Tanjong sempoi ingin memohon maaf di atas laporan yang di buat mengenai Pencalonan untuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong. Kesilapan ini telah di maklumkan oleh seorang rakan tanjong sempoi di dalam email tanjongsempoi@yahoo.com. Maklumat anda akan tanjong sempoi rahsiakan. Terima Kasih Saudara..................... Sila lihat kembali jumlah pencalonan di posting Minggu Yang Mengejutkan.........
Tuesday, July 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Nama pun manusia... tak lari dari kesilapan.
Paling saya respect adalah kerana kesanggupan tanjong sempoi memohon maaf.
Susah nak nak cari orang yg boleh meminta maaf secara ikhlas di dalam um-NO tanjung nih
Salam,
Memang betul tu, biasanya kita ni manusia susah nak mengaku kesilapan. Apatah lagi nak minta maaf, yang ada kebanyakkannya menegak benang yang basah.
Kepada Tanjong Sempoi teruskan apa yang baik supaya sekurang-kurangnya dapat menjadi contoh dan tauladan bagi kita semua.
Seperkara yang Nana nak sentuh ialah berkenaan kerabat diraja ni, bukan pasal dia sangat tetapi pasal Ketua Pemuda Cawangan dia. Nana rasa Ketua Pemuda dia ni mungkin ada masalah jiwa. Bukanlah apa cuma selama bertahun-tahun Nana perhatikan dia ni macam gila glamor pun ada kadang-kadang tu mengada-ngada macam dia tu dahsyat sangat.
Nana nak ingatkan sikit kalau dia lupa, makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap. Tingkah laku kenalah jaga, jangan sampai sibuk nak selak kain orang terlupa nak tengok kain sendiri terburai. Awak tu bukanlah favourite sangat kat Tanjong nih cuma harapkan popular Ketua Cawangan ja, lepas habis mesyuarat agong nanti hapa pun takdak. Jangan sampai orang pulak layan kita macam sampah.....sendiri mau ingat ha......
Assalamualaikum...
Salam sejahtera aku ucapkan kepada sidang hadirin pengunjung setia blog Tanjung Sempoi ni.Tak lupa jugak dirakamkan setinggi penghargaan kepada sidang pengarang Blog ini.Sekali lagi tercuit rasa hati utk mencetuskan sedikit pandangan di arena penulisan blog yg kian mencabar dan penuh dgn input2 informasi terkini lagi berani.Inilah yg aku mahukan eskpressi bebas tanpa perlu dikongkong oleh pemimpin yg jumud dan korup memanipulasi apa saja yg ada utk kepentingan politik sesat mereka.Apatah lagi meminta maaf haram sama sekali bagi mereka ini...memutarkan belit informasi adalah.!!Dan saya sokong Dr Ariff dlm menyatakan bahwa Tanjung Sempoi harus meneruskan apa yang baik dan aku jugak ingin mengusulkan Tanjong Sempoi agar lebih berani memberi kritikan yg membina terhadap pucuk pimpinan Umno Tanjung khasnya.
Blog ini pada asasnya adalah mengenai UMNO Tanjung tetapi kadangkala aku sebagai pengunjung blog merasakan UMNO pada keseluruhannya haruslah dikritik dari segi keseluruhannya yakni dari UMNO pusat hinggalah ke peringkat paling bawah sekali jika ada apa yg dikatakan penyewelengan dan penyundalan politik berlaku tidak kira di mana bahagian sekalipun .Utk menyembuhkan UMNO dari sifat bongkak dan takabur segala inisiatif haruslah diambil bagi menghapuskan sama sekali elemen2 jahat ini.UMNO haruslah berani memohon maaf terhadap kesalahan2nya yg lalu.Ada satu usaha yg aku nampak telah dilakukan oleh UMNO baru2 ini iaitu memohon maaf walaupun dgn secara tidak langsung kepada hakim2mahkamah tinggi yg diketuai oleh Tun Salleh Abbas dlm bentuk "ex-gratia compensation" kepada hakim2 yg terlibat dlm Isu krisis insitusi kehakiman pada tahun 1988 yg lalu.Walaupun ada suara2 sumbang yg mengatakan UMNO tidak perlu meminta maaf aku bersyukur kerana ada jugak inisiatif utk berbuat demikian.
