Wednesday, October 22, 2008

Lakukan Perubahan pada 25.10.2008 ini !!!

Tanjong 22hb Okt:- Pemilihan Bahagian yang akan berlangsung pada 25hb Oktober ini di jangka panas dimana penyandangnya Datuk Ahmad Ibni Hajjar akan di cabar oleh Datuk Ahmad Kabeer Nagore yang juga merupakan pemilik AKN Technologies Sdn. Bhd.

Pertandingan 2 penjuru ini menunjukkan para perwakilan Tanjong amat berharap agar berlakunya perubahan dalam kepimpinan bahagian. Menurut pemerhati yang sering mengikuti perkembangan di dalam UMNO Bahagian Tanjong, kepincangan dalam kepimpinan Datuk Ahmad IbniHajjar boleh di gunakan oleh Datuk Ahmad Kabeer Nagore yang kini di lihat meraih sokongan yang banyak dari pelbagai peringkat. Beliau yang enggan di kenali berkata Datuk Ahmad IbniHajjar seorang yang amat sombong semasa kepimpinannya dan hanya menjaga kroninya saja dengan memberikan pelbagai projek. Menurut beliau lagi, sebagai salah seorang yang veteran dalam UMNO tanjong beliau amat berharap agar para perwakilan membuat peralihan yang betul dengan memastikan Ketua Bahagian yang ada sekarang ini di tukar. Katanya lagi "saya kini dah berusia 78 tahun, semasa zaman saya dahulu pemimpin yang di pilih takut untuk memegang jawatan, kerana ia amanat yang besar, tapi hari ini jawatan menjadi rebutan.". Beliau yang pernah menjadi AJK pada era 60-an juga berkata sejak kepimpinan diambil alih oleh Datuk Ahmad IbniHajjar keadaan orang melayu di tanjong amat membimbangkan.

Menurut seorang lagi veteran UMNO Pulau Pinang, yang berusia 82 tahun yang menetap di Jelutong, UMNO "UMNO tanjong satu ketika dahulu di zaman kepimpinan era 60an amat mantap dari segi kedudukan dan juga lantang bersuara". namun beliau merasa janggal sejak kepimpinan yang di terajui oleh Datuk Ahmad IbniHajjar ini hanya pandai membuat kenyataan dalam akhbar namun tiada tindakan susulan yang di ambil. Beliau juga menyeru kepada semua para perwakilan yang akan bersidang tidak lama lagi supaya menukar kepimpinan yang ada kini dan di beri kepada mereka yang betul-betul hendak memperjuangkan UMNO.
Dalam perkhabaran lain yang tanjong sempoi lihat ketika ini, peratusan untuk Datuk Ahmad Kabeer Nagore dan pasukannya mempunyai menang boleh di katakan tinggi sejak kemenangan yang di perolehi oleh Saudara Jeffri Salim dalam pemuda di mana senario sokongan yang kini di lihat lebih berpihak kepada Datuk Ahmad Kabeer Nagore. Jadi bagi tanjong sempoi Datuk Ahmad IbniHajjar akan mengalami kekalahan yang akan membuatkan beliau kehilangan takhta.
Sekian dan jumpa lagi………………….

8 comments:

doamakbul said...

salam tanjong sempoi,

emmm aku rasakan sepanjang berlangsungnya kempen pemilihan ni hang kempen untuk AKN. dan harapan aku juga mat hajjar akan kalah. Tapi pesanan aku kat kumpulan mat kabir, bersatu lah jangan dok bepecah.... ingatlah halangan yang mendatang tu ada hikmahnya.... ni aku dengar kejap2 bergaduh..... pastikan kumpulan b kuat..... kalau dah menang nanti susun semula sturktur UMNO di tanjong.... bina konkrit yang baru.... runtuhkan akidah terpesong yang di bawa oleh mat hajar..... bersatu demi ummah ...... insyallah harapan menang akan ada......... Mat Kabir ingatlah harapan masyarakat tanjong kini terletak di bahu anda jadi gunakan semua kekuatan yang ada untuk menewaskan si jahanam Mat Hajjar tu.....

Dayang Senandung said...

Wow..lamanya gua tak join u all semua, bukan apa ada misi yg lbh penting sdg mnanti & pelu diutamakan,tapi gua agak tkezut jugak la..hgpa kata mat kaber menang besaq, tapi awat wanita & putri mat hajar punay menag??mat kaber punya p mana??kena bungkus jauh2 nmpak..tanjong sempoi klu betoi hg nie nutral,sebarkanlah info yg betoi,jgn dok berat sebelah,awat mat keber kot taruh $$ bg hg tulis mcm ni punya meraopu, sbb dr awai aku nengok gaya penulisan hg lebih pd mat keber tengaji tu,aku tak kenai mat keber tengaji personaly, tapi aku besa la tserempak dgn dia dlm majlis2 korporat, aku tgk dia nie keloloh gaya Rajnikanth la,,mcm org nak main wayang tamil la pulak..bole ka nak jd ketua bhgan?? lu pikir la sendiri...

Orang Tanjung said...

Seperti mana komen saya di dalam posting yg sudah-sudah, saya merasakan Mad kureng Ajar pasti akan menang jugak, siapa nak bet ngan saya???...

