNO kalau pembaca yg dkasihi tahu dulu adalah parti utk cikgu2,ibu2,para petani dan nelayan yg ikhlas memperjuangkan nasib org Melayu pada masa itu bukan macam sekarang... UMNO adalah parti utk org2 kaya,ada nama,datuk datin,mamak2, mami2 jarum,kroni2 dan tukang2 ampu BANGSAT utk menjarah dan mengumpul harta sebyk yg mungkin atas nama perjuangan parti dan menggunakan agama dan bangsa sebagai platform utk menjadi penyangak berlesen....fuhhhh.

Aku tahu bukan semua org UMNO bersifat sarakah .....aku tau bkn semua ...tetapi hanya berapa per sen saja yg betul2 ikhlas tak kra la melayu tulen ka campoq ka mamak ka jawi pekan ka muaalaf ka....bukan semua ...kalau aku nak memperdebatkan pasai bangsa kat sini ....aku rasa aku betui ...kalau hangpa pembaca yg disayangi ni baca comment2 aku baru ni apa yg aku cuba bahaskan tak salah kan..aku cuma nak hangpa open sikit...apa yg aku cuba sampaikan inilah natijahnya kalau mengamalkan politik yg beteraskan bangsa ...inilah jadinya bila konsep perjuangan bangsa diagung2 kan ditambah pulak dgn fahaman Islam Hadhari ....adoi mamu dlm Islam pun dah ada 73 schools of thought awatlah hang nak tambah lagi satu.Cuba kalau UMNO jadikan Islam sebaga wadah perjuangan yg baru ...satukan org Islam tanpa mengira warna kulit atau keturunan,bersatu lah dgn parti org Islam yg hangpa semua rasa boleh....hapuskan segala tahi2 yg masih cuba bergelumang dlm parti..letakkan kebajikan sebagai pperkara paling penting dalam melaksanakan tanggungjawab hangpa semua dlm membela nasib rakyat terutamanya org Islam.Kalau hangpa boleh buat tuh aku la akan jadi org pertama akan menyokong hangpa semua wahai pemimpin2 UMNO.......

Walaupun apa pun ....aku maseh percaya a big chunk of UMNO fanatics wont take my words for granted.Aku tak kesah dan aku tak peduli...jatuh bangunnya aku sekarang ni bukan hasiil usaha UMNO...aku tak tageh kat hangpa projek walaupun aku biasa ditawarkan ...Bagi aku UMNO yg pernah aku banggakan dulu dah mati pada tahun 1988 hangpa pun tau BANGSAT mana punya kerja...tak yah aku bagitau walaupun aku tau hangpa semua akan menidakkan fakta dan akan memutarkan belit sejarah...Bagi aku UMNO dah mati bila hangpa membenarkan kerusi Presiden dan Tim.Presiden tidak dipertandingkan ....tak yah aku bagitau jugak MAMAK DAJAI mana punya keja kan hangpa tauuuu...sebab aku tak mudah lupa hanya Melayu UMNO mudah lupa.

Wahai pembaca yg budiman dan org2 UMNO ...aku tau apa yg aku paparkan disini langsung tidak enak dibaca...tetapi percayalah yg benar itu memang selalunya pahit utk ditelan...maka terpulang kepada hangpa sekalian...dan kepada sahabat2ku di dalam UMNO dan diluar UMNO ....hangpa semua harus ingat aku takkan berhenti membidas memulas apa yg aku rasa kan tak betui dlm UMNO walaupun apa yg aku sampaiikan nanti akan sedikit sebanyak terkena tempiasnya kat hangpa ....dan jgn jadikan aku sebagai alasan utk tidak cuba menghalusi dan memahami apa yg telah aku sampaikan.

