Tuesday, July 29, 2008

Suara Peralihan Kian Kedengaran..........

Salam hormat dan salam bertemu kembali dalam ruangan blog tanjong sempoi. Mungkin sudah lama tanjong sempoi tidak menulis dalam blog ini kerana kesibukan yang tidak terhingga. Jadi di kesempatan hari ini tanjong sempoi ingin juga coretkan seketika mengenai pemilihan yang berlangsung mingu lepas. Apa yang kelihatan kini suara peralihan makin dirasai oleh Ketua Bahagian Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajar, manakan tidak kerana pencalonan yang di terima oleh beliau setakat ini hanya 10 dan pesaingnya pula 8. Jadi kepada Datuk Ahmad Ibni Hajar fikir-fikirkanlah untuk mempertahankan jawatan anda. Bukan aper tanjong sempoi rasakan yang beri pencalonan kepada Datuk Ahmad Ibni hajar ni pun bukan kerana mereka suka tetapi di sebabkan terhutang budi dengan beliau. Kalau tidak manakan dia boleh memperolehi pencalonan yang agak tipis dengan pencabarnya.

Mungkin juga jika kita lihat dari pencalonan yang di buat oleh Cawangan Kampung Deli di mana ketuanya Cikgu Md Ali tidak memberikan pencalonan kepada sesiapapun ini menunjukkan orang lama seperti beliau telah muak dengan sikap ketua bahagian yang ada sekarang ni. Tanjong sempoi juga ingin menyarankan agar Datuk Ahmad Ibni Hajarmengambil pendekatan yang sama dengan Datuk Rashid Abdullah bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak lagi mempertahankan jawatannya kerana pada pandangan tanjong sempoi, adalah elok kiranya di berikan kepada pemimpin baru. Jadi tanjong sempoi tidak mahu mengambil masa yang lama kali ini kerana banyak kupasan yang akan tanjong sempoi buat dalam masa terdekat ini mengenai pemilihan UMNO Tanjong.

Jadi tanjong sempoi juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menghantar email kepada tanjong sempoi. Apa yang penting hasrat dan perjuangan kita adalah sama demi memartabatkan kembali UMNO keperingkat yang pernah di lalui satu ketika dahulu. Kepada semua komentar juga tak ketinggalan tanjong sempoi ucapkan tahniah atas perjuangan yang tak pernah jemu. Jadi harapan tanjong sempoi, bersatulah demi melaksanakan peralihan yang diimpikan. Kepada Datuk Ahmad Hajar berilah peluang kepada mereka yang benar-benar layak menjadi ketua memegang jawatan itu. Janganlah terlalu tamakkan kuasa sehingga terlupa akan tangungjawab anda Kepada Datuk Ahmad Kabeer perjuangan yang berliku menanti orang yang benar, jangan tunduk atau mengalah kepada desakan yang di terima. Beri peluang kepada akar umbi melaksanakan pemilihan yang mereka mahu. Insyallah jika anda mampu menangkis setiap serangan yang di buat tanjong sempoi pasti kemenangan berpihak kepada anda. Sekian.....

Friday, July 25, 2008

Wajarkah UMNO bagi peluang kepada pemimpin beraspirasi macam Mike Tyson?

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Hj Muhammad Taib hari ini mengumumkan bahawa akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 16-20 Disember ini.

Laporan The Star:

Tuesday July 22, 2008 MYT 4:47:08 PM

Mat Taib goes for VP post

By EDWARD RAJENDRA

http://www.thestar.com.my/images/video.gifMuhammad Taib: I am running for Umno vice-president post

SHAH ALAM: Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib will contest the vice-president’s post in the coming party polls in December.

“On an official note and with much gladness, I offer my self as a challenger for the vice-president’s post in the upcoming Umno General Assembly from Dec 16-20,” he said at a press conference held at the Umno Selangor building here on Tuesday.

The Rural and Regional Development Minister added that his decision was made with a strong desire to strengthen Umno to face an extraordinarily testing time, amid new political challenges.

“For me it will be an avenue to give undivided support to Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak,” he said.

Muhammad Taib, Selangor Mentri Besar from 1986 to 1997, said he wanted to ensure that Malays got priority in development programmes.

**************************

Beliau yang dilantik sebagai Senator, kemudian diambil kedalam Kabinet selepas Pilihanraya Umum ke XII sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pernah menjawat jawatan Naib Presiden UMNO sebelum ini, bermula 1993 sehingga 2000. Beliau merupakan salah seorang dari regu “Team Wawasan” semasa Mantan Timbalan Presiden UMNO dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim mencabar En. Abdul Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan PAU 1993.

Mike Tyson telah diminta melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada April 1997 apabila beliau ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane kerana membawa wang berjumlah melebihi AUD 2 juta pelbagai matawang dan menyalahi undang undang Australia. Beliau juga diminta mengambil cuti dari jawatan sebagai Naib Presiden UMNO kerana menghadapi kes ini. Beliau kemudianya dibebaskan kerana Mahkamah mendapati beliau tidak fasih berbahasa Inggeris.

Sebelum itu, Mike Tyson juga pernah menimbulkan kontroversi peribadi yang menjadi bahan perbualan ramai apabila baginda Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ketika itu murka kerana MB Selangor ini mengahwini puteri baginda secara berahsia.

Apakah dalam keadaan rakyat tidak mempunyai keyakinan tinggi, yang ditafsirkan sebagai undi merosot kepada UMNO dan BN dalam PRU 12, sesuai UMNO mengangkat seorang pemimpin yang mempunyai rekod seperti demikian sebagai salah satu jawatan pewaris Kepimpinan UMNO itu?

Tepuk dada, tanya selera!

*Di petik dari sumber bigdogdotcom

Thursday, July 24, 2008

GUNA FASAL 17.5.1, 14.5.3 DAN 14.5.4, Untuk Selamatkan UMNO........

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum insaf bahawa UMNO mutakhir ini sedang menempah saat-saat kemusnahannya. Sebab itulah pada 20 Julai 2008, Abdullah dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata bahawa "formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman."

Kenyataan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang tersalah anggap. Kalau tidak, mana mungkin seluruh 32 cawangan UMNO dalam Bahagian Gua Musang dengan sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini?

Kalau tidak, mana mungkin satu cawangan dalam UMNO Bahagian Pekan juga membuat usul yang sama? Jika tidak disekat oleh pihak-pihak tertentu, pasti banyak lagi usul seperti ini akan diluluskan di peringkat cawangan di seluruh negara.

Tetapi, biarlah Abdullah seronok sendiri kerana inilah ciri-ciri pemimpin yang sentiasa dilanda sindrom penafian – kenyataan-kenyataannya tidak mencerminkan realiti di peringkat akar umbi.

