Wednesday, May 28, 2008

Jadilah Diri Yang Sebenar.......

Salam bahagia dan salam hormat buat pembaca tanjong sempoi yang masih setia untuk menanti paparan-paparan menarik. Buat pengetahuan semua yang melawati blog tanjong sempoi ini, beberapa pesanan penting yang harus tanjong sempoi kemukakan. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin melalui blog yang disediakan hanya untuk meningkatkan kredibiliti kaum melayu di PulauPinang agar lebih memahami peranan yang di mainkan oleh blogger dalam mengetengahkan isu-isu semasa.

Untuk makluman pembaca, isu penarikan diri Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir (mantan Perdana Menteri) bukanlah isu utama yang cuba dipaparkan oleh kami di tanjong sempoi, Cuma kami berasa terpanggil untuk menulis berkenaan isu yang sedang hangat di perkatakan oleh ahli-ahli UMNO termasuk kami di tanjong sempoi. Namun selepas kami menulis disini kami telah menerima komen yang di berikan oleh beberapa pembaca yang mungkin ProMahathir atau ProAbdullah atau ProAnwar. Hakikat yang harus diterima oleh semua pembaca kami, apa yang menyedihkan kini adalah sikap Ahli-Ahli Parlimen yang bersifat talam dua muka. Mungkin hasrat yang cuba disampaikan oleh Tun Mahathir adalah benar, ini dapat di buktikan apabila beliau kerap di jemput oleh kebanyakkan ahli-ahli UMNO akar umbi yang mahukan nasihat daripada mantan Perdana Menteri yang juga merupakan Veteran UMNO bagi member semula semangat kepada mereka yang dilihat kian luntur selepas UMNO dan juga pakatannya mengalami kekalahan yang memalukan dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa mantan Perdana Menteri adalah seorang yang bersikap berani dan lantang dalam melakukan sesuatu perkara walaupun ia di luar batas pemikiran ahli-ahli UMNO itu sendiri. Sebagai contoh ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri beliaulah satu-satunya pemimpin melayu dan islam yang begitu berani mencabar kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dalam perkara yang beliau lihat Puak Amerika cuba menjatuhkan maruah islam. Dan mungkin juga ramai yang tidak sedar bahawa mantan Perdana Menteri yang di katakan ‘nyanyuk’ ini amat disanjungi oleh Negara-negara luar seperti Britain, Russia,Jepun, Korea, Iran, China,Thailand, Indonesia, Arab dan banyak lagi Negara yang tidak dapat tanjong sempoi nyatakan disini. Ini dapat dilihat apabila beliau kerap di jemput untuk menyampaikan ucapan-ucapan di hadapan pelajar-pelajar mahupun para usahawan-usahawan di Negara-negara berkenaan yang dilihat menantikan beliau berucap dengan ucapan yang boleh di gunakan oleh mereka sebagai pemangkin semangat dalam melakukan sesuatu perkara.

Namun di Malaysia sebaliknya berlaku, ini di sebabkan oleh sifat pentingkan diri sendiri para pemimpin-pemimpin UMNO masa kini yang cuba menidakkan kehebatan beliau dengan mengelarkan beliau dengan bermacam-macam gelaran oleh kerana ingin menunjukkan kehebatan mereka. Apakah mereka lupa akan jasa yang telah Tun Dr. Mahathir berikan kepada rakyat Malaysia? Dan tidakkah mereka sedar jika tiada didikan daripada orang lama seperti Tun Mahathir dan veteran-veteran UMNO maka tidak akan ada pemimpin pelapis yang mampu memimpin Malaysia?

Jika disingkap semula kejadian yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2002 di mana ketika itu Tun Dr. Mahathir menyatakan beliau ingin melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dan juga sebagai Perdana Menteri kelihatan orang pertama yang dilihat meminta Tun Dr. Mahathir menarik balik kenyataannya adalah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Datuk Seri Rafidah Aziz Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang dilihat menitiskan airmata. Lakonan yang dilihat itu adalah semata-mata kerana ketika itu mungkin kedua-dua pemimpin ini dilihat masih mempunyai sesuatu yang belum dicapai oleh mereka dan mereka takut akan kehilangan jawatan apabila kepimpinan bertukar tangan. Namun setelah Tun Dr. Mahathir melihat desakkan yang kuat dari ahli-ahli UMNO akar umbi yang mahu melihat Tun Dr. Mahathir terus memimpin UMNO dan kekal sebagai Perdana Menteri maka Tun telah menarik balik hasratnya dan menyatakan syarat bahawa beliau akan melepaskan jawatannya pada tahun 2003 dan ketika itu pemimpin-pemimpin yang merasakan era kepimpinan mereka akan tamat sejajar dengan hasrat Tun mula merapati bakal penganti Tun iaitu Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Mengapakah tidak ketika itu pemimpin-pemimpin ini tidak membiarkan Tun dengan pendiriannya? Mengapakah perlu dipertahankan apabila Tun menyatakan ingin meletakkan jawatan ketika itu?

Apa yang dikesalkan kini setelah mengumumkan bahawa beliau keluar dari UMNO dengan syarat akan kembali setelah UMNO melakukan perubahan kepimpinan, orang yang dilihat lantang bersuara juga adalah kedua-dua pemimpin dari Pemuda dan Wanita ini termasuk juga Datuk Seri Nazri Aziz yang boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Inilah yang dinamakan politik UMNO yang hanya mementingkan diri sendiri dari memperjuangkan nasib Agama,Bangsa dan Tanahair. Ketika ini juga dilihat Ketua Pergerakan Pemuda itu telah mengungkit kisah-kisah silam semasa zaman kepimpinan Datuk beliau dan bapa beliau dengan mengatakan Tun juga pernah menentang mereka ketika itu.