Sebenarnya kalau hendak dibuat perubahan ke atas kepimpinan um-NO Tanjung yg semakin nak mati ni adalah dengan mengubah mentaliti perwakilan itu sendiri.

Kalau perwakilan masih bertuhankan $$, menjual diri & maruah dengan harga yg lebih rendah dari aweks tingkat 3 CTtel, sampai bila pun kepimpinan um-NO Tanjung tak akan berubah, dok mcm tu jugak. Tok sah dok buang masa berkempen. Tapi kena kempen jugak agar perwakilan terbuka hati, mata & minda mereka.

Mad kureng Ajar boleh baling berguni-guni $$ berbanding dengan Mad Kaber nie...

Teruskan berkempen atas Mad Kaber demi menyelamatkan um-NO Tanjung.

Takbirrr!!!...

tanjongsempoi said...

salam dayang senandung,

sebenarnya aku tidak pernah menerima wang atau imbuhan dari sesiapa di dalam tanjong. Matlamat aku hanya satu, untuk mengembalikan kegemilangan orang melayu di dalam tanjong. Jadi aku rasa dayang senandung telah melakukan kesilapan dengan mengatakan bahawa aku hanya berkempen untuk Datuk Ahmad Kabeer, ini kerana sepanjang penulisan aku, aku tak pernah mengupas isu mengenai Wanita atau Puteri, kalau ada pun hanya sekadar tangkap muat saja kerana fokus aku adalah untuk Pemuda dan Bahagian, tapi untuk makluman dayang senandung, Puan Khatijah hanya kalah satu undi sahaja, jika benar orang masih menyukai kepimpinan Kak Jan mesti dia menang besar, jadi kesimpulannya kekuatan Mat Hajar sudah berkurangan, dan bagi Puti pulak perbezaan undi sebanyak 20 agak merumitkan sikit kerana bagi aku Putri tidak terlalu memainkan peranan yang besar. dan untuk pengetahuan dayang senandung, jika benar mat hajar akan menang maknanya duit telah digugurkan dari langit oleh beliau.... Yang pasti tuhan melihat setiap pergerakan manusia... Jangan kita hanya pandai bercakap namun kita tidak pandai untuk menilai.... sekian

pemudatanjong said...

salam ts,

aku sokong statement yang hang buat, tapi aku sedih sikit la dengan kenyataan dayang senandung, apa kalau nak jadi pemimpin kena pakai lawa2 ka duduk kat meja VIP saja.. tak boleh nak loqlaq, hang kena ingat dayang senandung, untuk memilih pemimpin kita kena cari yang berjiwa rakyat sebab kita yang pilin, kalau setakat jadi pemimpin naik keta besar pastu tak napak orang yang mengundi dia tak payah la... so aku tanya hang balik, buleh pikir ka..........

Orang Tanjung said...

Setuju dengan jawapan balas Tanjung Sempoi. Hang memang sempoi la brother...

Dayang Senandung ni rasanya memang cetek akal, tak pun tak berakal langsung. Tak reti nak buat analisis terhadap sesuatu keputusan. Pada dia hanya menang atau kalah.

Patutlah um-NO Tanjung kelam-kabut sebab spesis macam dia ni bersepah-sepah, mcm tikus di Gurney Drive.

Perwakilan pulak apa macam anda semua? Dah terbuka minda ke arah perubahan yg baik atau masih ke arah $$?

Dayang Senandung said...

amboi, awat yg keputusan smlm hgpa tak heboh..mana pie tg sempoi semua??awat zombi kg pisang dok hambat combi tanjong kot??mat hajar tabuk diut,tabuk coklat ka??mcm mana pun dia telah diangakt sbg No.1,hgpa nie semua buat niaya dekat tengaji tanjong,hgpa perabih harta AKN,hgpa kona baring kat dia,kesian..kesian..la nie utk pgetahuan semua,ramai mamak tanjong dok susah hati,keputusan smlm memang SEMPOI..sudah2 la buat fitnah,kembali ke jln Allah, klu benar hendak bjuang,mai la duduk be=sila di tanjong, nie apa hal dok KL nak jd pemimpin di Tg?? Apa pun kesimpulan yg dpt dibuat:
1.Blog ini harus lakukan perubahan dgn mnginsafkan diri penulisnya,bahawa semua fitnahnya selama ini dh tburai dgn kemenangan smlm.
2.MELAYU tetap unggul dlm politik
3.Cepat2 minta maap pd org yg telah anda semua hina dn cela.

Orang Tanjung said...

Aku dah kata dari awai-awai lagi. Mad Kureng Hajar akan menang jugak.

Apa pun tahniah kepada Tanjung Sempoi di atas usaha untuk membuka mata perwakilan umno demi masa depan melayu Tanjung.

Ternyata rata-rata perwakilan yang pergi semuanya mata duitan hingga sanggup menggadai maruah dan harga diri dengan memilih Mad Kureng Hajar menjadi ketua bahagian.

Aku hanya mampu mendoakan agar melayu tanjung masih wujud. Dah la negeri DAP pegang, mana lagi hampa nak bergantung? Kat umno?? pakai hang laaa...

Tanjung Sempoi dah melakukan apa yg terbaik. TQ Bro!!!...