Fasal 17.5.1

Dalam pada itu, Persidangan Cawangan UMNO yang sudah bermula hujung minggu lalu wajar menghasilkan strategi komprehensif untuk menyelamatkan parti yang sedang dilanda krisis kepimpinan dan krisis keyakinan yang amat serius di peringkat tertinggi.

Persidangan Cawangan perlu menggunakan Fasal 17.5.1 yang memberikan kuasa kepada warga akar umbi untuk "membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian" dengan sebaik-baiknya demi UMNO, agama, bangsa dan tanahair.

Gunakanlah Fasal 17.5.1 ini untuk Persidangan Cawangan mengemukakan usul ke peringkat bahagian masing-masing berkaitan usaha-usaha menyelamatkan UMNO.

Satu daripada usul cawangan yang amat relevan pada waktu ini ialah mencadangkan supaya bahagian masing-masing tidak mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO. Calonkanlah siapa sahaja asalkan bukan Abdullah. Usul ini bolehlah digubal seperti berikut:

Usul Pertama:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mengusulkan kepada UMNO Bahagian Pulau Buluh untuk menggunakan Fasal 14.5.4 supaya tidak mematuhi formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selaras dengan ini, UMNO Bahagian Pulau Buluh hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO. (Namakan calon-calon pilihan masing-masing.)

Jika usul di atas didapati kurang sesuai, satu lagi usul yang relevan untuk dikemukakan oleh Persidangan Cawangan kali ini adalah mendesak bahagian masing-masing mengemukakan usul ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 untuk memendekkan tempoh peralihan kuasa itu kepada 1 Januari 2009.

Alasannya, semakin lama Abdullah memimpin UMNO, semakin ramai orang hilang keyakinan terhadap beliau, UMNO akan hancur dan BN mungkin akan kehilangan kuasa secara total dalam PRU13. Usul yang dicadangkan bolehlah digubal seperti ini:

Usul Kedua:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mendesak UMNO Bahagian Pulau Buluh menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat PAU 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Oleh itu, warga UMNO akar umbi buatlah keputusan muktamad, usul manakah yang sesuai untuk diketengahkan kepada bahagian masing-masing kali ini.

Jika pilihannya adalah usul yang pertama seperti di atas, warga UMNO cawangan tidak perlu takut. Keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu terus diberikan kepada penyandangnya ketika ini – Abdullah dan Najib – tidak perlu dipatuhi kerana ianya tidak berasaskan perlembagaan parti.

Perlu Berani:

Jika dipilih usul yang kedua seperti di atas, warga UMNO akar umbi juga berhak meminda tempoh peralihan itu.

Pokoknya, warga UMNO akar umbi perlu berani dalam membuat salah usul di atas kerana matlamat utama kedua-dua usul cadangan berkenaan adalah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.

Oleh itu, Persidangan Cawangan kali ini perlu berani mencabar peringkat bahagian masing-masing dengan mengemukakan salah satu usul di atas. Jika tidak, perwakilan cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian bolehlah memilih barisan baru untuk memimpin bahagian masing-masing bagi memenuhi aspirasi warga akar umbi!

Jika bahagian masing-masing gagal memenuhi usul cadangan yang pertama seperti di atas, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula boleh menggunakan Fasal 14.5.4 untuk "mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi."

Fasal 14.5.3.Dan 14.5.4

Berasaskan Fasal 14.5.4 ini Perwakilan Bahagian boleh membantah jika pihak bahagian masing-masing masih terus mahu mencalonkan semula Abdullah sebagai Presiden UMNO. Jika bantahan ini menerima sokongan, ianya terpaksa diputuskan menerusi pengundian. Jika menerima undi sokongan daripada majoriti perwakilan, bahagian terpaksalah akur dengan keputusan berkenaan – tidak mencalonkan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO.

Jika usul cadangan yang kedua seperti di atas mengenai memendekkan tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib juga tidak dipedulikan oleh peringkat bahagian, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian boleh menggunakan Fasal 14.5.3 yang memberikan kuasa untuk "membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung."

Menerusi kuasa dalam Fasal 14.5.3 ini, cadangkanlah usul mendesak bahagian masing-masing mendesak PAU 2008 memendekkan tempoh peralihan kuasa mulai 1 Januari 2009.

Huraian dua contoh di atas membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Dan, jalan yang terbuka dalam konteks ini adalah jalan yang diizinkan oleh Perlembagaan UMNO.

Selamat bersidang dan selamat majujaya dalam menyelamatkan UMNO dari kehancurannya.

*Di petik dari sumber orgtanjung@gmail.com

Jumpa Lagi..............

Tuesday, July 22, 2008

Pembetulan........

Tanjong sempoi ingin memohon maaf di atas laporan yang di buat mengenai Pencalonan untuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong. Kesilapan ini telah di maklumkan oleh seorang rakan tanjong sempoi di dalam email tanjongsempoi@yahoo.com. Maklumat anda akan tanjong sempoi rahsiakan. Terima Kasih Saudara..................... Sila lihat kembali jumlah pencalonan di posting Minggu Yang Mengejutkan.........

Tindakan Yang Terlambat......

Salam hormat dan salam bahagia di ucapkan buat semua pembaca tanjong sempoi. Tanjong sempoi di fahamkan pada jam 3.00 petang tadi di adakan satu sidang media berkaitan Penggunan Papan Tanda Jalan Dalam Bahasa Cina yang di buat oleh Pemuda UMNO Bahagian Tanjong. Dari sumber yang tanjong sempoi dapat sidang media yang di buat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Haji Saharudin tidak mendapat sambutan dari kalangan ahli Pemuda UMNO Tanjong. Mungkin dari pandangan tanjong sempoi tindakan itu telah terlambat kerana Penggunaan itu telah lama di cadangkan oleh Parti Gerakan dan bukan kerana Kerajaan Negeri yang baru. Dan tanjong sempoi juga di fahamkan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hanya meluluskan sahaja penggunaan tersebut.
Apa yang membingungkan tanjong sempoi, kenapa tindakan membantah ini tidak diambil dari dahulu? Mengapa kini baru ada kesedaran dari kalangan Pemuda UMNO dalam Tanjong? Apakah kerana dulu Pemuda UMNO hanya mengikut telunjuk Parti Gerakan yang di ketuai oleh mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon? Atau Apakah kerana Ketua Pemudanya yang lembik itu ingin mendapatkan pengaruh dari ahli UMNO tanjong disebabkan beliau ingin bertanding? Mungkin jawapannya ada di tangan ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong. Jadi fikirkanlah apa yang patut di lakukan kepada Ketua Pemuda Bahagian Tanjong.
Ingatlah pesanan orang tua "nasi kalau sudah jadi bubur tiada gunanya". Jadi saranan tanjong sempoi, tindakan Haji Saharudin ini hanya inginkan glamour di kalangan ahli Pemuda dan ahli UMNO tanjong. ingat pesanan tanjong sempoi, lain kali 'sediakan payung sebelum hujan' kalau hujan dah turun dan dah basah tak guna dah nak pakai payung. Nak berjuang untuk pemuda pun tak boleh, kini nak tunjuk teror kat masyarakat Malaysia pulak. Ambik cermin tengok muka sendiri dulu sebelum buat sidang media. Takut kena kat batang hidung sendiri, samalah macam Datuk Ahmad Ibni Hajar pasai isu Melayu Terpinggir............ Sekian berjumpa lagi!!!!!!!!!!

