Friday, July 18, 2008

Proses Pemilihan Bermula......

Pulau Pinang, 17 Julai:- Persidangan UMNO Cawangan Ujung Pasir yang berlangsung pada jam 6.00 petang tadi dan juga yang pertama di dalam Bahagian Tanjong telah menyaksikan satu kejutan berlaku. Persidangan yang bermula dengan mesyuarat pemuda cawangan itu telah sebulat suara mencalonkan Saudara Jeffri Salim sebagai calon untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Tanjong pula, Saudara Masri Sebaidi telah dicalonkan sebulat suara. Ini telah memberikan bayangan bahawa calon yang di namakan pada hari ini di lihat sebagai pencetus peralihan kuasa yang akan berlangsung pada Bulan Oktober hingga Novembeer nanti bagi mesyuarat Bahagian.

Selepas berakhirnya persidangan pemuda, pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri telah memulakan mesyuarat dimana pergerakan Wanita cawangan Ujung Pasir telah menamakan Puan Khatijah sebagai calon Ketua Wanita Bahagian dan Puan Noor Rafizahanim sebagai calon Naib Ketua Wanita Bahagian Tanjong. Bagi Persidangan Puteri pula pergerakan itu telah sebulat suara untuk menamakan Mazliana sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tanjong.

Namun kejutan telah berlaku semasa persidangan UMNO Cawangan Ujung Pasir di mana Saudara Jalaludin penyandang jawatan ketua cawangan yang di katakan penyokong kuat Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajar tidak memperetahankan jawatannya sebaliknya telah mencalonkan Puan Noor Rafizahanim sebagai Ketua Cawangan yang baru. Beliau juga telah menamakan Y.M Raja Sulaiman sebagai Timbalan Ketua Cawangan Ujung Pasir. Kejutan yang di buat ini telah membuktikan ketelusan ahli-ahli UMNO cawangan Ujung Pasir khususnya dan Bahagian Tanjong amnya untuk melakukan perubahan demi memastikan Parti UMNO terus relevan di bumi Tanjong.

Pencalonan bagi jawatan Ketua Bahagian Tanjong pula telah di berikan kepada Y.Bhg Datuk Ahmad Kebeer Nagore. Bagi pencalonan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong pula ahli-ahli UMNO telah sebulat suara menamakan Y.M Raja Munir Shah bagi menandingi kerusi tersebut, dan ahli-ahli UMNO Cawangan Ujung Pasir juga telah sebulat suara memilih Y.Bhg Datuk Syed Husen sebagai calon untuk merebut kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong.

Saudara Jalaludin ketika di petik semasa membuat ucapan penangguhan “saya menyeru kepada barisan kepimpinan cawangan yang baru di pilih pada hari ini agar dapat terus berjuang mempertahankan masyarakat melayu didalam Tanjong ini. Kita tidak mahu penyelewangan terus berlaku didalm kepimpinan UMNO tanjong. Harus diingat UMNO bukanlah hak milik Ketua Bahagian sekarang ini. Saya juga menyesal kerana perjuangan yang tidak telus telah dilakukan mengenai rumah PPR di Jalan Zainal Abidin. Kempipinan yang ada ini telah mengadaikan hak milik orang-orang tanjong dengan membiarkan orang luar mendapat nikmat di rumah PPR sedangkan penempatan itu adalah milik masyarakat tanjong dan ahli-ahli UMNO di bahagian Tanjong. Jika kita lihat pembangunan yang di buat di kawasan Bayan Baru contohnya, mampukah kita memiliki rumah dikawasan tersebut? Jadi barisan kepimpinan cawangan dan Calon yang dipilih bagi menjawat kerusi Ketua, Timbalan dan Naib agar terus berjuang bagi memartabatkan kembali UMNO di mata masyarakat Tanjong. Kita juga mahu menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan Bahagian Tanjong yang dilihat tidak telus dalam melaksanakan amanah yang di berikan oleh ahli-ahli UMNO Tanjong” katanya.

Persidangan Cawangan Unjung Pasir juga telah membawa satu usul terpenting yang di bacakan oleh Ketua Pemudanya yang juga Calon Ketua Pemuda Bahagian Tanjong saudara Jeffri Salim, dimana dalam usul tersebut memberitahu bahawa hak milik Rumah Umno Bahagian Tanjong yang di bina hasil dari kutipan dana oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjong di kembalikan kepada UMNO Bahagian itu semula. Di fahamkan bahawa Rumah UMNO Bahagian Tanjong itu kini dinamakan sebagai milik Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong di mana pemegang amanahnya terdiri daripada Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar (Ketua UMNO Bahagian, Haji Noor Rahim (Setiausaha Bahagian) dan Haji Abdul Waheed (Bendahari Bahagian). Saudara Jeffri Salim juga dalam usulnya meminta agar Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong menyerahkan kembali Rumah UMNO Bahagian Tanjong kepada UMNO Bahagian semasa persidangan Mesyuarat Bahagian yang berlangsung tidak lama lagi.

