Tuesday, October 7, 2008

Siapa Lebih Layak Terajui Pemuda UMNO Bhaagian Tanjong ?


Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca yang setia menanti paparan dari tanjong sempoi yang lebih panas dan mengancam ini. Sedar-tidak sedar pemilihan UMNO Bahagian-bahagian di seluruh negara akan bermula dari 9 Oktober ini dan di jangka berakhir pada 9 November jika tidak ada masalah yang melanda negara.

Umum mengetahui bahawa persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong bagi penggal ini bakal menyaksikan persaingan yang sengit di antara Saudara Jeffri Salim yang merupakan seorang Usahawan berjaya dengan seorang Pengurus Nasi Kandar, Saudara Noor Mohamed.

Jika melihat dari keterampilan untuk mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, tanjong sempoi rasakan bahawa Saudara Jeffri Salim lebih layak kerana beliau merupakan seorang yang dilihat mempunyai pakej yang cukup termasuk mempunyai lulusan Universiti Malaya dan juga mempunyai perniagaan sendiri berbanding dengan Noor Mohamed yang hanya merupakan Pengurus Kedai Nasi Kandar dan hanya tamat pelajaran peringkat SPM saja, itu pun tanjong sempoi tak tahu beliau lulus atau pun tak.

Jadi tinggal lebih kurang 12 hari dari sekarang, tanjong sempoi amat mengharapkan agar Perwakilan Pemuda yang di berikan amanah oleh ahli-ahli Cawangan agar membuat pemilihan yang tepat iaitu dengan memilih Saudara Jeffri Salim bagi memudahkan perjalanan Pemuda UMNO Tanjong selepas ini lebih di geruni dan akan menjadi contoh kepada Pemuda UMNO Bahagian lain. Jadi di bawah ini tanjong sempoi cadangkan agar senarai ini boleh di jadikan ikutan buat semua Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong untuk memangkah calon pilihan anda semua.

Ketua Pemuda Malaysia : Datuk Mukhriz Mahathir/ Datuk Seri Dr.Khir Toyo
Naib Ketua Pemuda Malaysia : Y.B Razali IBrahim

Ketua Pemuda UMNO Tanjong: Saudara Jeffri Salim
Naib Ketua Pemuda UMNO Tanjong : Saudara Masri Sebaidi/ Saudara Harris

Senarai Ahli Jawatankuasa : Pilih muka baru dan lama yang boleh buat kerja/ dan lantang bersuara ( jangan pilih tangkap muat sahaja... ( Nanti tanjong sempoi bagi nama yang di lihat boleh menyengat)

Wakil 2: Mereka yang benar-benar layak


Harapan tanjong sempoi, Pemilihan ini demi menjamin pembangunan masyarakat melayu di Pulau Pinang amnya dan Tanjong khususnya. Jangan biarkan diri anda di cemari dengan Rasuah. Pilihlah yang boleh membantu anda…..
sekian jumpa lagi......

6 comments:

Dr. Arif said...

A'kum TS,

Nana setuju dengan apa yang TS kaborkan tu. Sdr. Jeffri dilihat lebih berkelayakan baik dari segi penampilan mahupun pengetahuan. Amatlah mendukacitakan kadang-kadang perwakilan yang diamanahkan oleh ahli-ahli di peringkat pemuda cawangan begitu tidak bertangungjawab. Mereka tidak benar-benar menilai tahap kepimpinan seseorang itu sebelum menyokong. Sesungguhnya kita akan disoal kelak tentang kepada siapa kita memberi mandat, kenapa dan mengapa?
NANA nak sarankan terus.....

Cara Pertama:
Y.B. Datuk Mukhriz Mahathir
(KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA)
Y.B. Razali Ibrahim
(NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA)
YBhg. Sdr. Jeffri Salim
(KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN)
YBhg. Sdr. Masri Sebaidi
(NAIB KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN)

Insya-ALLAH masa yang panjang kemudian untuk kita perhatikan siapa layak untuk mentadbir Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kita gunakan sebaik mungkin sebelum Mac 2009.

Cara kedua :
Serahkan pada perwakilan pada hari Persidangan Pemuda Bahagian dan jalankan demokrasi secara terang-terangan. Biarlah pencalonan berlaku di (floor) dan sistem demokrasi itu dapat dipraktikkan.

tanjongsempoi said...

salam,

nana buleh tak nana bagi tau sekali sapa lagi yang layak untuk di pilih sebagai Ahli Jawatankuasa pemuda Bahagian Tanjong... Kalau buleh jangan bagi yang lembik, cari yang hebat sikit.... yang berani dan lantang..... then tanjong sempoi nak tau sekali sapa yang layak untuk ke wakil 2... secara jujur tau nana.....

Dr. Arif said...

A'kum TS,

NANA bukanlah pandai sangat pasal nak buat percaturan nih cuma NANA adalah pandangan yang tak seberapa...