Monday, July 21, 2008

Minggu Yang Mengejutkan.......

Salam hormat dan salam bahagia tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca yang tak pernah jemu untuk membaca coretan yang tanjong sempoi buat ini. Para pembaca budiman dalam laporan pertama tanjong sempoi hari khamis yang lalu tanjong sempoi telah sebutkan tentang kejutan yang di buat oleh orang kuat Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar yang ternyata mengejutkan semua pihak. Untuk makluman semua pembaca setia blog ini, dari rangkuman yang yang akan dibuat oleh tanjong sempoi hari ini mengenai pemilihan peringkat cawangan dalam minggu pertama ini mungkin dapat membuka mata banyak pihak terutama sekali Ketua Bahagian tanjong yang sebelum ini dilihat memperlekehkan hasrat Y.Bhg Datuk Kabeer yang menawarkan diri bagi menandingi kerusi Ketua Bahagian Tanjong. Mungkin sentimen mamak yang di mainkan oleh Datuk Ahmad Ibni Hajjar tidak lagi relevan kerana beliau turut mencalonkan mamak bagi kerusi ketua pemudanya.
Pembaca yang di hormati ketika ini angin perubahan sedang bertiup kencang di dalam Bahagian Tanjong. Mungkin ini telah menunjukkan kematanggan bagi ahli-ahli UMNO di dalam bahagian tanjong yang selama ini hanya mengikut telunjuk Ketua Bahagian mereka sahaja. Dalam 17 Cawangan yang bersidang sejak Khamis lalu hinggalah ke hari Ahad, Datuk Ahmad Ibni Hajjar hanya mendahului dengan 1 pencalonan sahaja dimana ketika ini Ketua Bahagian sudah memeperolehi 9 pencalonan dan Datuk Ahmad Kabeer telah memperolehi 8 pencalonan. Ini telah membuktikan bahawa telahan yang di buat oleh Datuk Ahmad Ibni Hajjar yang selama ini bahawa Datuk Ahmad Kabeer mempunyai 2 Cawangan sahaja dan tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi adalah semata untuk menyakinkan dirinya bahawa beliau masih berkuasa.
Tanjong sempoi juga rasakan mesyuarat yang di jalankan oleh Cawangan yang memberi pencalonan kepada Datuk Ahmad Ibni Hajjar ini boleh di batalkan kerana mesyuarat yang di jalankan tidak mencukupi Korum. Jadi kepada team Datuk Kabeer bolehlah membuat siasatan kerana penipuan yang mereka lakukan ini boleh menyebabkan ahli-ahli UMNO semakin hilang percaya kepada UMNO.
Jadi Datuk Ahmad Ibni Hajjar dan Datuk Ahmad Kabeer Nagore telah cukup pencalonan bagi melayakkan mereka bertanding Jawatan Ketua Bahagian Tanjong. Bagi kerusi timbalan Ketua UMNO Bahagian satu persaingan yang sengit juga berlaku di antara Penyandangnya Datuk Abdul Ghani dan Y.M Raja Munir di mana kedua-dua calon ini telah melepasi kuota yang di tetapkan oleh UMNO Malaysia, tetapi bagi seorang lagi calon yang ingin bertanding iaitu Tuan Presiden Saudara Fadzil Shuib baru memperolehi 1 pencalonan, itu pun tanjong sempoi ingat pencalonan sesat yang diberikan oleh Cawangan Rangoon. Mungkin kerana kesiankan Tuan Presiden ini, kerana jika beliau tidak langsung dapat pencalonan beliau akan menangis lagi, tapi untuk program apa tanjong sempoi tak tahu lah. Tanjong sempoi rasa 1 pencalonan itu akan kekal sehingga ke tarikh akhir pemilihan peringkat cawangan yang di jangka habis dalam masa 3 minggu lagi. Jadi apa lagi Tuan Presiden Fadzil Shuib, ahli UMNO tanjong pun dah meluat kat Tuan Presiden, angkatlah kaki pi main jauh-jauh, jangan dok menyibuk dah kat tanjong ni. Semua orang dah meluat tengok 'dirty politik' dari tuan presiden. Tapi pesanan tanjong sempoi, jangan lupa bawak sekali Cikgu Pencen kalau Tuan Presiden rasa tak mahu kena bencana Politik dalam tanjong la. Bukan apa dulu Cikgu Pencen iaitu Puan Norjan Hamid pernah berkata, 'takkan ada ahli wanita yang berani mencabar saya'. Cikgu pencen, tanjong sempoi nak bagi tau, inilah bencana kepada orang yang bercakap besar. Tapi apa pun Puan Norjan ni kira hebat jugalah dari Tuan Presiden kerana dia dah dapat 9 pencalonan, (patutlah kalau Puan Norjan suruh tuan presiden ni buat apa pun di ikut) bukan apa kalau Tuan Presiden tak paham bahasa melayu tanjong sempoi nak suruh sahabat karib Tuan Presiden iaitu Saudara Firdaus Abdullah atau di kenali sebagai 'kambing hitam' atau 'penbun' cakap bahasa Tamil. itu pun kalau tak paham tanjong sempoi ingat nak suruh Puan Norjan ajar balik Tuan Presiden ni kat tadika mana-mana. Kalau Tuan Presiden tak paham juga tanjong sempoi tak tau lah nak kata apa lagi. so persaingan untuk kerusi no.2 hanya Datuk Ghani dengan Y.M Raja Munir yang dilihat sama hebat. Tuan Presiden dah tak dak dalam senarai tau wahai ahli UMNO tanjong. Jangan ada pulak Cawangan yang nak buat pandai pi calon Tuan Presiden ni.
Bagi kerusi naib Ketua Bahagian pulak persaingan sengit melibatkan pertandingan 3 penjuru akan berlangsung di antara Datuk Syed Husen, Haji Shaharudin dan Saudara Halim. Ketiga-tiga calon ini telah melepasi kuota pencalonan yang di kehendaki oleh UMNO Malaysia.
Bagi kerusi Ketua pemuda Bahagian pula Saudara Nor Mohamad atau di kenali sebagai 'Md Nor Subaidah' telah memiliki pencalonan yang mencukupi bagi melayakkan beliau bertanding kerusi itu begitu juga dengan Saudara Jefri Salim. Namun bagi kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan persaingan 3 penjuru di antara Saudara Nizam, Saudara Hariss dan Saudara Masri. Namun apa yang mengejutkan tanjong sempoi, Calon yang tidak pernah disebut untuk bertanding kerusi Naib Ketua Pemuda ini tiba-tiba melonjak dengan setakat ini telah mendapatkan pencalonan yang melebihi semua calon yang ingin bertanding merebut jawatan Naib Ketua Pemuda iaitu Saudara Masri. Sebelum ini tanjong sempoi hanya mendengar 2 nama sahaja yang ingin bertanding iaitu Nizam dan Haris kini ahli UMNO akan melihat persaingan 3 penjuru yang mana jika pada penilaian tanjong sempoi Saudara Masri memiliki kelebihan kerana kini beliau menerima pencalonan yang tinggi. Cuma tanjong sempoi ingin juga mengenali saudara Masri ini untuk tanjong sempoi buat penilaian bagaimana orangnya. Ini kerana pada pandangan tanjong sempoi beliau tidak di kenali tetapi kini telah menjadi calon pilihan. Jika sesiapa berkesempatan email lah kepada tanjong sempoi berkenaan Saudara Masri ini untuk tanjong sempoi buat penilaian mengenai diri beliau di alamat email: tanjongsempoi@yahoo.com.
Bagi jawatan Ketua Wanita pula sama seperti Jawatan ketua Pemuda dimana Puan Norjan akan di cabar oleh Puan Khatijah, dan bagi kerusi Ketua Puteri pula Puan Musziana akan dicabar oleh Saudari Mazliana.
Jadi ahli UMNO tanjong. Lakukan perubahan yang dirasakan akan membawa kebaikan kepada ahli-ahli UMNO di Bahagian Tanjong ini. Jangan di beri peluang lagi kepada mereka yang selama ini di lihat tidak membawa perubahan di Tanjong. Kuasa kini milik Ahli UMNO, bukan lagi milik Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan. Lakukan Perubahan demi menyelamatkan Agama, Bangsa dan Tanahair........... Berjumpa lagi di persidangan yang akan datang..............
Senarai penuh pencalonan di bawah ini.
* Di petik dari sumber tanjong sempoi yang
membuat liputan di UMNO Tanjong.
Pencalonan Untuk Kerusi Ketua Bahagian
Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar : 9
Y.Bhg Datuk Ahmad Kabeer : 8
Pencalonan Untuk Timb. Ketua Bahagian
Datuk Abdul Ghani : 7
Y.M Raja Munir : 7
Tuan Fadzil Shuib : 2
Abdul Waheed Wahab:1
Pencalonan Untuk Naib Ketua UMNO Bahagian
Haji Shaharudin : 6
Datuk Syed Husen : 7
Saudara Halim : 4
Pencalonan Untuk Ketua Pemuda Bahagian
Saudara Nor Mohamad : 9
Saudara Jefri Salim : 8
Pencalonan Untuk Naib Ketua Pemuda Bahagian
Saudara Haris : 4
Saudara Nizam : 6
Saudara masri : 7
Pencalonan Untuk Ketua Wanita Bahagian
Puan Norjan : 9
Puan Khatijah : 8
Pencalonan Untuk Ketua Puteri Bahagian
Puan Muszaina : 9
Saudari Mazliana : 8
*Arus Perubahan sedang bertiup kencang, jadilah sebahagian yang akan merubah sejarah di Bahagian tanjong. Janganlah masih mengikut telunjuk Ketua Bahagian yang ada sekarang ini. Kuasa di Tangan Anda........