Ingat arus perubahan bukan saja berlaku di Tanjong ia berlaku di mana saja ada penyelewengan dan penyundalan politik .Kuasa hanyalah milik ALLAH S.W.T.Sebelom saya berundur diri saya ingin petik kata nasehat sahabat seperjuangan saya yg beliau petik dari Imam Jaafar Shadiq :
SETIAP HARI ITU MEMPUNYAI TIGA BAHAGIAN..HARI YG BERLALU TIDAK AKAN BERULANG LAGI..HARI INI MAKA CARILAH KEUNTUNGAN DARINYA DAN HARI ESOK YANG MASIH MERUPAKAN ANGAN2 DAN LAGI DIANTARA KATANYA SESEORANG YG BERKERJA KERAS DEMI MENYARA KELUARGANYA LAKSANA BERJUANG DI JALAN ALLAH.

Sekian Wassalam

john sebata said...

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog tanjong sempoi ni yg memberikan kita ruang untuk menerima berita dalaman terbaru UMNO Tanjong dan UMNO Penang secara amnya, dan juga memberi kita peluang untuk berbincang dan berdebat tentang isu isu yang melibatkan UMNO Penang ni. Tahniah ingin saya ucapkan kepada tanjong sempoi kerana mengambil inisiatif untuk membuka ruang ni kepada kami semua. Terima kasih tanjong sempoi.

Secara patinya, saya bersetuju dengan aspirasi Ronnie Iskandar, tetapi mungkin penyampaiannya itu agak kurang elok sikit lantas memberikan pandangan yg tidak serius terhadap pembentangannya yang agak panjang lebar itu.

Kita seharusnya memberikan cadangan alternatif yang praktikal jika kita rasa sesuatu sistem itu tidak betul dan tidak praktikal, bukan cuma membidas, memaki hamun, mengata kat orang dan lain lain perbuatan yang tidak akan mendatangkan sebarang faedah.

Kita perlu tanya pada diri kita sendiri, "adakah aku sanggup bermati matian ataupun berusaha gigih demi prinsip dan ideologi yang aku rasakan betul dan sepatutnya ni?" ataupun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? Ramai yang saya lihat hanya "panas panas taik ayam " saja atau hanya tahu memaki hamun saja tanpa memberikan sesuatu yang konstruktif untuk membetulkan keadaan. Saya pasti ramai yang akan berkata "apa boleh aku buat? depa semua org kaya, aku ni dok susah nak cari sesuap makan pun , takkan nak pi serbu kot...." ataupun..." alah....kalau aku fight pun.....bukan depa nak dengaq cakap aku pun....kalau aku try ubah pun bukan nya depa boleh ubah..."

Inilah mentaliti yang seharusnya di hapuskan di kalangan rakyat kita, kalau kita berusaha, pasti kita boleh ubah apa sahaja.Manusia dah sampai bulan tahun 1960-an dah cek oiii......bila lagi hampa nak ubah...takat nak sembang bikin orang bimbang kalu, kat Ujong Pasir ramai dok ada.....buat lah...jangan cakap saja...buat..

Walau bagaimana pun, saya berasa gembira kerana dah ramai rakyat kita yang dah celik dah, kita rakyat Penang sebenarnya mempunyai reputasi sebagai rakyat yang bukan mudah di tipu dan pengundi yang bijak, tetapi kita juga ada ramai penyamun yang bijak...

Mereka sering menggunakan sentimen bangsa dan agama sebagai platform untuk membentangkan hujah mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat, dan seringkali mereka berjaya kerana kita sebagai rakyat mudah diperdaya bila digunakan sentimen sentimen ini.

Kita seharusnya berjuang untuk kemakmuran rakyat Penang secara amnya dan bukan hanya untuk bangsa melayu, mamak, jawi pekan, jawa, pakistan dan sebagainya...

Kita harus dikenali sebagai orang Penang dan kita harus digeruni sebagai orang Penang.

Kita harus digeruni bukan kerana perkara yang buruk, tetapi kerana perkara yang baik seperti menegakkan keadilan, menjaga keharmonian rakyat, menjana ekonomi secara aktif, mempunyai infrastruktur yg terbaik di Malaysia, menjaga keharmonian diantara semua kaum dan mempunyai negeri yang indah yang layak di gelar "Pulau Mutiara".

Malangnya, selagi ada anasir anasir penyelewengan dan "jaga poket sendiri " di Penang ni, selagi tulah Penang ni nanti lingkup.