Mengapakah perkara ini harus berlaku ketika umat melayu di lihat semakin lemah untuk mempertahankan kedaulatan bangsa sendiri dan mengutuk pemimpin yang pernah mereka sanjungi satu ketika dahulu. Ketua Pergerakan Wanita pula dalam satu kenyataan akhbar yang di buat beliau semasa beliau melawat Kelantan menunjukkan beliaulah salah seorang yang juga boleh dikategorikan sebagai apa yang beliau ungkapkan ‘pembodek’ dan bersikap ‘yes bos’. Masakan tidak kerana beliau adalah salah seorang menteri di dalam kabinet sebelum berlangsungnya PRU-12 yang lalu. Apakah beliau juga salah seorang yang telah memberi maklumat yang salah kepada PakLah sehingga menyebabkan Barisan Nasional kalah teruk . Apakah beliau baru tersedar selepas beliau terkeluar dari kabinet yang diumumkan oleh PakLah selepas PRU-12. Datuk Seri Nazri Aziz pulak boleh di kategorikan sebagai pembahas yang syok sendiri kerana beliau juga seorang yang pelupa siapa yang memberi peluang kepada beliau untuk menjadi pemimpin. Bukankah ramai lagi yang berwibawa dan boleh di bawa ketengah untuk menjadi Ahli Parlimen bukan seperti beliau yang sering di jadikan mangsa belasahan di dalam parlimen oleh parti pembangkang.

Kepada pemimpin-pemimpin ini, renunglah sejenak hala tuju perjuangan kalian, tanyalah diri anda, apakah perjuangan anda untuk Agama, Bangsa, dan Tanahair? Atau perjuangan anda untuk keperntingan peribadi? Atau sudah sampai masanya untuk anda berundur dari menjadi pemimpin yang dilihat diri sendiri pun anda tidak mampu memimpin?

Kepada anda juga ingatlah lima perkara ini,’sihat sebelum sakit’, ‘muda sebelum tua’, ‘kaya sebelum miskin’, ‘lapang sebelum sempit’ dan ‘hidup sebelum mati’…………

Monday, May 26, 2008

KISAH SEORANG PRESIDEN!!!!

Salam bahagia dan bertemu kembali. Syukur kehadrat allah kerana ketika ini tanjong sempoi masih mampu menulis dalam keadaan yang tenang tanpa digangu oleh sesiapa. Namun kali ini tanjong sempoi ingin mencoretkan sedikit tentang Peranan yang di mainkan oleh Persatuan Melayu yang terdapat di Pulau Pinang terutama sekali Persatuan Melayu Tanjong atau dengan nama glamournya PERMATA. Umum tentu mengetahui PERMATA ini di wujudkan adalah kerana melihatkan karier politik individu yang memimpin PERMATA ini kelihatan seperti akan tamat didalam UMNO, maka dari situ lahirnya satu idea dari kepimpinan yang dilihat ingin memastikan peranan yang dapat di mainkannya untuk terus memimpin walaupun dengan menggunakan nama yang dilihat seakan memperjuangkan nasib bangsa melayu yang berpesatuan.
Sejarah penubuhan awal PERMATA ini adalah dari kalangan mereka yang dilihat cuba mencari pengaruh walaupun pada hakikatnya mereka-mereka ini juga adalah dari kalangan orang politik yang mementingkan agenda peribadi. Walaupun diawal penubuhan PERMATA ini matlamatnya adalah untuk membantu golongan melayu atau memperjuangkan nasib mereka yang memerlukan pertolongan mendapat tempat di hati masyarakat tanjong, namun setelah perjuangannya dilihat semakin lari dari landasan maka ramai ahli-ahli PERMATA dilihat tidak lagi aktif, cuma yang tinggal hanyalah Tuan Presiden dan barisan ahli jawatankuasanya serta ahli-ahli yang dilihat masih lagi tertipu dengan matlamat perjuangan PERMATA yang kini jauh menyimpang.
Tuan Presiden PERMATA ini adalah salah seorang orang kuat UMNO Bahagian Tanjong di bawah kepimpinan Ketuanya yang lebih kurang sama peranannya. Tidak di nafikan juga ketika ini terdengar ura-ura yang mengatakan bahawa Tuan Presiden ini akan bertanding untuk kerusi penting didalam UMNO Bahagian Tanjong iaitu kerusi No. 2, berita ini tanjong sempoi dengari dari salah seorang 'kambing hitam' yang juga merupakan orang kuat kepada Tuan Presiden ini. 'Kambing Hitam' ini juga pernah menjadi orang buangan Tuan Presiden ini satu ketika dahulu hingga pernah meninggalkan Cawangan Tuan Presiden ini dan menyertai Cawangan orang lain kerana tidak puas hati dan tidak dapat memegang jawatan dalam cawangan Tuan Presiden. 'kambing hitam' ini juga seorang yang gila glamour dan sering membuat kenyataan-kenyataan di dalam akhbar, tapi tidak satu pun kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar itu di lakukan oleh beliau(gila glamour la katakan). Namun yang menjadi kemusykilan kepada tanjong sempoi, layakkah Tuan Presiden ini bertanding untuk merebut kerusi no. 2 di dalam UMNO Bahagian Tanjong? Setahu tanjong sempoi, isteri beliau yang dikatakan seorang bekas cikgu yang paling pandai (katanya kepada ahli wanita satu ketika dahulu) adalah seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong. Apakah ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong rela untuk melihat suami isteri yang ingin memenuhi agenda politik mereka ini menjadi pemimpin di dalam UMNO Bahagian Tanjong? Dan Apakah UMNO Bahagian Tanjong akan menjadi PARTI untuk suami isteri?
Renungkanlah sejenak wahai ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong, pernah satu ketika si suami ini telah mengantikan si isteri ini sebagai Ahli Majlis MPPP Negeri Pulau Pinang, apakah sumbangan yang telah suami isteri ini berikan kepada masyarakat di dalam tanjong? Si suami pula yang menjadi Pengerusi Biro Perumahan di dalam UMNO Tanjong dan persoalannya, berapa ramai masyarakat tanjong yang berjaya memperolehi rumah hasil usaha yang dilakukan oleh beliau? Setakat menjadi 'despetch' UMNO dengan membawa dokumen yang telah diisikan oleh ahli-ahli UMNO tanjong sempoi rasa budak sekolah pun boleh buat kerja macam tu.
Baru-baru ini juga tanjong sempoi dengar dari mulut orang kuat beliau yang di gelar sebagai 'kambing hitam' semasa bercakap-cakap di kedai kopi dalam satu perasmian mesyuarat agung tahunan persatuannya beliau telah menjemput Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir untuk merasmikan mesyuarat itu, dan semasa beliau menyampaikan ucapan beliau 'kambing hitam' ini mengatakan bahawa ketuanya telah mengalirkan airmata kerana kecewa dengan nasib yang menimpa bangsa melayu di dalam Tanjong, kedengaran juga 'kambing hitam' ini berkata "Tuan Presiden aku tu pandai berlakon la" konon nak tarik perhatian Tun Dr. Mahathir. Dari sumber yang tanjong sempoi dengar juga ada di kalangan mereka yang hadir di situ tergelak macam nak pecah perut melihat gelagat Tuan Presiden yang menangis bagai nak rak. Mungkin tuan Presiden ini sedih kerana Barisan Nasional kalah di Pulau Pinang dan beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis MPPP kepada pembangkang. Tanjong sempoi rasalah kalau Tuan Presiden ini menang dalam perebutan kerusi no. 2 UMNO Bahagian Tanjong mungkin beliau tidak akan menangis lagi dan tanjong sempoi juga rasakan perjuangan persatuannya hanya akan menjurus ke arah agenda peribadi dengan memenuhi kantung beliau sendiri dan bukan lagi untuk membantu masyarakat di dalam tanjong.
Jadi kepada ahli-ahli PERMATA dan ahli-ahli UMNO, jika anda merasakan penyelewangan yang beliau lakukan janganlah anda memberi peluang kepadanya untuk terus menguasai kerusi itu kerana ini akan menyebabkan orang-orang bawahan terus tertindas, dan pastikan semasa berlangsungnya pemilihan nanti, janganlah termakan dengan pujuk rayu beliau. Kalau di berikan juga akan binasalah UMNO Tanjong kelak. Dan sudah pastinya 'kambing hitam' beliau akan meninggalkannya keseorangan. Kalau boleh 'kambing hitam' ni pun jangan di beri peluang kerana dia adalah 'barua' atau 'tali barut' tuan presiden ini.
Fikir-fikirkanlah...........!!!!!!!!!