Friday, July 18, 2008

Proses Pemilihan Bermula......

Pulau Pinang, 17 Julai:- Persidangan UMNO Cawangan Ujung Pasir yang berlangsung pada jam 6.00 petang tadi dan juga yang pertama di dalam Bahagian Tanjong telah menyaksikan satu kejutan berlaku. Persidangan yang bermula dengan mesyuarat pemuda cawangan itu telah sebulat suara mencalonkan Saudara Jeffri Salim sebagai calon untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Tanjong pula, Saudara Masri Sebaidi telah dicalonkan sebulat suara. Ini telah memberikan bayangan bahawa calon yang di namakan pada hari ini di lihat sebagai pencetus peralihan kuasa yang akan berlangsung pada Bulan Oktober hingga Novembeer nanti bagi mesyuarat Bahagian.

Selepas berakhirnya persidangan pemuda, pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri telah memulakan mesyuarat dimana pergerakan Wanita cawangan Ujung Pasir telah menamakan Puan Khatijah sebagai calon Ketua Wanita Bahagian dan Puan Noor Rafizahanim sebagai calon Naib Ketua Wanita Bahagian Tanjong. Bagi Persidangan Puteri pula pergerakan itu telah sebulat suara untuk menamakan Mazliana sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tanjong.

Namun kejutan telah berlaku semasa persidangan UMNO Cawangan Ujung Pasir di mana Saudara Jalaludin penyandang jawatan ketua cawangan yang di katakan penyokong kuat Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajar tidak memperetahankan jawatannya sebaliknya telah mencalonkan Puan Noor Rafizahanim sebagai Ketua Cawangan yang baru. Beliau juga telah menamakan Y.M Raja Sulaiman sebagai Timbalan Ketua Cawangan Ujung Pasir. Kejutan yang di buat ini telah membuktikan ketelusan ahli-ahli UMNO cawangan Ujung Pasir khususnya dan Bahagian Tanjong amnya untuk melakukan perubahan demi memastikan Parti UMNO terus relevan di bumi Tanjong.

Pencalonan bagi jawatan Ketua Bahagian Tanjong pula telah di berikan kepada Y.Bhg Datuk Ahmad Kebeer Nagore. Bagi pencalonan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong pula ahli-ahli UMNO telah sebulat suara menamakan Y.M Raja Munir Shah bagi menandingi kerusi tersebut, dan ahli-ahli UMNO Cawangan Ujung Pasir juga telah sebulat suara memilih Y.Bhg Datuk Syed Husen sebagai calon untuk merebut kerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong.