UMNO Tanjong sepatutnya menerajui usaha pemulihan Penang ni bukan saja untuk memastikan kejayaan di pilihanraya yang akan datang, tetapi untuk menjadi gerakan yang menerajui Penang ke puncak kegemilangan secara amnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Sekian saja untuk kali ni.

Wassalam.

Ronnie Iskandar said...

Assalamualaikum

Salam sejahtera sekali aku ucapkan kpd pengunjung setia blog Tanjung sempoi ini.Terpanggel rasanya utk sekali lagi mencoretkan sepatah dua bila terbaca komen Saudara Johnn Sebata hari ini ehm ehm....terima kasih kepada saudara kerana berkongsi aspirasi yg selama ini hanya berlegar2 di kepala hotak aku tanpa bebas dimanafaatkan sebernas bernasnya.
Ternyata memang aspirasi yg kita angkat utk diperjuangkan ini adalah seiringan tetapi kadangkala method atau cara yg kita ambil itu sama sekali berbeda.Aku bersetuju dgn hang bahwa cara penyampaian aku memang ternyata brengsek dan meloyakan.Aku amat bersetuju sekali ..takdak uh takdak ah.Percayalah apa yg cuba aku sampaikan ini ternyata konsruktif dan positif cuma aku selitkan ia dgn nada2 yg sinis lagi pedas menyakitkan mata dan halwa telinga ...Aku rasa ini adalah cara aku utk menghuraikan isi tersirat dlm yg tersurat.

Walaubagaimanapun John aku rasa bertanggungjawab utk sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih pada hang kerana menegur cara penulisan aku ..thanks mate..fucking appreciate it ...opss sorry no hard feeling k bro ....i belanje u submarine mau?

Aku rasa aku terpaksa berhenti di sini kerana masa tak mengizinkan aku..walaupun aku nak tulih panjang lebar lagi tapi aku raa tak yah laaaa ....esok2 aje la maseh ada byk yg nak diperkatakan tentang keadaan politik zaman sekarang di penang khasnya dan malaysia amnya.Dan John Sebata moga-moga kita dpt berkongsi pendapat di dlm arena penulisan blog ini sekali lagi . Sekian Wassalam

p/s : KEHANCURAN MANUSIA ADA DLM TIGA PERKARA ,PERTAMA KESOMBONGAN KEDUA KETAMAKAN DAN KETIGA SIFAT HASAD DENGKI...PESANAN SAIDINA HASSAN CUCUNDA BAGINDA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW.

amir said...

Salam perkenalan buat Tg Sempoi dan beloq'ers.Bermacam-macam informasi saya dpt,rasa marah dan kecewa dgn keadaan umno tanjong sekarang..gaduh sesama melayu ,mamak...sesama pemimpin..sesama penyokong..there can never be ending to this..let's all 'unite' and put our racial and political differences aside. together we will march forward and build tanjong back to it's pace.

-TheSilentMajority

visinic said...

Saya sokong ngan pendapat John Sebata ( nama sempoi ) dan Ronnie dan jugak Amir. Mari kita ubah masa depan kita...

visinic said...

ronnie indon....

Ronnie Iskandar said...

visinic ...kalau hang kata aku indon hang tau apa itu rumpun melayu,di mana itu rumpun melayu?well...bro i assume u dunt know n u r not from the same line of malay heritage ..maybe u mamak kut...kukikukikuki!!!
walau apa pun dont try to screw urself here bro...dont try to make this column of free media expression as ur place to mock my nick k .....huarg huarg huarg ....pi order sebata kat john bolehhhhh hahahahahahaha.
Dan kepada pengunjung setia blog ini nantikan ulasan dan ucapan aku yg penuh dgn isu2 hangat yg bakal aku kupas dgn ternyata pedas sekali yayayaya

visinic said...

aaaiiii....takkan marah kot.....aku melawak je ngan hang....sorry lah ek...

Ronnie Iskandar said...

uihhhhh...cek tak marah aihhh mamu oiiii mana cek marah...kot mamu yg marah kutt....mamu mamak ka?? jgn la ambik hati aku pun ada darah mamak gak kukukikukukiukui...sorry la ekkk...