Friday, May 23, 2008

Lakukan Perubahan Demi Selamatkan UMNO......

Bertemu kembali di laman tanjong sempoi. Walau sebilangan kita masih meratapi berita mengenai Tun Dr. Mahathir namun "perjuangan kita masih belum selesai" ungkapan yang selalu dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir. Buat ahli UMNO masa yang sesuai akan tiba tidak lama lagi di mana pada bulan Julai ini akan berlangsungnya mesyuarat cawangan yang akan bermula dari 17 Julai hingga 24 Ogos 2008.

Apa yang ingin tanjong sempoi katakan di sini, lakukanlah perubahan yang kita harapkan janganlah hanya mengharapkan sekeping kertas untuk menjadi kuasa yang akan menentukan masa depan UMNO. Jika ramai yang tidak faham apa itu sekeping kertas yang di katakan berkuasa, kertas itu akan tertulis nama-nama mereka yang akan bertanding, namun harus diingat jika didalam kertas itu tertulis nama orang yang boleh menghancurkan UMNO, kalau di pilih juga UMNO akan terus merana, dan tanjong sempoi rasakan UMNO akan tiada masa depan dalam menuju perubahan.

Jika ahli-ahli UMNO menyanyangi UMNO maka masa yang sesuai inilah harus digunakan untuk menentukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk memimpin UMNO. Buat ahli-ahli UMNO tanjong khususnya pertukaran harus dilakukan, pertukaran yang boleh membawa kekuatan dan menentukan hala tuju melayu dalam tanjong. Tanjong sempoi akan memberikan beberapa tips di bawah ini dalam menentukan proses pemilihan yang telus dan diingatkan kepada pembaca tanjong sempoi akan sentiasa memberi tips-tips yang berguna untuk pembaca tanjong sempoi.....

TIPS Proses Pemilihan UMNO Peringkat Cawangan:-

1. Pastikan anda telah membayar yuran yang dikenakan sebanyak RM 1. (jika yuran pun tak boleh bayar anda hilang kelayakkan untuk menjadi pemilih)

2. Pastikan surat panggilan mesyuarat sampai kerumah anda atau di alamat yang telah anda berikan. ( sila pastikan alamat yang anda berikan itu betul)

3. Pastikan anda mengenali individu yang anda ingin lantik sebagai Ketua anda. (kalau lantik yang lebih kurang sama, tak guna juga)

4. Pastikan apabila anda mencalonkan nama ketua itu, ia akan mendapat sokongan dari ahli-ahli yang lain. (sekurang-kurangnya seorang menyokong cadangan anda)

5. Jika anda mendapat kertas yang di berikan oleh orang-orang tertentu, pastikan nama yang anda ingin calonkan itu ada didalamnya. (kalau anda ambik dan terus mengundi pun tak guna juga)

6. Pastikan anda mempunyai pengaruh yang kuat di dalam cawangan untuk memilih ketua, dan ketua anda boleh memimpin dengan betul. (kalau anda tidak dikenali jangan nak tunjuk pandai)

setakat ini dulu TIPS yang diberikan oleh tanjong sempoi, TIPS akan di berikan dari semasa ke semasa dan jika tanjong sempoi berkesempatan akan tanjong sempoi masukkan nama mereka-mereka yang akan bertanding. Tanjong sempoi hanya ingin membantu, jika anda ada maklumat hantarkan maklumat anda kepada tanjong sempoi...... bertemu lagi.......

Kesetiaan Kepada UMNO.... Petikan jawapan Tun Dr Mahathir dalam Chedet.com

1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?

4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.


7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.

9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.


10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.

12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.

13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?

14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.


Tuesday, May 20, 2008

Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, Negarawan Terulung....

Salam bahagia dan salam hormat buat semua pembaca tanjong sempoi. Semalam Malaysia di kejutkan dengan satu berita di mana Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau secara serta merta keluar dari Parti Keramat UMNO selagi kepimpinan UMNO tidak berubah. Apa yang di kesalkan kini ketika keseluruhan ahli UMNO akar umbi amat memerlukan pandangan daripada Mantan Perdana Menteri itu, beliau telah mengambil keputusan yang drastik untuk meninggalkan UMNO. Jika disingkap sejarah mengenai UMNO dan Tun Dr. Mahathir kelihatan seperti sebati iaitu agenda utamanya adalah untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair di bawah ini tanjong sempoi ceritakan serba sedikit sejarah awal UMNO....


Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.

Dengan tertubuhnya UMNO maka kebanyakkan orang-orang melayu berasa yakin dengan UMNO kerana terus memperjuangkan dasar bangsa melayu selepas era Datuk Onn Jaafar (Presiden UMNO Pertama)bermula zaman Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama dan Presiden UMNO kedua), Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Keduadan Presiden UMNO ketiga), Tun Hussein Onn (Perdana Menteri Ketiga dan Presiden UMNO keempat), Tun Dr. Mahathir (Perdana Menteri Keempat dan Presiden UMNO kelima). Pemimpin-pemimpin UMNO ini telah di beri gelaran tertentu seperti

1. Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
2. Tun Abdul Razak - Bapa Pertanian
3. Tun Hussein Onn - Bapa Pembangunan
4. Tun Dr. Mahathir - Bapa Pemodenan

Namun dalam keempat-empat Perdana Menteri ini Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling lama memerintah iaitu selama 22 tahun bermula 1981 hingga 2003 dan dianggap sebagai Arkitek Pembangunan Malaysia sehingga di kenali di seluruh pelusuk dunia. Namaun Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak dapat lari dari kontroversi apabila berlakunya krisis kepimpinan UMNO dibawah ini tanjong sempoi ceritakan serba sedikit tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad......


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menjuruterakan pemodenan yang pantas sekali dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terutamanya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritikkan atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan yang bersifat kronisme.

Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang terus terang dan yang bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar tidak campur tangan (laissez-faire).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara.

Dr Mahathir dilahirkan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 20 Disember, 1925. Bapanya bernama Encik Mohamad bin Iskandar dan ibunya bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.

Dalam autobiografinya, Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau mempunyai keturunan orang India (daripada bapanya) yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India, yang mana ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan diri sebagai Melayu yang tulen.

Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.

Selepas mendapat ijazah perubatannya, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis dari 1954 hingga 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan.Pada 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Setar.

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. (Sebagai ejekan, Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 dengan undi-undi orang Cina, apabila kaum Melayu dipecah disebabkan perselisihannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.)

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Namun Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO. Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Tindakan Dr Mahathir dikritik oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang melabelkan Dr Mahathir sebagai ahli politik murahan. Tindakan Mahathir dipercayai mempunyai kaitan dengan hasil siasatan klip video Lingam yang melibatkan nama beliau. Menurut Karpal, Dr Mahathir seharusnya cuba membersihkan namanya. Mahathir bagaimanapun menafikan tindakan beliau ada kena mengena dengan kes klip video Lingam.

Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO bagi menunjukkan cara protes beliau.

Kepada masyarakat melayu, tanjong sempoi berharap berikan pendapat dan pandangan anda demi melihat masyarakat melayu akan terus bersatu.

Sunday, May 11, 2008

Penjelasan dari Komen 'raja kapur' dan 'pu3 terbuang'.....

Salam hormat "tanjong sempoi" ucapkan buat 'raja kapur' dan pu3 terbuang yang sudi meberi komen berkenaan dengan kedaulatan Raja-Raja. Apa yang menarik perhatian "tanjong sempoi" dari komen yang di berikan oleh anda berdua adalah mengenai teguran yang harus diberikan kepada Raja jika melakukan kesilapan. Dari apa yang tanjong sempoi faham, memang benar kata-kata kalian, Apakah tidak boleh di tegur institusi Raja?

Tetapi bukankah tugas untuk menegur Raja itu telah rakyat amanahkan kepada Mamanda Perdana Menteri?. Jika kita ikuti kisah dari filem-filem melayu dahulu kala dari setiap sudut kita dapat lihat apabila Baginda Sultan atau Raja ingin mendapatkan nasihat maka Mamanda Perdana Menteri akan dipanggil untuk Baginda Sultan berbincang. Maka sesuatu keputusan akan dibuat dan akan disampaikan kepada seluruh rakyat jelata. Mungkin tanjong sempoi tidak berapa arif mengenai adab dan tertib untuk berdepan dengan Baginda Sultan atau Raja kerana tanjong sempoi dilahirkan dalam sebuah Negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja, yang ada hanyalah Gabenor yang di lantik dari rakyat biasa. Namun yang menariknya di negeri yang tanjong sempoi lahir ini kuasa mutlaknya adalah terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai pandangan "raja kapur" berkenaan dengan "Tanpa Rakyat mana ada raja", tanjong sempoi tidak bersetuju kerana Raja tidak di lantik oleh rakyat akan tetapi keputusan yang di buat oleh Majlis Raja-Raja. Dizaman kini adab, tertib dan budaya menghormati Raja telah dihilangkan oleh masyarakat melayu itu sendiri sehinggakan membenarkan bangsa asing yang membuat teguran kepada Raja-Raja Melayu. Bukankah banyak platform yang boleh di gunakan bagi menegur kesilapan yang di lakukan oleh Raja-Raja?

Berkenaan pandangan raja kapur bahawa pada zaman Tun Dr. Mahathir juga perkara ini pernah berbangkit tetapi kata 'raja kapur' tiada siapa yang ambil tindakan, maka 'raja kapur' haruslah bercakap berlandaskan fakta, di sini ingin tanjong sempoi katakan sekali lagi, ketika itu Tun Dr. Mahathir adalah sebagai Perdana Menteri dan menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, perkara ini berlaku pada tahun 1983 apabila beliau hanya mengemaskinikan kuasa Yang Di-Pertuan Agung dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, itupun selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing. Bukannya beliau menentang kuasa atau arahan yang telah di buat oleh Sultan-Sultan seperti yang dilakukan oleh Mr. Karpal Singh (OKU) yang bersikap biadap terhadap Baginda Sultan. Apakah dengan mengemaskini kuasa Sultan-Sultan perlu di ambil tindakan?