Saudara Jalaludin ketika di petik semasa membuat ucapan penangguhan “saya menyeru kepada barisan kepimpinan cawangan yang baru di pilih pada hari ini agar dapat terus berjuang mempertahankan masyarakat melayu didalam Tanjong ini. Kita tidak mahu penyelewangan terus berlaku didalm kepimpinan UMNO tanjong. Harus diingat UMNO bukanlah hak milik Ketua Bahagian sekarang ini. Saya juga menyesal kerana perjuangan yang tidak telus telah dilakukan mengenai rumah PPR di Jalan Zainal Abidin. Kempipinan yang ada ini telah mengadaikan hak milik orang-orang tanjong dengan membiarkan orang luar mendapat nikmat di rumah PPR sedangkan penempatan itu adalah milik masyarakat tanjong dan ahli-ahli UMNO di bahagian Tanjong. Jika kita lihat pembangunan yang di buat di kawasan Bayan Baru contohnya, mampukah kita memiliki rumah dikawasan tersebut? Jadi barisan kepimpinan cawangan dan Calon yang dipilih bagi menjawat kerusi Ketua, Timbalan dan Naib agar terus berjuang bagi memartabatkan kembali UMNO di mata masyarakat Tanjong. Kita juga mahu menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan Bahagian Tanjong yang dilihat tidak telus dalam melaksanakan amanah yang di berikan oleh ahli-ahli UMNO Tanjong” katanya.

Persidangan Cawangan Unjung Pasir juga telah membawa satu usul terpenting yang di bacakan oleh Ketua Pemudanya yang juga Calon Ketua Pemuda Bahagian Tanjong saudara Jeffri Salim, dimana dalam usul tersebut memberitahu bahawa hak milik Rumah Umno Bahagian Tanjong yang di bina hasil dari kutipan dana oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjong di kembalikan kepada UMNO Bahagian itu semula. Di fahamkan bahawa Rumah UMNO Bahagian Tanjong itu kini dinamakan sebagai milik Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong di mana pemegang amanahnya terdiri daripada Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar (Ketua UMNO Bahagian, Haji Noor Rahim (Setiausaha Bahagian) dan Haji Abdul Waheed (Bendahari Bahagian). Saudara Jeffri Salim juga dalam usulnya meminta agar Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong menyerahkan kembali Rumah UMNO Bahagian Tanjong kepada UMNO Bahagian semasa persidangan Mesyuarat Bahagian yang berlangsung tidak lama lagi.

*Berita ini di petik dari sumber tanjong sempoi di Hotel City Bayview Georgetown.

Jumpa Lagi!!!!!!!!!

Wednesday, July 16, 2008

Bermulanya Episod Pemilihan.......

Bersempena dengan Mesyuarat Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan didalam Bahagian Tanjong, pihak kami di tanjong sempoi akan cuba membuat liputan yang menyeluruh bagi kesemua mesyuarat yang berlangsung...... Untuk Sebarang maklumat atau soalan sila ajukan kepada sidang editor tanjong sempoi di alamat email: tanjongsempoi@yahoo.com

Percaturan Pemuda Bahagian Tanjong.....

Salam bahagia dan salam hormat buat semua pembaca. Kali ini tanjong sempoi akan berbicara tentang pemilihan pemuda UMNO bahagian tanjong. Terlebih dahulu ingin tanjong sempoi coretkan serba sedikit berkenaan pemuda tanjong. Mungkin ramai masih ingat ketika pemilihan yang berlangsung sekitar 4 tahun yang lalu dimana ketika pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian di antara ketua pemuda sekarang ini Haji Saharudin dengan Syed Azmi. Ketika itu Syed Azmi dan kemnya telah tewas kepada kem Haji Saharudin. Bagi tanjong sempoi, Syed Azmi ini bukan tidak layak untuk memenangi kerusi ketua pemuda yang di pertandingkan akan tetapi oleh kerana strategi yang di gunakan oleh Datuk Ahmad Ibni Hajar telah mengagalkannya untuk menaiki tampuk pemerintahan Pemuda. Maka lahirlah dalam sejarah pemuda calon pilihan kalah ke kepada calon yang lembik dan tidak tegas dalam memimpin pemuda bahagian. Ketua Pemuda sekarang ini hanya betah dalam bebicara sahaja namun untuk membawa perubahan kepada pemuda tanjong jauh sekali. Namun harus diingat, Syed Azmi bukan saja kerana strategi yang di gunakan oleh Ketua Bahagian tetapi juga kerana sikap sombong beliau dan terlalu menunjuk-nunjuk kehebatan yang ada pada beliau. Sehingga sekarang jika di sebut nama Syed Azmi dalam pemuda tanjong, tanjong sempoi rasa mereka semua meluat dengan gelagatnya.
Kita lupakan kisah yang lalu, kini pemuda yang ada didalam tanjong semakin mendapat perhatian dari Bahagian dengan lahirnya speaker-speaker yang melontarkan idea-idea yang bernas bagi membuka kembali medan perdebatan dan ruang kepada pemuda untuk menentukan sendiri hala tuju mereka. Calon yang di tampilkan kini ialah Saudara Jefri Salim seorang usahawan muda berjaya yang dilihat berkaliber dalam menaikkan kembali martabat Pemuda UMNO tanjong di mata seluruh ahli UMNO di Malaysia. Tanjong sempoi tidaklah mengenali sangat dengan Jefri Salim ini, tetapi dari sumber maklumat yang rapat dengan tanjong sempoi mereka memberi tahu tanjong sempoi bahawa kredibeliti yang ada pada beliau telah meyakinkan tanjong sempoi bahawa Pemuda boleh bergerak dengan jalannya sendiri. Pemuda tanjong harus yakin dengan kebolehan yang ada pada beliau kerana sumber tanjong sempoi juga memberitahu beliau tidak sombong untuk bertemu dengan pemuda-pemuda di dalam bahagian tanjong ini. Lain pulak cerita yang tanjong sempoi dengar dari calon yang bernama Nor Mohamed atau lebih di kenali dengan 'Md Nor Subaidah'. Calon ini adalah orang kuat kepada Datuk Ahmad Ibnihajar. Calon ini dilihat mempunyai peluang yang tipis untuk menduduki kerusi ketua pemuda bahagian tanjong kerana dari sumber yang rapat dengan tanjong sempoi memberitahu, beliau tidak mempunyai bakat kepimpinan dan seorang yang panas baran. Majoriti ahli pemuda di dalam bahagian tanjong tidak mengemari sikap beliau yang ego dan baran. Lagipun apa yang beliau tahu dengan UMNO lainlah kalau cerita pasal nasi kandar.
Jadi kepada ahli Pemuda Bahagian Tanjong, lakukan pemilihan yang betul bagi mengelakkan anda sekali lagi menerima ketua pemuda yang tidak dapat membantu menaikkan ekonomi pemuda di dalam bahagian tanjong........
Survey tanjong sempoi bagi calon Ketua Pemuda.....
Jefri Salim 75%
Md Nor 25%

Jangan Terlalu Emosi........