MalaysianRejects said...

Kita ni tak habih2 suarakan atau kedepankan kepincangan bangsa dan agama dalam umno yg mentadbir negara yang kita semua cintai. Kekadang terasa kita kat sini macam anjing yg menyalak kat org gila mcm ibn hajaq pundek. Sebab belum tentu lagi jeritan kita, seruan kita, saranan kita, cadangan kita dan macam macam lagi kita.... dimabil bicara oleh pihak berwajib. Kalau ada pon yang membaca blog ini terutama konco2 ib hajaq, ada berani ker nak ketengahkan semua ini? hah!


THE RONNIE ELEMENTS IS CREAPING INTO OUR SYSTEM RAH!!!

-TheSilentMajority

Ronnie Iskandar said...

hmmmm......

taruna said...

askum tanjung sempoi.....kalau tanjung sempoi nak tau pasai saudara masri ni, dia ni bukanlah glamour sangat, dia ni dulu ajk pemuda bahagian ja....tapi taruna rasa agak kelam kabut jugak pencalonan yang keluaq kali ni utk calon naib sebanyak 3, hmmm...minggu ni nak kluaq lagi berapa mai kita sama2 tgk....tapi tu lah, kalau taruna nak masuk campuq dalam pemuda pun, lani dah expired, kenalah sedaq diri kita ni sapa....tapi taruna ada komen sikit, nak suruh tanjung sempoi kaji tgk pasai saudara masri ni....dia ni bukan tak baguih, ada baguih nya, mulut ja laser, tapi kaki haprak jugak, bukan boleh buat apapun, setakat sembang macam samseng bolehlah....calon macam ni kita kena terima lah kot, kalau takdak dah calon favorite yang lain bertanding...dia ni nak kata tak baguih tu tak jugak...sebab apa yang taruna tengok lah kan, dahlah ketua wanita dia bertanding, dia dok terhegeh2 nak jugak pi no.2, sapapun tak mau calon dia, dia sendiri dok terhegeh2 nak pi jugak...ni apa punya org...pikiaq lah sendiri, biaq bagi org pilih, jgn kita dok terhegeh2 gila jawatan tak tentu hala, pada mulanya taruna tengok perjalanan ok lah jugak...tapi sejak pencalonan cukup, dabik dada tu...serupa pemuda dia punya,...ni apa cerita...mulalah dia dok bercakap kat org dia dah ada hak nak buat yang ni yang tu....helo kawan, belum menang lagi kawan, macam2 boleh jadi kawan, taruna cuma nak ingtkan disini, jgn jadi gila jawatan sampai tak tidoq malam, pikiaq pasai jawatan ja...dan kuasa yang ada...ni semua sementara ja....apalah syed azmi, macam ni punya calon ka hang bawa...nak kata kat hang pun tak guna jugak pasai hang sendiri pun tak betui...cubalah bawa calon yang interesting sikit...contohnya macam nizam tu...nizam ni pun tak glamour tapi cara dia rendah diri tu yang boleh buat org suka...cara macamtu kita mau, kalau bab bercakap ni takpa boleh digilap lagi...wahai syed azmi, cuba hang tgk ketua cawangan hang, masa dia pegang pemuda dulu, lantang agresif, sapa tak kenai pemuda tanjung, hang ni aku rasa macam ulat busuk ja, bagi rosak team...carilah calon favorite sikit....taruna nak habaq bagi kat tanjung sempoi, ada lagi sorang calon yang sesuai, tapi sayangnya dia dah menyepi lama, tak tau apa cerita...tanjung sempoi tau tak cerita 4 tahun sudah, pemuda sorang ni yang bagi al-quran kat mat hajar, pemuda macamni lah kita mau, pasaipa sapa pun tak calon dia, awat syed azmi, bukankan pemuda yang berani tu orang hang...awat tak bawa dia,awat pasai semua kata yuran dia tak bayaq, kalau dia tak bayaq, hangpalah kena amik tanggungjawab pi buat bagi settle, dia berani bersuara, bukan macam pemuda lain, diam ja, pemuda ni nak bercakap boleh, ada pelajaran, apa lagi yang takdak kat pemuda tu, cubalah bawa dia tgk, saja nak tanya kat tanjung sempoi, ada ka mana2 pemuda yang berani buat macamtu...taruna rasalah kan belum ada lagi kot....pemuda macamtulah kita mau, baru boleh ganti tempat raja munir dan boleh bawa balik kemegemilangan pemuda tanjung...yang ni calon semua lembik ja, nak cakap macam samseng memang terror, nak cakap pandai banyak, tapi ada ka yang boleh buat keja, yang dok ada gila jawatan...mailah kita kalau nak bagi kita bagilah kat org yang boleh buat keja, yang berani bersuara, yang boleh memperjuangkan hak melayu secara ikhlas, bukan nak memperjuangkan poket. percayalah, kalau depa2 ni semua dapat jawatan yang depa dok gila, nescaya lingkup lagilah pemuda tanjung. tak taulah apa nak jadi....macamtulah, taruna boleh bercakap saja, bukan layak pun utk nak masuk campuq lagi hal pemuda, maklumlah zaman pemuda dah habih...jadi kepada semua pemuda, buatlah keputusan yang terbaik, sebab yang akan bawa semua pemuda lagi satu penggal adalah hak semua pemuda. jadi buatlah keputusan yang terbaik agar semua senang di kemudian hari...sekian...salam.

