Friday, June 27, 2008
Penerbitan Di Hentikan Seketika.....
Saturday, June 14, 2008
Jangan Sombong dan Bongkak.....
Bagi tanjong sempoi makhluk ni boleh dilaknat tuhan kerana kesombongan beliau dalam berbicara. Dan satu lagi yang menarik minat tanjong sempoi apabila makhluk ini mengatakan bahawa tanjong sempoi ni bacul, mungkin makhluk ni lebih bacul dari tanjong sempoi kerana hantar komen pun guna 'anonymous'. Harap jawatan saja tinggi tapi komen pun tak bagi identiti macam mana nak jadi pemimpin. Kalau jadi pemimpin pun lingkup masyarakat yang ada. Dan dia ni pun makhluk yang tak reti baca kata tanjong sempoi tak bagi identiti, sebab seingat tanjong sempoi dalam 'posting' yang lalu ada tanjong sempoi ceritakan mengenai latar belakang tanjong sempoi. Maklumlah makhluk ni kan budak despatch mana reti nak baca sangat.
Ada lagi seorang ni pulak dia kata dia tinggalkan cawangan sebab 'prinsip'. Kalau tak silap tanjong sempoi dia ni yang tanjong sempoi katakan 'kambing hitam'. Tanjong sempoi nak tanya apa yang dia tau pasal prinsip. Prinsip untuk menipu orang ada la. Lagi satu kalau nak buat sesuatu mesti mau nama. Jangan di sebut pasal prinsip kalau tak tahu nak menyatakan apa yang benar-benar prinsip. Sifat suka mengata, mengumpat, mencaci beliau kata itu prinsip, lupakanlah pasal perjuangan, sebab sifat yang tak elok ini adalah sifat 'syaitan'. Lagi satu tanjong sempoi ingin menyatakan bahawa tanjong sempoi ni bukan nak jaga tepi kain orang sebab tanjong sempoi ingin menyelamatkan masyarakat melayu yang ada di dalam tanjong dari terus di tipu oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa ini.
Kepada mereka berdua ini jangan lah hanya hidup untuk menipu orang, jadilah insan yang berguna kepada masyarakat, jangan kerana pangkat dan jawatan tinggi anda telah merasakan anda bagus kerana di dunia ini tidak ada yang kekal dan hebat melainkan allah yang satu. Kembalilah kepangkal jalan!!!!
Wednesday, June 11, 2008
Pemuda Yang Lemah....
Cuba renungkan sejenak wahai pemuda tanjong, jika anda semua masih ingat pada tahun 2004 selepas beliau berjaya mengalahkan lawannya dalam ucapan pertama beliau di berjaya Hotel lebih kurang jam 10.30 malam ketika itu bunyinya begini, "Syukur kerana akhirnya saya berjaya di pilih menjadi ketua pergerakan pemuda UMNO bahagian tanjong. Saya harap kita akan dapat rapatkan semula barisan yang di lihat sudah berpecah ini, saya juga akan memastikan Pergerakan pemuda UMNO Bahagian tanjong akan sentiasa ke depan dalam memastikan perjuangan kepimpinan yang lalu terus di perjuangkan, dan saya juga akan memastikan Ketua Menteri Pulau Pinang (ketika itu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon) akan datang berjumpa dengan pemuda UMNO tanjong dan seterusnya memastikan beliau memeluk islam dan kita akan 'sunatkan' kan dia". Masihkah ahli Pemuda Tanjong ingat akan kata-kata itu? Bukankah dengan bercakap seperti itu di depan wakil pemuda sudah boleh di katakan janji? Namun berjayakah Haji ini melaksanakannya?
Seperkara lagi yang ingin tanjong sempoi katakan adalah semasa pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi, pilihlah ketua pemuda yang boleh memimpin pemuda lebih kedepan. Jangan lah anda tersalah memilih pula pemimpin yang sama macam 'Haji' ni. Nanti makin bertambah binasa lah pemuda UMNO bahagian tanjong. Pesanan tanjong sempoi ini jika tidak dihiraukan maka satu ketika nanti UMNO akan dilihat semakin lemah dan tidak lagi dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber. Maka di tanjong ini akan berkuburlah UMNO yang ketika ini makin tenat.
Monday, June 2, 2008
Bersedia Untuk Didakwa........