Salam hormat dan salam bahagia tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca setia blog ini. Terlebih dahulu tanjong sempoi ingin ingatkan kepada komentar, janganlah terlalu emosi ketika melontarkan pendapat di dalam ruangan komen yang di sediakan oleh tanjong sempoi. Ruangan yang di sediakan oleh tanjong sempoi ini adalah bagi kalian memberi pendapat kepada masyarakat UMNO tanjong mengenai pemilihan yang akan berlangsung kelak. Bukan apa ingatan ini adalah kerana, bagi tanjong sempoi semangat berpasukan haruslah di wujudkan di dalam tanjong sempoi ini. Rata-rata tanjong sempoi lihat di dalam blog ini adalah mereka yang sudah meluat dengan kepimpinan Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajar. Jadi jika anda sudah tidak suka kepada beliau janganlah anda semua menjadi seperti beliau. Gunakan akal dan fikiran anda bagaimana untuk membawa arus perubahan di dalam tanjong.
Pandangan yang tanjong sempoi berikan ini adalah kerana, pemimpin muda di kalangan kalian semua haruslah menunjukkan kepada mereka yang dah veteran bagai mana cara yang benar untuk memajukan masyarakat UMNO tanjong. Bukan dengan menggunakan kata-kata kesat dan kasar, kita haruslah bersikap profesional. Wadah perjuangan haruslah berlandaskan permuafakatan dan keterbukaan dalam berbicara. Jika begini sifat yang di tunjukkan oleh kalian maka tanjong sempoi rasakan bahawa Y.Bhg Datuk Ahmad Kabeer Nagore akan kehilangan momentum kemenangan yang telah terbina selama ini.
Tanjong sempoi percaya nasihat yang di berikan ini boleh di manfaatkan oleh semua yang sudah dikira pembaca setia blog tanjong sempoi. Percayalah kata-kata tanjong sempoi bahawa "mencari yang buruk lebih senang dari mencari yang benar". Ayuh berjuanglah demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta bersama-sama tanjong sempoi........

Saturday, July 12, 2008

Jawapan untuk Dr.Ariff.......

Salam hormat tanjong sempoi ucapkan buat Dr. Ariff. setelah melihat komen yang di berikan oleh saudara Dr. Ariff, disini sekali lagi tanjong sempoi ingin tekankan bahawa tanjong sempoi bukanlah berpihak kepada mana-mana calon. Hasrat utama tanjong sempoi adalah ingin melihat UMNO Bahagian Tanjong bebas dari pemerintahan secara kuku besi yang kini di lakukan oleh Ketua UMNO Bahagian sekarang ini iaitu Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar.
Berbalik kepada soalan yang di kemukakan oleh Dr.Ariff, ingin tanjong sempoi katakan bahawa setiap calon yang ingin bertanding di lihat berkaliber, cuma penerimaan dari ahli-ahli UMNO tanjong sehaja yang mungkin berbeza. Jika pada pandangan tanjong sempoi, adalah elok walau sesiapa pun yang bertanding jawatan Ketua Bahagian asalkan diktator itu dapat di tumbangkan. Namun selepas sekian lama menanti, kedengaran Y.Bhg Datuk Ahmad Kabeer Nagore seorang ahli perniagaan yang berjaya, telah sudi menawarkan khidmat beliau di dalam bahagian tanjong ini dan ingin memulihkan UMNO tanjong. Apa yang di tunggu oleh ahli UMNO tanjong selama 3 penggal tanjong sempoi lihat sudah tiba masanya kepimpinan bertukar tangan. Mungkin selama ini di dalam Bahagian Tanjong tidak ada calon yang ingin menawarkan diri, tetapi apabila kesudian Datuk Ahmad kabeer menawarkan diri tanjong sempoi lihat angin perubahan telah bertiup dengan kencang sekali dan mungkin dapat menumbangkan empayar yang di bina oleh Ketua Bahagian yang ketika ini.
Mengenai kekuatan Datuk Ahmad Kabeer yang di usulkan oleh Dr.Ariff, tanjong sempoi tidaklah pernah berjumpa dengan beliau secara perseorangan cuma tanjong sempoi sebagai blogger melakukan survey secara peribadi dengan berjumpa kawan-kawan tanjong sempoi di Bahagian Tanjong. Menariknya dari survey yang di lakukan oleh tanjong sempoi adalah ketika ini kekuatan yang ada di sebelah pihak Datuk Ahmad Kabeer adalah 80% menyokong Datuk Ahmad Kabeer mencabar Datuk Ahmad Ibnihajjar sebagai Ketua Bahagian Tanjong. Dan tanjong sempoi juga di fahamkan ketika ini Datuk Ahmad Kabeer akan mendapat pencalonan dari 20 Cawangan berbanding 31 Cawangan yang ada di dalam Bahagian Tanjong ini. Maklumat ini tanjong sempoi dapat dari sumber yang rapat dengan tanjong sempoi dan dari survey yang di lakukan oleh team member di dalam tanjong sempoi. Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar pula hanya akan mendapat 11 Pencalonan bagi melengkapkan jumlah 31 Cawangan yang ada di dalam tanjong. 11 Cawangan itu pun tanjong sempoi dengar dari Cawangan yang di buka oleh beliau semasa beliau menang jawatan Ketua Bahagian termasuk Cawangan kaum kerabat beliau yang status keahlian dikatakan UMNO di tanjong tetapi di negeri lain sebagai ahli PAS. Tanjong sempoi akan membuat laporan kepada UMNO Malaysia supaya status ahli-ahli dari Cawangan yang di buka oleh Datuk Ahmad Ibnihajjar ini disiasat sebelum mereka melakukan Persidangan yang akan berlangsung bermula 17hb Julai sehingga 24 Ogos ini. Jadi keputusan adalah di tangan ahli UMNO tanjong.....
Tanjong sempoi juga dengar calon yang bertanding kerusi no.2 di kem Datuk Ahmad Kabeer ini seorang bekas pemimpin Pemuda bahagian yang lantang bersuara dalam membantu masyarakat melayu di tanjong semasa beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda dahulu. Beliau yang di maksudkan adalah Y.M Raja Munir Shah juga seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Berbanding di kem sebelah Datuk Ahmad Ibnihajjar kerusi no.2 calonnya adalah Tuan Presiden Permata yang mendapat gelaran dari ahli-ahli UMNO tanjong sebagai kaki 'rembat'. Macam mana nak jadi calon, apa bisnes pun takdak, hidup pun menumpang kat bini kata komentar tanjong sempoi, tapi gebang saja lebih. Itu bukan kriteria yang di kehendaki oleh ahli-ahli UMNO tanjong. Cakap pun selalu tak serupa bikin. Cuma pandai bikin gempak saja. Beliau yang di maksudkan adalah Tuan Fadzil Shuib Ketua Cawangan Jalan Hatin. Kalau ahli-ahli UMNO tanjong memilih Tuan Presiden ni alamatnya dia akan bercakap lebih pandai lah. Sekarang ni pun ramai yang dok cakap kempen manager dia adalah seorang bekas kontraktor yang dah tersungkur iaitu 'Ibrahim Daging'. Tolak pi, tolak mai depa dua ni sama saja. Seorang lagi calon di sebelah kem Datuk Ahmad Ibni Hajjar ialah Datuk Abdul Ghani Ali Kadir, khabarnya dia adalah salah seorang orang kuat FAP. Tapi kesihatannya juga tidak sebaik dulu. Jadi ahli UMNO tanjong nilailah sendiri siapa yang layak menduduki kerusi no.2 ini.
Menurut sumber yang rapat dengan tanjong sempoi dari kalangan orang-orang lama tanjong pula Calon bagi kerusi no.3 pula bagi kem di sebelah pihak Datuk Ahmad Kabeer ini adalah juga seorang ahli Perniagaan yang berjaya. Beliau juga amat di kenali oleh ahli UMNO Tanjong sebagai seorang penderma yang sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Beliau juga di sayangi oleh kebanyankkan Veteran UMNO di dalam Bahagian Tanjong kerana sifatnya yang sentiasa menghormati orang tua. Beliau adalah Y.Bhg Datuk Syed Husen. Manakala di sebelah kem Datuk Ahmad Ibni Hajjar ialah ketua pemuda yang memimpin pemuda sekarang ini. Pernah dalam cerita tanjong sempoi yang lalu selama sepenggal memimpin pemuda apakah yang benar-benar berjaya di lakukan oleh beliau. Seorang yang patuh kepada Ketua Bahagian ibarat kata pepatah sering di cucuk hidungnya oleh Ketua Bahagian. Jika sekarang ini dalam pemuda pun tak boleh nak memimpin mana mungkin mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai calon no.3 Bagi kerusi Naib Ketua Bahagian Tanjong. Beliau yang di maksudkan adalah Tuan Haji Saharuddin.
Jadi buat Dr.Ariff dan ahli UMNO tanjong anda lebih mengenali mereka semua.........
PILIHAN ADA DI TANGAN ANDA, BIAR JARI ANDA YANG MENENTUKAN MEREKA YANG BENAR-BENAR LAYAK. BUKAN ORANG LAIN YANG MENENTUKAN. TANJONG SEMPOI HANYA MENJADI WACANA BAGI AHLI UMNO BAHAGIAN TANJONG MEMBUAT RUJUKAN DAN MELUAHKAN PENDAPAT. SEBAGAI ORANG YANG TIDAK LAGI AKTIF BERPOLITIK TANJONG SEMPOI RASAKAN BAHAWA PILIHLAH MEREKA YANG BENAR-BENAR DILAHIRKAN SEBAGAI PEMIMPIN, BUKAN MEMILIH MEREKA YANG HANYA INGIN MENGISI PERUT MEREKA DENGAN JAWATAN YANG DI BERIKAN...... JUMPA LAGI!!!!!!!!!!!!