'Raja kapur' ada mengatakan bahawa kaum lain melihat ada kesilapan yang di lakukan oleh Raja-Raja, maka bolehkah 'raja kapur' huraikan kesilapan yang di lakukan itu? Bukankah mentaati Raja itu telah menjadi amalan sejak turun temurun yang telah di lakukan oleh datuk nenek moyang kita, atau 'raja kapur' ingin menjadi seseorang yang dapat mengubah sejarah seperti dalam cerita Laksamana Bentan?

Fikirkanlah sejenak di Britain juga rakyat mereka amat menghormati Raja mereka iaitu Ratu Elizabeth II yang menaiki takhta sejak 2 Jun 1953 dan merupakan kepimpinan kedua paling lama di dunia selepas Raja Thailand yang sehingga kini masih memegang jawatan dan dihormati oleh Rakyat negara beliau. Patutkah kita menjadi penentang hanya kerana untuk membuat 'check and balance'? Belajarlah bagaimana untuk menghormati Raja kita dari sahabat negara jiran Thailand, walaupun pergolakan politik berlaku tetapi mereka amat menyanjungi Raja mereka. Tidak ada ahli politik mereka yang bersikap biadap seperti Mr. Karpal Singh (OKU).
Dan buat pu3 terbuang, anda juga membuat kenyataan yang silap sama seperti raja kapur, manakan mungkin kerabat diRaja boleh melakukan apa saja sesuka hati mereka, kerana mereka juga manusia biasa yang tidak boleh lari dari kesilapan 'duniawi'. Kerabat Raja juga tidak terlepas dari tindakan undang-undang jika mereka melakukan kesilapan seperti yang di laporkan oleh akhbar-akhbar tempatan dalam beberapa kes yang melinbatkan Kerabat DiRaja suatu ketika dahulu......
Buat raja kapur dan pu3 terbuang, "tanjong sempoi" ingin memohon maaf jika kata-kata "tanjong sempoi" menyingung perasaan kalian berdua,kerana ini hanyalah pandangan dari kacamata "tanjong sempoi" dan kata-kata "Raja adil Raja disembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah" haruslah diletakkan ketepi dahulu. Belajarlah untuk menyanjungi Raja-Raja Melayu kerana jika kita bersikap begini manakan mungkin kita akan bersatu dalam menghadapi dugaan yang mendatang bagi membina semula kekuatan bangsa melayu? Fahamilah ungkapan ini "Raja itu Melayu dan Melayu itu Raja" di Bumi Malaysia............

Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari Ibu.......

Salam hormat buat semua pembaca "tanjong sempoi", bersempena dengan bulan Mei ini tanjong sempoi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia.... Semoga anda tabah menghadapi cabaran di hari mendatang dengan keletah anak-anak anda....... Bersempena dengan hari ibu juga, tanjong sempoi akan paparkan sebuah puisi buat tatapan mereka yang masih mempunyai Ibu........
Sayangilah ibu anda sementara dia masih ada lagi.
Renungkanlah kwn2...
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar,
yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu



Tapi sekarang.....
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ...... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan: Pernah satu ketika apabila aku menyambung pelajaran, Ibu pernah berpesan "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Namun hari ini kata-kata itu hanya menjadi satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan....Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu aku hadiahkan kini untuk ibuku adalah........Alfatihah, alfatihah, alfatihah.
Kepada anda yang masih mempunyai ibu sayangilah ibu anda.... Jangan anda menyesal di kemudian hari......Amin!!!!!

Jangan Dicabar Raja Melayu..... Daulat Tuanku.....

Salam hormat dan salam bertemu kembali. Untuk makluman semua pembaca di blog ini tanjong sempoi ingin memohon maaf kerana tidak dapat menulis di blog ini berikutan keadaan tanjong sempoi yang tidak beberapa sihat beberapa hari yang lepas. Kini alhamdullilah, tanjong sempoi telah kembali pulih untuk meneruskan tugasan tanjong sempoi. Apa yang menarik perhatian tanjong sempoi ketika ini adalah mengenai pertikaian yang di lakukan oleh Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh yang telah mempertikakan tentang Teks Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin pada hari perasmian Parlimen yang ke 12 baru-baru ini. Apa yang di kesali oleh tanjong sempoi adalah kerana Pengerusi DAP yang kini telah menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) ini tidak menghormati Sistem institusi beraja yang di amalkan di Malaysia dimana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai Ketua Rasmi di Negara Malaysia. Pengerusi DAP ini juga di lihat seperti mencabar kuasa-kuasa Raja Melayu yang berpelembagaan apabila bertindak mempertikaikan keputusan yang di lakukan oleh Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Beliau juga dilihat cuba memporak-perandakan negara Malaysia yang tercinta ini bagi kepentingan peribadi beliau. Sepatutnya sebagai seorang yang menjadi rakyat Malaysia, beliau haruslah menghormati Raja-Raja Melayu yang ada di Bumi Malaysia ini. Namun apa yang dikesali oleh tanjong sempoi di mana Parti Pas yang dikatakan Parti Islam SeMalaysia dan juga Parti Keadilan yang dipimpin oleh orang melayu yang beragama islam masih berdiam diri bagi menjaga hati parti DAP yang telah menjadi saudara kepada parti PAS dan Keadilan dalam politik mereka. Apakah sehingga ketahap ini parti PAS dan Keadilan masih boleh membisu dan membiarkan seorang 'OKU' mencabar maruah dan menghina Raja-Raja Melayu? Apakah PAS dan Keadilan takut kehilangan kuasa dan mahu melihat sistem Raja Berpelembagaan di hapuskan oleh sebuah Parti yang mengunakan dasar Malaysia Malaysian? Sedarlah wahai orang melayu dikalangan parti PAS dan Keadilan. Politik hanyalah satu platform untuk memperjuangkan hak rakyat namun tidak sama sekali bagi mempertikaikan satu-satu keputusan atau titah yang telah di sampaikan oleh Raja-Raja Melayu yang juga Ketua Agama Islam di negara tercinta ini. Di bawah ini tanjong sempoi sediakan serba sedikit rujukan mengenai Sejarah Yang di-Pertuan Agong untuk tatapan pembaca........


Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.
Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.


Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.


Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).


Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.


Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:


Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)


Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)


Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)


Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)


Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)


Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)


Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)


Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)


Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981) .


Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.
Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu.
Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.


Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.


Syarat yang akan diambil kira ialah:
1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.


Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.


Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:
1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.


2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.


3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.


4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.



6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.



8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989.



10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999.


11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.


12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.


13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006- Hingga Kini.


Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan tetapi didalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.
Keunikan tradisinya sejak 1957 , kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, baginda tak seunik Malaysia kerana ia datang dari 1 keluarga sahaja. Tetapi uniknya Malaysia ia datang dari 9 Sultan yang memerintah Negeri-Negeri Melayu......... inilah serba sedikit sejarah yang dapat tanjong sempoi sediakan dan kepada UMAT MELAYU tanjong sempoi berpesan..........BANGKITLAH BANGSA MELAYU DAN BERSATULAH KITA BAGI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA KITA DAN MEMPERTAHANKAN BANGSA KITA DARI TERUS DI HINA. KETEPIKANLAH DAHULU PEGANGAN ATAU FAHAMAN POLITIK YANG DI IKUTI OLEH KITA. PERJUANGAN KITA KINI ADALAH UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA....... ALLAHHUAKBHAR!!!!!!!!

Monday, May 5, 2008

Pertemuan Bersama Perdana Menteri......

Salam Hormat dan salam sejahtera...... bertemu lagi kali ini untuk memberi penerangan mengenai perjumpaan di antara Ketua-ketua UMNO di seluruh negeri Pulau Pinang yang di adakan di PWTC Sabtu lalu. Untuk makluman pembaca pertemuan yang berlangsung itu tidaklah menarik seperti yang di sangka atau untuk membincangkan halatuju masa depan UMNO di negeri Pulau Pinang. Pertemuan ini hanya lebih menjurus kepada penerangan mengenai masalah-masalah yang di hadapi dan isu-isu semasa seperti kenaikkan harga barang mentah dan minyak, supaya ia dapat di perjelaskan atau disampaikan oleh ketua-ketua UMNO cawangan-cawangan yang terdapat di dalam Pulau Pinang ke pengetahuan ahli-ahli UMNO di seluruh negeri Pulau Pinang. Penerangan itu dilakukan sendiri oleh Menteri Penerangan. Beliau telah menyentuh tentang kenaikkan harga barang yang tidak dapat di kawal adalah kerana kenaikkan ini di sebabkan oleh pasaran global yang meningkat. Seperkara lagi beliau juga ada menyentuh berkaitan dengan isu subsidi minyak yang telah di berikan kerajaan untuk membantu rakyat dalam meringankan beban yang di tangung. Perkara ini haruslah jelas dan di fahami oleh masyarakat seluruh malaysia kerana di negara kita ketika ini tidaklah sampai berebut-rebut atau berbunuh untuk mendapatkan bekalan makanan seperti yang berlaku di negara jiran bersebelahan dengan kita sehinga berebut-rebut untuk mendapatkan bekalan makanan.... Di negara kita ketika ini hanya harga saja yang tidak dapat di kawal, tetapi makanan masih mencukupi? Apakah perlu rakyat terus mendesak kerajaan untuk menurunkan harga barang? Apakah kita ingin melihat negara kita menjadi seperti negara jiran dalam mendapatkan makanan?
Tanjong sempoi juga ada beberapa saoalan dan saranan yang hendak di berikan kepada kerajaan, kerana jika kita lihat ketika ini penguna, banyak terdiri daripada kaum melayu manakala pembekal pula terdiri dari kalangan masyarakat cina.
1. Mengapakah tidak diwujudkan Pasaraya besar Milik kerajaan?
2. Apakah perlu kerajaan tunduk kepada desakan dari kalangan pembekal jika kerajaan memiliki pasaraya?
3. Apakah keluaran beras dalam negara tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat negara ini?
4. Kenapakah tidak dinaikkan harga padi yang kebanyakkan pesawah adalah terdiri dari masyarakat melayu?
Jawapannya disini jika kerajaan memiliki pasaraya sendiri maka kerajaan akan terus di sanjung kerana boleh memberi peluang pekerjaan kepada golongan-golongan belia-belia, siswa dan siswi yang mengangur kerana golongan ini adalah pengundi masa depan yang akan melihat bagaimanakah mereka akan di hargai oleh kerajaan. Dengan cara ini kerajaan tidak perlu risau lagi dengan desakkan pembangkang untuk menurunkan harga barang kerana pasaraya milik kerajaan boleh di kawal sendiri oleh Jabatan-Jabatan tertentu yang terdapat di dalam negeri-negeri di seluruh Malaysia seperti Pasaraya Giant dan Tesco..... Seterusnya pada ketika itu lah akan terbukanya mata para-para pembekal yang selalu mengugut kerajaan untuk menaikkan harga barangan mereka kerana mereka pasti akan berlumba dengan pasaraya milik kerajaan untuk memberikan harga terbaik bagi menarik pelanggan ke kedai mereka. Jika kerajaan bijak dalam nenangani isu penyeludupan maka "tanjong sempoi" ingat pengeluaran beras dalam negara mencukupi untuk menanggung penduduk Malaysia yang bilangannya 17 juta lebih. Dan jika tuntutan dari pembekal untuk menaikkan harga beras maka kerajaan haruslah melihat pula harga padi yang ketika ini amat rendah harganya kerana untuk menghasilkan beras haruslah membeli padi terlebih dahulu. Maka kedudukan pesawah yang kebanyakkan nya masyarakat melayu juga harus di lihat oleh kerajaan jika berhasrat untuk merampas kembali negeri Kedah yang di kenali sebagai negeri 'jelapang padi' pada PRU ke 13 nanti. Cubalah kerajaan Malaysia menilai pandangan yang di berikan oleh "tanjong sempoi" ini, jika dirasakan bernas maka bertindaklah segera jika tidak abaikan sahaja manalah tahu pada PRU ke 13 nanti kerajaan akan kehilangan negeri yang ketujuh, kelapan atau kesembilan dan seterusnya kepimpinan negara di ambil oleh kerajaan pembangkang.... Fikir-fikirkanlah!!!
Seterusnya setelah dengan panjang lebarnya penerangan yang di buat oleh Menteri Penerangan maka selepas itu Y.A.B Perdana Menteri pula yang memberi penjelasan mengenai isu minyak dan harga barang, katanya harapan beliau menteri yang di amanahkan dan di pertanggungjawabkan akan dapat menyelesaikan isu yang di bangkitkan oleh pengguna. Selepas berakhirnya ucapan dari Y.A.B Perdana Menteri maka di adakan satu sesi dialog di antara Perdana Menteri selaku Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO dan ketua-ketua UMNO cawangan dari seluruh Pulau Pinang.
"Tanjong Sempoi" hanya mengambil pandangan yang di anggap bernas bagi membantu orang melayu saja di siarkan di sini!!!!!!!
Wakil Dari UMNO Bahagian Permatang Pauh...
Beliau berasa kesal dengan sikap Ketua-ketua UMNO Bahagian yang terdapat di seluruh negeri ini yang terlalu Sombong, Duit Peruntukkan Masuk Perut Sendiri dan isu semasa tidak di bincangkan secara mendalam dengan peringkat akar umbi....... Dan beliau juga menyarankan agar Pucuk Pimpinan di setiap Bahagian Di negeri Pulau Pinang Ditukarkan Segera atau semasa pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.......
Wakil UMNO Bahagian Jelutong
Beliau memberi teguran kepada Presiden UMNO dan Setiausaha Agung bahawa cawangan-cawangan lama yang ahlinya masih membayar yuran harus di buka semula dan di kekalkan kerana ketika ini Parti Keadilan Rakyat sedang dengan rakus mengutip ahli UMNO untuk menjadi ahli PKR, tidakkah perkara ini disedari oleh Presiden dan Setiausaha Agung UMNO dan usaha untuk memulihkan Bahagian Jelutong harus disegerakan oleh kepimpinan Parti.
Wakil Bahagian Tanjong
Beliau menyarankan agar Presiden UMNO tidak secara berterusan membincangkan isu semasa kerana ketika ini yang lebih penting adalah usaha untuk memulihkan semangat orang melayu supaya mereka mendekati UMNO, beliau juga menyarankan agar kepimpinan UMNO yang ada kini perlu memandang kedepan dalam usaha memajukan semula UMNO dan memperkasakan UMNO. Beliau juga menyarankan agar diselesaikan segera masalah yang melanda negeri Pulau Pinang ketika ini. Pandangan wakil dari tanjong ini juga sama dengan wakil Bahagian Permatang Pauh yang meminta agar Kepimpinan Bahagian di negeri Pulau Pinang di lakukan rombakan dengan cara besar-besaran.
Wakil Bahagian Bukit Bendera
Beliau menyatakan bahawa Bahagian Bukit Bendera menyokong penuh kepimpinan Presiden Parti dan berharap agar Presiden Parti lebih tegas dalam menangani isu negara dan selalu turun padang berjumpa dengan kepimpinan Cawangan bagi mendekatkan lagi Presiden UMNO dengan pemimpin-peminpin Cawangan.
Ketua Wanita Bahagian Bagan
Meminta Presiden UMNO menukar penasihat-penasihat yang sering memberi pandangan yang tidak tepat dan sering menimbulkan masalah dalam UMNO. Proses pertukaran Penasihat Presiden UMNO harus disegerakan demi mengembalikan kestabilan dalam Parti UMNO yang menunjangi kekuatan masyarakat melayu.
Selepas berakhirnya sesi dialog itu di adakan pula sesi bergambar bersama Ketua-ketua cawangan dan Ketua-ketua Bahagian Masing-masing.. Dan dari sumber yang rapat dengan Tanjong sempoi memberitahu hanya 12 sahaja daripada 16 ketua cawangan yang hadir dalam pertemuan itu bergambar bersama Presiden UMNO ini termasuklah Ketua Bahagian Tanjong. Yang menjadi persoalan kepada "tanjong sempoi" kemanakah perginya baki 15 lagi Ketua UMNO Cawangan daripada 31 cawangan yang ada di dalam Bahagian Tanjong? Apakah rombakan juga perlu di lakukan bagi kalangan pemimpin cawangan?..... Setakat Ini dari Tanjong Sempoi...... Akan datang pula.... Apakah Persatuan Melayu di Pulau Pinang Berfungsi Membantu Melayu?..... Tungu Keluarannya...........