15 orang AJK :

1. Hj. Asrul (Lebuh Naning)
2. Shahril (Jln. Northern)
3. Shahrul (Jln. Hatin)
4. Aznan (Green Hall)
5. Rahman (Simpang Enam)
6. Mofet (Jln. TTS Barakbah)
7. Fahmi (Lebuh Pantai)
8. Badrul (Lebuh Macclom)
9. Nasir (Kota)
10. Yusmadi (Ranggon)
11. Azim (Bandar)
12. Jaja Khan (Kg. Manggis)
13. Razak (Lebuh Acheh)
14. Azhar (Kg. Jawa)
15. Hafiz (Datuk Keramat)

Untuk Perwakilan ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia pulak ada 6 orang layak bertanding....

1. Nizam (Jln. Imigresen)
2. Azim (Bandar)
3. Faizal (Padang Kota Lama)
4. Nasir (Kota)
5. Hj. Asrul (Lebuh Naning)
6. Shafiq (Jln. Zainol Abidin)

Jadi NANA rasa yang patut dipilih :

1. Nizam (Jln. Imigresen)
2. Hj. Asrul (Lebuh Naning)

Bukanlah maksud NANA nak kecilkan peluang calon yang 4 lagi tapi banyak yang NANA pikirkan....sebagai contoh Shafiq terlalu muda dan tak cukup pengalaman serta mempunyai masa depan yang cerah dikemudian hari, Nasir penggal terakhir dan yang paling utama Faizal cumalah alat kepada Yazid untuk buat duit serba sedikit. Semua orang kenal Sdr. Yazid yang cekap mengambil peluang, pada NANA golongan orang seperti inilah yang memberi tanggapan buruk masyarakat terhadap UMNO. Semuanya harus dibayar, kalau tak cara terus terang mesti dalam nada berkias-kias. Dari dahulu hingga sekarang NANA kenal Yazid tidak ada yang PERCUMA seolah-olah ada pendapatan sampingan apabila memegang jawatan dalam UMNO. Kepada TS teruskan blog ini dan uar-uarkan lah kepada semua tentangnya supaya dapat kita menyelamatkan UMNO dengan melondeh perbuatan tak bertangungjawab sesetengah pihak. Sekian....wsalam.

dragonfly said...

tuan dr. nana,

macam mana pulak dengan senarai barisan pemimpin & AJK Wanita & Puteri yang pada pandangan tuan 'layak'? Minat jugak nak tengok, mana lah tau kot2 ada sanak saudara, sepupu sepapat saya yang pi masa pemilihan tu, boleh saya hembuih2 sikit utk 'racun' otak depa tu.

terima kasih.

pu3terbuang said...

i dont know much abt pu3, but i heard that for those who didnt side Muszina; so 'out' we go! and we wont be getting a chance to be in bahagian or whatsoever important seat this time n forever.

for me, hey girl..whatever! i don't give a damned!! i'm here with pu3 & UMNO is not for some contract, big fish or whatsoever. So, go ahead with whatever plan b u have but, pls be in front row to fight for the real mission n vision of the party ok.

puteramelayu30 said...

Salam tanjong sempoi,

ada kiranya disini saya hanya ingin membuat perbandingan di antara Jeffri Salim dengan Nor Mohamed

1. Latar belakang Pendidikan

Jeffri Salim - Lulusan Master dari Universiti Malaya

Nor Mohamed - Tamat peperiksaan SRP

2. Latar Belakang Ekonomi

Jeffri Salim - Usahawan Melayu dalam bidang Kontraktor yang di anggap berjaya dan mempunyai Syarikat sendiri

Nor Mohamed - Pengurus Kedai nasi Kandar Subaidah yang di ambil bekerja oleh abangnya Abd Aziz SPK ABdullah kerana adiknya tidak mempunyai Pekerjaan.

3. Adab dan Kesopanan

Jeffri Salim - Seorang yang mempunyai budi pekerti dan adab sopan yang tinggi apabila ber interaksi dengan orang tua atau pun orang muda

Nor Mohamed - Seorang yang sombong dan tidak menghormati orang tua

4. Kekuatan Di belakangnya

Jeffri Salim - mempunyai perhubungan yang kuat dengan Pemimpin tertinggi UMNO dan boleh bersam-sama dengan pemuda untuk mengangkat Pemuda UMNO Tanjong

Nor Mohamed - Cakap melayu pun tak pandai apatah lagi nak mendampingi Pemimpin UMNO, yang dia kenal hanya , Datuk Ali Rustam sebab abang dia buka kedai nasi kandar kat Melaka.

Jadi kepada semua perwakilan Pemuda untuk memilih pemimpin di Negeri yang di kuasai oleh pembangkang seharusnya kita menilai dari latar belakang yang ada pada kedua-dua calon ini, dan bagi saya kelayakkan itu hanya ada Pada Saudara Jeffri Salim yang di lihat berkarisma dalam memperjuangkan agenda melayu di bumi Tanjong..... Kalau Pilih Nor Mohamed jawapnya anda semua akan di hidangkan dengan Nasi Kandar sahaja. Jadi lakukan pemilihan yang tepat......