Wednesday, July 9, 2008

Peluang Akar Umbi Melakukan Perubahan.........

Salam hormat dan salam sejahtera buat semua pembaca tanjong sempoi. Minggu depan adalah minggu yang amat mencabar bagi kesemua ahli-ahli UMNO tak kira walau di mana anda berada kerana akan berlangsungnya pemilihan UMNO di peringkat cawangan dan masa untuk anda mencalonkan nama bagi mereka yang akan memimpin bahagian. Persidangan cawangan juga akan menyaksikan hala tuju UMNO dimana jika ahli-ahli UMNO masih lagi terikat dengan cara kepimpinan yang lepas maka UMNO masih lagi tidak dapat maju dalam apa bidang sekalipun.

Buat kesekian kalinya juga di dalam Bahagian tanjong akan berlangsung pertandingan bagi semua peringkat bermula dari jawatan Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan juga bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa. Seperkara yang harus ahli-ahli UMNO tanjong ingat adalah bahawa ini adalah kali pertama berlangsungnya pertandingan selepas 3 penggal tidak ada pemilihan bagi jawatan Ketua Bahagian dan juga Ketua Wanita. Bagi Pemuda dan Puteri mereka telah di ajar bagai mana untuk melakukan pemilihan kerana boleh di katakan saban tahun kedua-dua sayap ini akan ada pertandingan.

Tanjong sempoi akan memulakan bicara dengan peringkat bahagian dahulu di mana Penyandangnya iaitu Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar akan di cabar oleh Y.Bhg Datuk Ahmad Kabeer Nagore. Mungkin ahli-ahli UMNO bahagian tanjong amat mengenali peribadi mereka berdua ini kerana Datuk Ahmad Kabeer ini adalah Naib Ketua Bahagian Tanjong yang dilihat ingin mencuba nasib menjadi Ketua Bahagian. Jika dilihat dari keadaan semasa, tanjong sempoi lihat di dalam Malaysia ini akan melihat, 90% pertandingan di semua bahagian yang ada di dalam Malaysia. Tanjong sempoi tidaklah memihak kepada mana-mana pihak kerana jika di antara mereka berdua ini menang pun tanjong sempoi tetap dengan cara tanjong sempoi dengan membawa perubahan kepada masyarakat UMNO tanjong melalui blog yang di wujudkan ini. Bukan tanjong sempoi tidak berminat dengan politik kerana bagi tanjong sempoi, politik yang wujud ketika ini tidak akan membawa apa-apa makna walau sesiapa pun yang memimpin baik di peringkat bahagian ataupun di peringkat tertinggi. Yang tanjong sempoi dapat lihat apabila seseorang itu memiliki jawatan maka orang bawahan akan terus di tinggalkan. Keadaan ini dapat di lihat di mana saja negeri yang mempunyai ahli-ahli UMNO.