*Berita ini di petik dari sumber tanjong sempoi di Hotel City Bayview Georgetown.

Jumpa Lagi!!!!!!!!!

8 comments:

Orang Tanjung said...

Salam hormat...

Nampaknya ahli-ahli um-NO Caw. Ujung Pasir telah menaikkan harga diri dengan berani melakukan anjakan paradigma membuat perubahan di dalam tampuk kepimpinan um-NO Bhgn Tanjung.

Semoga ahli um-NO cawangan lain turut menaikkan harga diri masing-masing selaras dengan kenaikkan harga barang/minyak. Tak kan nak maintain harga RM100 atau sehelai sejadah/pelikat setelah mengetahui betapa hapraknya barisan pemimpin sekarang.

Harga betina di Penang Street pun dah dinaikkan, hahahaaa...

visinic said...

hang memang sempoi la tanjong sempoi.......moga moga hg sempoi sempoi kan lagi cerita dan berita yg panas baru lain kali hg boleh famous macam malaysiakini ka , malaysia today ka...sempoi rrraaahhhh.........

Ronnie Iskandar said...

Assalamualaikum.....

Apa khabaq UMNO Tanjung...hmmmm definisikan Umno Tanjung.Apa itu Umno Tanjung..kalau kita perlihatkan dan perhatikan betul2 Umno Tanjung ni ialah United Malay National Organisation Bahagian Tanjung kat GeorgeTown...betulkan aku kalau aku silap ...GeorgeTown seperti yg tuan2 puan2 datuk datin tan sri tun sri tau adalah sebuah kota metropolitan yg penuh dgn peluang perniagaan dan pelaburan..tapi yg sedihnya peluang perniagaan ini nampaknya dibolot oleh kebanyakkannya org Cina..maafkanlah saya disini bkn bermakna saya nak menidakkan keupayaan org Cina tapi lebeh kepada kelemahan pucuk pimpinan Melayu di Pulau Pinang umumnya dan Georgetown khasnya.Kita kat sini duk sembang pasai Tanjung kan..baik jgn aku panjangkan ke topik lain...betui tak combi!!!
Rasa2nya ingin sekali aku kat sini nak luahkan apa yg selama ni aku pendamkan.Hang pa bagi tau kat aku setelah 50 tahun UMNO berkhidmat apa yg Melayu Penang dpt?? Maih aku bagi tau kat hang pa ...nohh

1. Melayu paling malas di Malaysia
2. Antara peratusan penagihan dadah tertinggi di Malaysia
3. Pemilikan tanah Melayu Zero!!

Aku malaih dah nak sambung senarai apa yg hang pa bagi kat Melayu Pulau Pinang.LAin kali aku bagi tau lagi k.Tapi kalau kita pikirkan kat sini buat apa ckp pasai bangsa.UMNo kan perjuangkan Agama, Bangsa Dan negara...eh betui kaa?....aku pening isap ganja ka...rasa2 aku dulu prinsip dan moto perjuangan hangpa ialah bangsa baru agama dan negara....hang pa sekular mana boleh perjuang Agama Dulu!! kalau hangpa perjuang Agama lebih baik hang pa buat parti perikatan dgn parti bulan tu ha depa ni yg aku tau depa ni la betui2 memperjuangkan agama sejak dari 1951 lagi.Ehhh ikut2 hang pa UMNO tanjung ni pun tak boleh nak bela nasib bangsa hang pa sendiri sebab UNITED MALAY nama parti ni bukan UNITED MAMAK ...kesian kat mamak2 area penang road kat chowrasta ..hangpa kena perjuang bangsa hang pa sendirila depa tu la yg hangpa kene tolong Not Malay rite....aku kat sini bukan nak bagi sakit hati hang pa tapi aku dah fed up dgn retorik2 perjuangan hang pa yg bukan menguntugkan rakyat jelata tak kira agama atau bangsa tetapi hanya menguntungkan perut boroi hangpa saja ...anjakan paradigma kunun..sudah laaa dah la BODOH sombong lak tuh.....aku cadangkan hangpa masuk KIMMA ..depa pun tgh buat application nak masuk BN tapi Pak Lah tak approved...hangpa masuk KIMMA kedian panggel Tun jadi Presiden Hidup dan MAti hangpa..dia pun satu geng ngan hangpa jugakkan....ok apa!!! die naikkan nama negara Malaysia di mata dunia apa...aku sokong tuh kalau hangpa tak boleh masuk BN lagi bila nak masuk KIMMA hang pa teruih buat satu parti pembangkang baru jadi parti baru tambah PU kat depan KIMMA baru karenn dan sempoi betui tak mamuuuuuuuuuuuu......ermmmm kalau hangpa nak masuk pakatan rakyat tak boleh la tambi..sebab tak ngam punya ...sebab apa aku kata tak ngam sebab KEadilaN hang pa kata main pungkok, DAP komunis , PAS extremist.So buat lah parti baru yg aku cadangkan tuh.