Bersatu Demi Masa Depan Melayu.....

Alhamdulillah, setelah blog "tanjong sempoi" di buka bermacam-macam pendapat dan komen yang telah di terima oleh "tanjong sempoi", ada yang memuji, mengeji tak kurang jug yang mencaci.... Namun jika seperti yang "tanjong sempoi" lihat kebanyakkannya memberi semangat kepada "tanjong sempoi", maka "tanjong sempoi" akan terus melakukan tugas yang telah di amanahkan oleh masyarakat melayu di tanjong yang kini amat dahagakan perubahan... Walaupun dari satu sudut ada yang mengatakan bahawa Ketua Bahagian mereka di tanjong, hebat, bagus, tanjong sempoi tidak dapat nafikan kerana mungkin ianya hanya bagus atau baik untuk insan yang mengelarkan dirinya 'tanjong hebat' kerana mungkin ia telah di suapkan dengan projek-projek mewah bagi dijadikan hamba untuk mempertahankan Ketua Bahagian beliau... Namun haruslah kamu melihat orang di sekeliling kamu yang masih ketinggalan dalam segi ekonomi dan kemajuan diri.....
Seperkara yang "tanjong sempoi" lihat adalah Ketua Bahagian Tanjong memang hebat jika dari segi percakapan kerana seingat "tanjong sempoi" dalam ucapan perasmian beliau satu ketika dahulu ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong, beliau dengan bersemangat berkata akan menarik masyarakat melayu tanjong yang telah berjaya dan menetap di Kuala Lumpur untuk pulang ke tanjong bagi memajukan semula Bahagian Tanjong dan masyarakat melayu yang dilihat semakin jauh di tinggalkan oleh masyarakat dari bangsa lain..... Namun apakah kata-kata yang di ungkapkan oleh beliau kini berjaya di laksanakan? Atau kepulangan masyarakat melayu yang berjaya nanti akan memberikan kemewahan yang berterusan untuk beliau? Mungkin ahli-ahli UMNO yang terdiri dari perwakilan akan merasa bosan dengan ucapan beliau kerana jika ketika itu sedang berlaku sesuatu isu yang menarik beliau akan memberi komen yang boleh dikatakan 'mengarut' untuk di perbincangkan di peringkat perwakilan......
Tidak di nafikan juga setiap kali adanya mesyuarat perwakilan bahagian, beliau tidak akan terlepas dihentam dan dilanyak dengan bermacam-macam perkara oleh perwakilan beliau.... Adakah ini akan berterusan sehingga apabila tiba saat dan ketika nanti akan hanya tinggal Ketua Bahagian dan kroni-kroninya saja dalam UMNO Bahagian Tanjong dan ketika itu masyarakat melayu akan merempat di sekitar tanjong dek kerana ketamakkan ketuanya? Dan kepada insan yang mengelarkan dirinya 'Tanjong Hebat' segeralah anda sedar bahawa Ketua Bahagian anda tidak akan terus selamnya berada di atas kerana yang kekal hanya Allah S.W.T, makhluknya hanya di pinjamkan kedunia ini untuk merasai apa itu erti kehidupan dan akan di uji dengan bermacam-macam dugaan..... Kembalilah anda ke pangkal jalan... Janganlah mengampu insan yang akan menghilangkan bangsanya sendiri di bumi tercinta Pulau Pinang dan Tanjong..... Bersatulah demi masa depan Melayu dan pelajarilah bagai mana menilai ketua yang bagus dan hebat sebelum memuji seseorang itu..... Sekian...............

