Tuesday, July 22, 2008

Tindakan Yang Terlambat......

Salam hormat dan salam bahagia di ucapkan buat semua pembaca tanjong sempoi. Tanjong sempoi di fahamkan pada jam 3.00 petang tadi di adakan satu sidang media berkaitan Penggunan Papan Tanda Jalan Dalam Bahasa Cina yang di buat oleh Pemuda UMNO Bahagian Tanjong. Dari sumber yang tanjong sempoi dapat sidang media yang di buat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Haji Saharudin tidak mendapat sambutan dari kalangan ahli Pemuda UMNO Tanjong. Mungkin dari pandangan tanjong sempoi tindakan itu telah terlambat kerana Penggunaan itu telah lama di cadangkan oleh Parti Gerakan dan bukan kerana Kerajaan Negeri yang baru. Dan tanjong sempoi juga di fahamkan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hanya meluluskan sahaja penggunaan tersebut.
Apa yang membingungkan tanjong sempoi, kenapa tindakan membantah ini tidak diambil dari dahulu? Mengapa kini baru ada kesedaran dari kalangan Pemuda UMNO dalam Tanjong? Apakah kerana dulu Pemuda UMNO hanya mengikut telunjuk Parti Gerakan yang di ketuai oleh mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon? Atau Apakah kerana Ketua Pemudanya yang lembik itu ingin mendapatkan pengaruh dari ahli UMNO tanjong disebabkan beliau ingin bertanding? Mungkin jawapannya ada di tangan ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong. Jadi fikirkanlah apa yang patut di lakukan kepada Ketua Pemuda Bahagian Tanjong.
Ingatlah pesanan orang tua "nasi kalau sudah jadi bubur tiada gunanya". Jadi saranan tanjong sempoi, tindakan Haji Saharudin ini hanya inginkan glamour di kalangan ahli Pemuda dan ahli UMNO tanjong. ingat pesanan tanjong sempoi, lain kali 'sediakan payung sebelum hujan' kalau hujan dah turun dan dah basah tak guna dah nak pakai payung. Nak berjuang untuk pemuda pun tak boleh, kini nak tunjuk teror kat masyarakat Malaysia pulak. Ambik cermin tengok muka sendiri dulu sebelum buat sidang media. Takut kena kat batang hidung sendiri, samalah macam Datuk Ahmad Ibni Hajar pasai isu Melayu Terpinggir............ Sekian berjumpa lagi!!!!!!!!!!

4 comments:

Orang Tanjung said...

Tak habih-habih kepimpinan um-NO Tanjung dok rasa ahli-ahlinya BODOlah macam mereka jugak.

Dulu sanggup ditarik hidung, sekarang ni nak tunjuk hero. Pakai hang laaaa.... Hang ingat bubur boleh patah balik jadi nasi ka? Kut-kut ada resepi nak kalih bubur jadi nasi, hang pi la jual kut-kut buleh menang kali ni.

Aku dah serik dengan hampa ni. Kepercayaan dah hilang langsung. Sekalipun hampa menang ka nanti, bukan undi dari aku la... Tu semua undi dari ahli um-NO yang bernilai RM100 atau sehelai sejadah/pelikat. Nilai aku tinggi hampa tak sanggup bayor...

Melayu Terpinggir punya isu, depa buleh buat harta. Yang meLAYU betui-betui terpinggir dapat apa?

Tu pun hampa semua tak sedaq. Tak tau pasai apa. Aku rasa pasal harga diri hampa ni murah kut...

Tapi meLAYU Tanjung memang murah punnnnn......

pu3terbuang said...

orang tanjung,
u nie buat lawak bodoh better than charlie chaplin la..because u kata melayu tanjung murah nilai diri tak seperti u yg tinggi + terpacak nilai diri. jika betul pun, i think u should change ur username first then u talk..hehe (2 X 5 = bodoh).

puteramelayu30 said...

salam..... apa yg ingin d perkatakan di sini bahawa salah satu parti komponen BN yg telah hilang kerpercayaan dan mencabar kewibawaan pak lah adalah parti GERAKAN, mereka telah meyokong parti pembangkang(DAP) dgn menaikan dan memasang papan tanda dalam bahasa cina. Ini telah menunjukkan bahawa Parti tunjang UMNO haruslah mengkaji semula kerjasama yang di buat bersama dengan parti Gerakan ini. Apa yang menyedihkan kini mereka telah mempermainkan agenda Pelancongan sebagai sebab mengapa ia harus dilakukan.Dapat kita lihat bahawa kepimpinan Pemuda UMNO Tanjong yang di pimpin oleh Saudara Haji Saharudin ingin menjadi pembela kepada masyarakat melayu Pulau Pinang dengan cara yang di lihat kurang berkesan dan mungkin betul kata tanjong sempoi "tindakan yang terlambat'. ini juga menunjukkan bahawa beliau hanya ingin membawa isu yang lapuk yang sepatutnya di perjuangkan sejak sebelum pilihanraya lagi. Ketika ini juga Masyarakat melayu di Tanjong hanya menjadi sebahagian masyarakat minoriti dan tidak mustahil satu ketika nanti jika mereka yang di pilih sebagai pemimpin tidak membuat sesuatu maka orang melayu akan terus hilang di bumi tanjong yang kini telah menjadi sebagai satu bandar warisan bersejarah di dunia bersama dengan negeri Melaka. Jadi putera melayu 30 ingin mencabar jika benar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong ini ingin memperjuangkan nasib bangsa melayu sampaikanlah suara yang di kemukakan oleh kami kepada Presiden UMNO yang juga merupakan orang Melayu Pulau Pinang dan berasal dari Bayan Lepas. janganlah asyik tuan Presiden hanya ingin membangunkan Batik tetapi nasib bangsanya di perjudikan untuk menjadi bangsa kelas yang paling haaprak sekali. Kami putera melayu 30 juga berharap agar Ketua Pemuda yang ada ini memperjuangkan Alif, Ba, Ta iaitu Agama, Bangsa dan Tanahair demi maruah bangsa.... Seharusnya perkara inilah yang harus di perdebatkan.... Batik mungkin boleh di jual beli tetapi Agama dan bangsa melayu tidak dapat di jual beli.......

cheqPelesit said...

Orang kampong kata papan tanda bahasa apa pun tak apa. Orang kampong pening minyak naik barang naik kalau papan tanda naik bahasa apa pun tak apa.
Bahasa apa pun papan tanda tak beri kesan burok pada orang kampong. Orang kampong pesan kalau nak jaga maruah, bangsa kena la lihat barang naik. Orang kampong kata kalau barang naik dah tentu maruah boleh dijual dah pun terjual maklum la anak banyak mana nak dapat duit kan. Orang kampong kata lagi bangsa melayu dah banyak dijual beli kerana asyek lawan papan tanda, nama jalan, melayu terpinggir. Orang kampong dah faham gelagak cari isu tak untong bukan nak bela orang kampong maklum lah tiada kampong kan.