Salam bertemu dalam tanjong sempoi. Apa yang akan tanjong sempoi perkatakan Ini masih berkaitan dengan masyarakat melayu. Apa yang menghairankan tanjong sempoi, sehingga kini masyarakat di sekeliling kita masih bersikap hipokrit dengan keadaan politik di Malaysia ini. Jika dilihat selepas pilihanraya ke 12 ini masyarakat melayu khususnya masih mengambil sikap sambil lewa dengan keadaan semasa yang berlaku. Apa yang dapat tanjong sempoi coretkan disini adalah sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang kelihatan masih untuk menjaga kepentingan peribadi mereka dan bersandiwara dengan ahli UMNO dan masyarakat melayu di Malaysia ini.
Ketika ini badut-badut politik masih membincangkan mengenai kemelut yang melanda dalam UMNO. Apakah kita sebagai ahli UMNO harus dipermainkan untuk kepentingan politik mereka? Dan apakah kita masih mahu diri kita ditipu oleh pemimpin-pemimpin UMNO? Bukankah mereka ini kita yang angkat sebagai pemimpin? Dan bukankah dengan kuasa ahli-ahli UMNO juga mereka ini akan jatuh tersungkur? Sebagai contoh yang paling dekat ketika ini, apakah dapat kita lihat Ketua-ketua UMNO Bahagian-Bahagian di Malaysia ini datang berjumpa dengan ahli-ahli akar umbi bagi memberi penerangan kepada mereka ini semua. Bukankah mereka masih angkuh dengan sifat ego mereka yang tinggi. Sebagai contoh yang paling dekat jika kita lihat ketua Umno bahagian tanjong, apakah pengorbanan beliau yang paling besar di buat untuk ahli-ahli tanjong. Beliau masih tergilakan jawatan di PPSB kerana beliau masih yakin bahawa beliau mempunyai pengaruh dalam politik. Apakah tidak di fikirkan oleh beliau sepanjang beliau menerajui PPSB itu berapa banyak kerugian yang di alami. Manakan tidak mengalami kerugian pada pemahaman tanjong sempoi beliau bukan seorang ahli perniagaan yang tahu mengusahakan syarikat untuk berjaya, yang beliau tahu hanya untuk menjaga perut beliau sahaja. Ketika ini juga beliau di lihat sedang melobi untuk kekalkan jawatanKetua UMNO bahagian kerana dari sumber yang tanjong sempoi dengar beliau tergilakan jawatan sebagai ‘Senator’ yang di katakan menjadi milik tanjong selepas ini. Bukankah ini dinamakan politik peribadi?
Ahli-ahli UMNO tanjong pada saranan tanjong sempoi ahli-ahli perlu mengambil tindakan drastik untuk menurunkan Ketua Bahagian ini dari menjawat sebarang jawatan dalam UMNO atau syarikat milik kerajaan. Dan tanjong sempoi juga sarankan agar ahli-ahli UMNO tanjong membuat laporan ‘polis’ di atas salah guna kuasa sepanjang beliau menjawat jawatan beliau sebagai Ketua Bahagian selepas beliau diturun dan tidak lupa juga laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), supaya tindakan undang-undang dapat di ambil kepada beliau. Biar penyelewengan yang beliau lakukan selama ini dari segi pemberian tanah untuk pembangunan orang melayu, isu penyalahgunaan wang dari yayasan Tekun, dan yang paling utama sekali kembalikan hak milik Rumah UMNO Bahagian Tanjong kepada UMNO tanjong dari terus di kuasai oleh yayasan tanjong. Janganlah kita ditipu lagi dengan sandiwara beliau yang dilihat semakin nazak untuk mempertahankan jawatan beliau. Biar ketua bahagian tanjong ini tahu bagai mana hidup menderita selepas sekian lama menipu bangsa sendiri. Kepada cawangan-canwangan yang masih menerima habuan dari hasil penyalahgunaan kuasa ketua bahagian tanjong, kembalilah kepangkal jalan kerana kemungkinan anda juga boleh di heret sekali kemuka pengadilan. Bersatulah demi untuk mengajar pengkhianat parti dan bangsa ini untuk menuju kejalan yang boleh di anggap sebagai pencetus era baru politik melayu dalam bahagian tanjong ini.
Dan buat Ketua UMNO Bahagian Tanjong Bersedialah anda untuk didakwa, jika hari ini anda terlepas di dunia mungkin di akhirat nanti anda akan terima balasan yang lebih teruk. Turunlah anda dari kerusi yang anda duduki sekarang ini dan perbanyakkanlah ibadat supaya anda lebih bersedia apabila anda di soal oleh malaikat mungkar dan nangkir….Wallahhualam……..