Friday, May 2, 2008

Terima Kasih Pembaca dan Komen anda.....

Salam hormat dalam salam bertemu kembali dalam "tanjong sempoi". Disini kami dari "tanjong sempoi" ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada semua pembaca dan komen yang telah di berikan oleh para pembaca, ia akan di jadikan 'pemangkin' kepada 'semangat' kami di "tanjong sempoi" untuk melaporkan isu-isu semasa yang menarik untuk di perbincangkan dalam blog "tanjong sempoi" ini. Untuk perhatian pembaca blog "tanjong sempoi", kami akan meningkatkan lagi 'perkhidmatan' kami di "tanjong sempoi" demi memberi kepuasan 'maksima' kepada pembaca yang diharapkan akan menyebarkan blog ini kepada ahli-ahli tanjong atau pencinta blog di pulau pinang khususnya dan malaysia amnya. Kami juga akan menyediakan berita-berita terkini mengenai apa yang berlaku di dalam tanjong dan juga keseluruhannya di malaysia. Tanjong sempoi juga akan mengadakan laman 'chating' sedikit masa lagi bagi membincangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam UMNO.
Kepada pembaca blog yang ingin mengenali identiti pemilik blog ini, ia di hasilkan atas kesedaran kami untuk memastikan masyarakat melayu di Pulau Pinang terus menduduki bumi tercinta mereka. Pemilik blog ini adalah salah seorang orang melayu di Pulau Pinang yang peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam UMNO di Pulau Pinang. Di lahirkan di tanjong dan di besarkan di tanjong. "Tanjong sempoi" juga bukanlah orang baru dalam bidang penulisan cuma sudah lama tidak menulis dan kini sudah berkarat sikit dalam penulisan. Pernah menjadi ahli dalam Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) dan ahli Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan menjadikan Bekas Editor Berita Harian Pulau Pinang Allahyarham Zainal A. sebagai "idola" dan "guru" yang membawa "tanjong sempoi" dalam "bidang penulisan". "Tanjong Sempoi" juga pernah terpilih 'mewakili' Malaysia dalam Perhimpunan Penulis-Penulis Remaja Peringkat Asean yang diadakan Pada Tahun 1996 di Acheh, Indonesia. Pernah mendapat pendidikan daripada penulis-penulis terkenal seperti Tan Sri Dr. Ismail Hussein, Prof. Datuk Abdul Latiff, Othman Puteh, Rahman Shaari, Puan Zurinah Hassan, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan ramai lagi.
Atas usaha dan inisiatif juga selepas di lihat masalah-masalah yang berlaku dalam UMNO sehingga Barisan Nasional hilang pengaruh pada PRU-12, maka timbulah minat tanjong sempoi untuk berkarya semula walaupun kali ini bukan lagi dalam bidang kesusasteraan tetapi untuk mewujudkan blog ini bagi mengendalikan isu-isu semasa. Tujuan tanjong sempoi mengujudkan blog ini juga bukan berniat untuk menghentam sesiapa, cuma ingin mencari kebenaran yang dilihat semakin terhakis dalam sikap orang melayu di Pulau Pinang sehingga untuk menyuarakan sesuatu perkara yang sebenar pun di sekat oleh pihak-pihak tertentu. Dengan terciptanya blog ini maka tanjong sempoi mengharapkan agar ahli-ahli UMNO atau penduduk tanjong dan pulau pinang dapatlah meluahkan isi hati yang selama ini terpendam. Biarlah tanjong sempoi menjadi tempat untuk para pemimpin-pemimpin mempelajari bagaimana untuk memenangi hati orang-orang bawahan kerana harus diingat, orang bawahan juga mempunyai pandangan dan teguran yang boleh di terima pakai untuk digunakan bagi memajukan masyarakat melayu di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.
Kepada anda yang ingin menghantar 'komen' lebih elok rasanya anda meletakkan 'nama' anda atau 'nama samaran' bagi memudahkan kerja kami di "tanjong sempoi" untuk mengenali anda. Diharapkan kepada yang ingin mengenali identiti "tanjong sempoi", ini sajalah serba sedikit tentang "tanjong sempoi".....
Bertemu lagi dengan isu yang akan di paparkan dalam pertemuan antara Y.A.B Perdana Menteri dengan semua Ketua-ketua UMNO Cawangan-cawangan yang akan berlangsung pada 3hb Mei 2008 jam 2.30 petang di PWTC. Mari kita lihat bagaimana lakonan dan gelagat yang akan diberikan oleh Y.Bhg Datuk Ketua UMNO Bahagian Tanjong jika beliau menghadiri perjumpaan dan ketua-ketua UMNO cawangan dari seluruh negeri Pulau Pinang yang menghadiri perjumpaan ini..... Laporan perjumpaan ini akan di siarkan secepat mungkin........