papanrehal said...

hi taruna.....jgn dok bagi huru hara lagi pemuda tanjung....biaq pilah keadaan yang dok ada lani....hang dok bagi cadangan tu bukan tak baguih tapi biaqlah kena pada tempat...hang suruh pi gerak rimau yang dok tidoq tu pasaipa, silap hb dengan hang pun dia nanti ngap baru padan ngan muka...rimau tu lani dok ada luaq ring dah cukup baguih, satgi kalau dia terlepas masuk ring baru semua yang lain nanti gigit jari...biaq pi kat dia di luaq, yang tu dah cukup elok buat semua....taktaulah pulak kepada semua maybe takdak sapa kot yang kenai rimau tu...aku pun seriau kat rimau tu...dia bukan kira org, dia takdak heran ngan sapa pun...bayangkanlah ketua bahagian pun kena serupa paria tepi jalan ja ngan dia, ni pulak kita yang takdak jawatan apa...aku nak habaq bagi kat hang...masri ni memang camtu...dia gila sikit jawatan apa semua, memang lani dia dok buat macam dia dah menang, tapi biaq pi lah kat dia...dia baguih apa...awat hang sakit hati sanagt, kalau hang nak bertanding bagitaulah, kami boleh buat keja kat hang....komen hang bagi tu bukan tak baguih tapi taktaulah cara hang cakap tu boleh bagi porak peranda undi wooo dalam tanjung...apapun jef ngan dato kaber kena menang...no.2 ni semua takdak apa, dan kepada semua calon yang bertanding bawak-bawaklah sedaq diri sikit, sebab belum menang lagi, jadi jgnlah dok gila kuasa sanagt, mau relaks....ok...sekian...assalamualaikum w.b.t....

wanted malaysian said...

ketua resulosi ingin berpesan jgn bergaduh melayu sama melayu ,india muslim akan mengambil kesempatan nanti,yang untung nanti satu kaum lain kapal.hidup umno hidup umno hidup bangsa melayu

sekian berita dari ketua resulosi: 22/7/2008 jam 9.00 malam

petikkan dari cawangan atas mata pedang ( atau dikenali cawangan atas pagar )

__________________________________
hang tak akan insaf kalau hang tak buang racism , berjuang untuk islam sahaja, undilah kepada siapa saja pun walaupun dia miskin kalau dia berjuang untuk islam..

ingat bile hang mati..tuhan bukan tanya kat hang "hang ni mamak ka"atau "hang ni melayu ka".
Zaman rasul maju sebab ade perikatan diantara ansar dengan muhajirin.

KITE KENA BERSATU !!!!!!!!! dibawah panji islam ....