Berkenaan dgn memastikan supaya UMNO Tanjung ni terus relevan ni...ad jugak yg saya nak pertikaikan kat sini...kenapa harus relevan..mengapa harus relevan ?? ok kalau hang kata nak memastikan perjuangan hangpa telus pastikan diri hang sendri tu telus ..tolong rakyat yang miskin aku selalu ronda kat tanjung aku tgk org mintak sedekah byk org kita ..kesian tapi apakan daya kalau aku duit bertimbun,rumah sewa berderet,komisen beratuq,projek gila2 lain la boleh aku sedekahkan kan depa ...tapi kapasiti aku sebagai rakyat biasa hanya menghadkan aku menolong sedaya yg mampu ..lain la cam hangpa!!! barua!! apa salah 1 persen dari keuntungan hangpa tu salurkan lah kat depa ....bukan aku kata hangpa ni kedekkut ..tapi bila hangpa buat derma hangpa panggil tv panggill suratkahabq..kedian bila tamil nesan tanya hangpa in tamil hangpa kata "saya melayu saya tak tau ckp tamil" hahahahahahahha....what a jerk man!!!
Kesimpulannya kat sini mamu oii...walaupun apa yg aku tulih kat sini nampak cam merepek....yg betuinya hangpa ni penipu penjarah perampok..eh ckp indon lak perompak peragut perogol Keaslian bangsa Melayu tu sendiri...Bangsa Melayu memang takan hilang di dunia ...tapi hangpa ni la yg kelak mengotorkan kesucian bangsa tu sendiri...Hanya AGAMA saja la wadah perjuangan yg sebenar ..maafkan aku kalau terkasar bahasa .....Bagi aku UMNO dah tak relevan lagi...maafkan aku yerr mamakkkk....... tongkang tgh tunggu tuuuu

Sekian WAssalam

pu3terbuang said...

let me kepo myself & make u popular..

nick: ronnie iskandar
name: imran hilmy
blog: hilmy-ronnienet.blgspot.com

Ronnie Iskandar said...

huhu..amboi jarumnyaaa!!! apa motif hang kamjat

Dr. Arif said...

Salam hormat,

Nana berpendapat amatlah wajar jika dibangkitkan perkara berkenaan rumah UMNO Bahagian. Ini kerana selalunya kita cuma berani cakap belakang dan tunjuk pandai. Bagi Nana apa yang boleh mula diperjuangkan oleh Pemuda UMNO Tanjong haruslah diberi sokongan kerana selama ini ramai yang sedar tetapi tak bertindak.
Nana nak tanya tanjongsempoi kalau ada jawapan, kenapa orang JAHAT seperti Ketua Bahagian sekarang tidak di kutuk KEJAHATANNYA walaupun ianya dilakukan secara terang-terangan??
Kenapa orang yang tidak jujur dan amanah seperti ini masih diberi tempat dan kadang kala disanjung oleh ahli??
Masihkah UMNO Tanjong memerlukan manusia seperti ini untuk mentadbir sedangkan dianya sudah terlalu menyusahkan orang melayu??

Orang Tanjung said...

Salam hormat...

Sebelum Tanjong Sempoi menjawap persoalan yg dikemukakan oleh Dr. Arif, bilalah saya menjawap serba sedikit mengenainya.

Ketua Bahagian Tanjung merupakan MD di Penang Port dan byk connections. Byk projek-projek yang boleh diberikan kepada mereka yang menyokongnya terutama kepada yang berjawatan di peringkat bahagian atau cawangan.

Selain daripada itu, suara akar umbi sentiasa disekat malah sesiapa yang menongkah arus pastinya akan dikunjungi oleh kumpulan "pembersih".

Jadi tidak hairanlah kenapa pemimpin yang KEJAHATAN dilakukan secara terangan, tidak dikutuk atau masih diterima oleh para ahli yang menjual maruah mereka sendiri terutama yang tiada satu kerja atau sumber pendapatan tetap.

Ini adalah norma-norma kehidupan di dalam um-NO tidak kira di mana sahaja.

Semoga menjawap sedikit sebanyak persoalan Dr. Arif itu.

john said...

ya ya ya....