Walaupun begitu masih ada banyak yg perlu dibaiki umpamanya Peristiwa Memali, Peristiwa LUbuk Merbau , Penganugerahan kerakyatan atau Jus Soli oleh TENGKU ABDUL RAHMAN dan byk lagi UMNO harus memberanikan jati dirinya utk memohon maaf kepada org Melayu yg beragama Islam.AKu tau akan ada byk mulut2 jahat yg akan mengatakan aku ini lebeh cenderung kepada PaS...aku mengaku kerana bagi aku apa yg mereka perjuangkan selama ini ternyata berhasil..apa yg aku cuba lakukan ialah utk menjadikan org UMNO mempunyai pemikiran positif seperti org Pas...aku tau bukan semua org Pas baguih..tetapi jgn lupa sekarang sudah byk profesional2 Melayu bahkan profesional2 mamak telah menyertai Pas sebagai platform perjuangan mereka menegakkan Islam sekaligus memmartabatkan Bangsa Melayu itu sendiri dan secara tidak langsungnya menaikkan kesucian dan penghormatan agama Islam itu di kalangan org bukan ISlam itu sendiri.Kita lihat sekarang agama Islam sekarang sudah byk diperlekehkan oleh org kafir dgn sewenang2nya.Kita tak boleh nak melompat kat depa tak pasai2 kan.Sebab org Melayu sendiripun pun dah memperlehkan agama mereka sendiri tgk LIna Joy laknatullah aku mintak simpang jadi camni walaupun aku tahu aku ni tak lah sebaik mana tapi aku maseh ingat ketetapan aku.Agama Islam sudah mula diperlekehkan oleh org kafir bila ada sorang dato dari lembah pantai tu yg kalah dgn Nurul Izzah yg comel tuh ...alah anak Jalil tonggek tu ...uihhh mana leh ckp nama nanti kena ISA lak ...mengatakan bahwa pemakaian tudung hanyalah budaya org Arab bukan syariat Islam ...hmmmm, Org kafir sudah mula memperlekehkan agama Islam bila ada pemimpin tertinggi UMNO yg besar sumbanganya terhadap negara sedikit ketika dahulu menjadikan Sunnah Rasullah SAW sebagai bahan ketawa !!!?? Apakah kita redha ?Apakah org UMNO redha bila Islam diperlekehkan sewenang2nya oleh org kafir ? TIDAK!!!TIDAK!!! TIDAK SAMA SEKALI !!!! TARAK HARAMNYA AKU AKAN MEMBENARKAN INI TERJADI tetapi bila ianya dilakukan oleh org Islam itu sendiri hangpa semua terutamanya org UMNO diam membisu seperti membenarkan apa yg telah diucap atau dilakukan oleh mereka yg mulia itu ditambah pulak dgn pertolongan media massa dan media elektronik yg secara rakusnya dikongkong oleh puak2 fanatik UMNO ini hangpa la!!Mujurlah masih ada ulama2 yg tidak cenderong kepada UMNO baik di dlm pihak parti pembangkang ataupun berkecuali mereka ini lah yg bertindak sebagai pihak "check n balance " dlm menangani isu besar ini.Ya Isu ini sudah lama dan mungkin dianggap basi oleh pembaca yg budimam sekelian tetapi percayalah isu2 seperti inilah yg akan dimainkan oleh puak2 CELAKA di dlm Malaysia ini baik dari org ISlam mahupun bukan Islam utk menjadikan agama Islam sebagai agama yg tidak relevan dlm perundangan Malaysia ..berhati - hatilah.
Justeru itu kelakuan meminta maaf ini pada kesimpulannya bukan lah satu perkara yg hina atau memalukan tetapi besar rahmatnya kerana ia dpt membendung sifat sombong pada diri setiap manusia itu.Ingatlah bahwa sombong itu hanyalah milik ALLAH S.W.T.
Sebelom aku blah ingin sekali aku menyelitkan sedikit kata2 nasehat yg aku pinjam dari sahabat seperjuanganku yg beliau petik dari cucu baginda Rasullah S.A.W Saidina Hussein :
WAHAI MANUSIA RASULULLAH TELAH BERSABDA BAHWA BARANGSIAPA YANG MELIHAT PEMIMPIN ZALIM,MENGHALALKAN SEGALA YG TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH ,MENYELEWENG DARI AJARANNYA,MENENTANG SUNNAH RASULULLAH,MEMBUAT DOSA DAN PELANGGARAN TERHADAP HAMBA2 ALLAH ,DI MANA KEMUDIAN TIDAK DIUBAH ATAU DITENTANG BAIK DGN PERBUATAN MAHUPUN UCAPAN MAKA ALLAH BERHAK UTK MENGHUMBANKANNYA KE TEMPAT YG TELAH DISEDIAKAN UNTUKNYA ...
Renung2kan lah
Sekian Wassalam
Salam tanjong sempoi........ Disini aku ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian hang membina medan pemikiran yang baru bagi rakyat UMNO di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Aku juga nak puji sikap hang yang berani membuka ruang perdebatan bagi membangkitkan kembali semangat ahli-ahli UMNO.... Biar kata maki,cerca,nista hang terima aku tak kisah kerana untuk berbuat kebaikan kita akan harungi semua ini.... Dunia akhir zaman yang berbuat kejahatan orang akan kata elok tetapi kejalan kebaikan orang akan kata cerca, maki..... harap terus berjuang demi kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahiar...... Bersatu Bersedia Berkhidmat....... Tanjong sempoi Bulehhhhhhh!!!!!
Post a Comment