Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapakan buta semua pembaca setia blog ini. Ingin tgganjong sempoi ulangi sekali lagi tujuan blog ini di buka adalah untuk memberi peluang kepada ahli UMNO akar umbi bersuara tanpa sekatan daripada mana-mana pihak. Hakikat yang kita perlu terima ketika ini adalah wadah perjuangan yang dibuat oleh tanjong sempoi adalah amat tulen dan benar-benar ingin membantu orang melayu di tanjong.
Mungkin manusia hari ini lupa akan asas perjuangan parti keramat UMNO dimana wang di lihat lebih menguasai diri. Sedarlah kita setelah 445 pernah di jajah satu ketika dahulu apakah masib kita ingin di jajah semula walau pun bukan dari segi zahir (nampak) tapi dari segi batiniah (dalaman) amat jelas.
Ingatlah bangsaku,jika hari ini kita tidak mahu melakukan perubahan janganlah kita kesal apabila satu hari nanti bangsa kita akan di jajah dan di hina oleh bangsa lain. Ini telah berlaku di bumi arab sebagai contoh di Iraq apabila kepimpinan yang di atas bertelagah sesama sendiri rakyat yang menderita. Kepimpinan ala kuku besi yang dibuat telah menjadikan rakyatnya menderita. Satu lagi contoh yang paling dekat di Indonesia di mana kegagalan mentadbir negara dan asyik di kepit oleh keroni-keroni maka hari ini kita lihat Negara Indonesia amat teruk dari segi ekonomi.
Apa mahukah kita menjadi seperti Iraq dan Indonesia?
Sudah jelas ketika ini di bumi tanjong hanya tingal 15% sahaja lagi orang melayu. Dan jika perkara ini dibiarkan berterusan maka tanjong sempoi lihat dalam masa 5 tahun dari sekarang akan berkuburlah bangsa kita.
Apakah kita masih belum sedar akan perkara ini?
Ingatlah, jika kita masih inginkan kepimpinan yang telah 3 penggal menerajui tanjong tanpa sebarang perubahan, maka padahnya hanya boleh di lihat dalam masa 3 tahun dari sekarang, namun jika kita memberi peluang kepada kepimpinan yang baru maka bangsa kita akan di terima dengan cara yang baru.
Bangunlah para perwakilan lakukan perubahan tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Undi kita adalah sulit dan tidak mampu di lihat oleh manusia. Hanya allah sahaja yang mampu melihat dan mengetahui segalanya. "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika kita tidak mengubahnya sendiri".
Pergilah dengan hati yang terbuka dan minda yang tenang. Jauhkanlah diri anda dari bisikkan syaitan laknatullah. Penuhi dada kamu semua dengan kalimah ‘laillahhaillalah’.
Lakukan perubahan yang benar-benar perubahan. Kuasa di tangan anda. 25.10.2008 adalah penentu masa depan melayu di tanjong.
Pilihlah pemimpin baru iaitu Datuk Ahmad Kabeer Nagore, Y.M Raja Munir Shah dan Datuk Syed Hussin. Mereka ini adalah gandingan mantap yang kan membawa perubahan di tanjong…….
Sekian dan jumpa lagi….
3 comments:
akum...kepada sahabat2 seperjuangan sekalian,untuk kita bermuhasabah diri kita adalah lebih baik kita mengunjungi blog ini untuk mendengar info dari kedua-dua pihak supaya kita dapat berlaku adil kepada semua.
http://mamutanjong.blogspot.com/
Apa keputusan pemilihan UMNO tanjong?
Memang konpom um-NO Tanjung ni mata duitan. Dah ler tu, harga diri lebih murah dari aweks tingkat 3 CTtel...
Post a Comment