Berbalik kepada cerita UMNO tanjong, ketika ini hangat di perkatakan dimana-mana saja tidak kira tempat di Hotel, Restoran, Kedai Kopi, Tepi Jalan, Masjid dan bermacam tempat lagi semua orang memperkatakan tentang kedua-dua calon ini. Dari pengamatan tanjong sempoi yang telah melakukan survey, kebanyakkan ahli-ahli UMNO tanjong sudah jelak dengan permainan politik yang di tunjukkan oleh Ketua Bahagian yang ada sekarang ini. Mereka bukan saja tidak suka akan beliau malah tidak suka melihat keegoan yang ada dalam diri ketua bahagian ini. Beliau secara terang-terang mengatakan bahawa tidak akan ada sesiapa dapat memimpin bahagian selagi beliau berkuasa. Tapi tanjong sempoi rasa jika semua pemimpin cawangan bersatu maka Ketua Bahagian yang bernama Datuk Ahmad Ibni Hajjar ini dapat dijatuhkan dengan terhormat. Bukan apa tanjong sempoi rasa masa telah tiba kerana jika hanya bercakap saja tidak suka tapi masih menerima tonik yang di berikan oleh ketua bahagian ini maka sampai bila pun UMNO tanjong tidak akan berubah dan yang senang hanyalah Ketua-Ketua Cawangan sajalah yang mendapat tonik berbentuk wang ringgit, dan peranan ahli-ahli cawangan hanyalah datang mesyuarat setiap tahun dan angkat tangan selepas itu mungkin juga di bayar RM 50 saja sekali dalam setahun. Tanjong sempoi teringin juga nak melihat ahli-ahli UMNO bahagian tanjong yang berani bersuara dalam menetukan hala tuju mereka sebagai ahli UMNO, kalau setakat masuk mesyuarat kemudian diberikan sekeping kertas seterusnya yang lain pula menyokong di mana datangnya demokrasi dalam UMNO? Baik bawa budak sekolah saja untuk angkat tangan. Bagi duit sorang sikit mesti budak-budak tu seronok.

Kali ini tanjong sempoi cabar semua ahli UMNO tanjong beranikanlah sikit diri anda untuk memilih pemimpin yang bagus, jangan di luar berani bercakap tapi didalam cawangan macam 'tikus mondok'. Ketua Bahagian ni bukan buleh buat apa pun, UMNO bukan hak milik keluarga dia, UMNO adalah milik orang-orang melayu. Apa yang di harapkan sangat dari duit Ketua Bahagian ni, duit yang dia dapat ni pun kita tak tahu status dia, bukan apa kebanyakkan ketua Cawangan yang ada pun dah berumur, nanti dok pakai duit dari sumber yang tak di ketahui pun susah juga sebab bila kita kembali kepadaNYA kita akan di soal. Mahukkah kita dicampak ke neraka kerana duit yang di terima dari ketua bahagian ini? Maafkan tanjong sempoi andai bahasa yang digunakan ini kasar, tanjong sempoi cuma ingin sedarkan Ketua-Ketua Cawangan yang dah 'tua'. Nanti tak sempat pulak nak bertaubat. Sebabnya duit yang Ketua-Ketua Cawangan dapat tu bukan hak milik ketua cawangan tetapi milik semua ahli UMNO Bahagian Tanjong. Jangan beri peluang langsung kepada ketua bahagian ni kerana kalau di beri peluang tanjong sempoi rasa tiada lagi peluang untuk ahli UMNO tanjong melakukan perubahan pada masa depan. Dia ni bukan orang tanjong tulen cuma masuk menumpang saja dalam tanjong. Tapi orang-orang yang ada dalam tanjong semua dok pecaya dengan janji-janji kosong dia. Belakon jangan cerita la memang teror, kalau tak mana mungkin di boleh menang jawatan Ketua Bahagian dulu. Kononnya masa mula menang jadi ketua bahagian dia bagi janji macam-macam kat ahli UMNO tanjong, tapi sehingga sekarang ni tak dak perubahan yang berlaku. Ucapan ketua bahagian pun stereotaip tak je tak pernah berubah.
Jadi kini adalah masa yang sesuai untuk akar umbi melakukan perubahan di dalam tanjong. Dan harapan tanjong sempoi kepada semua ahli UMNO bersatulah untuk melakukan perubahan supaya ahli UMNO tanjong akan dapat berdiri setanding dengan ahli-ahli UMNO di negeri yang lain. Biar siapa pun yang bertanding kali ini, perubahan harus di lakukan supaya hasrat utama ahli-ahli UMNO tanjong adalah dengan menjatuhkan Y.Bhg Datuk Ahmad Ibni Hajjar......
KUASA KINI TERLETAK DI TANGAN AHLI UMNO TANJONG, BUKAN DI TANGAN KETUA BAHAGIAN ATAU KETUA CAWANGAN. JADI PESANAN TANJONG SEMPOI GUNAKANLAH AKAL DAN FIKIRAN YANG DI BERIKAN OLEH ALLAH UNTUK MENETUKAN BAIK BURUKNYA PERJALAN UMNO BAHAGIAN TANJONG. JIKA TERUS DI KEKALKAN KETUA BAHAGIAN SEKARANG INI MAKA ORANG MELAYU AKAN TERUS DI HAPUSKAN DI BUMI TANJONG INI. AYUH!!! LAKUKAN PERUBAHAN DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!!!!




Tuesday, July 8, 2008

Terima Kasih Pembaca...........

Salam hormat dan salam sejahtera tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca yang budiman. Menariknya di sini dapat kita lihat ketika semua mata tertumpu pada pemilihan cawangan yang akan berlangsung tidak lama lagi, semakin ramai yang mengikuti perkembangan semasa UMNO Bahagian tanjong didalam blog tanjong sempoi ini. Apa yang menariknya dari komen yang tanjong sempoi lihat semua mata tertumpu kepada cerita yang di hasilkan oleh tanjong sempoi ini berkaitan dengan Kisah Seorang Presiden. Umum mengetahui bahawa Presiden Permata ini adalah seorang yang suka memporak-perandakan orang-orang melayu yang ada di dalam tanjong, seperti yang dikatakan oleh salah seorang pembaca yang di kenali sebagai 'dayang senandung'. Mungkin masyarakat melayu khususnya di dalam tanjong amat mengenali dengan tuan Presiden ini. Mereka mengenali beliau bukan kerana beliau seorang pemimpin yang bagus, tetapi disebabkan sifat beliau yang di lihat suka untuk menabur janji-janji kosong. Seperkara lagi yang menarik perhatian tanjong sempoi juga adalah kerana beliau kini amat tergila-gilakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian apabila kemana saja beliau pergi beliau akan cuba untuk memburuk-burukan orang lain. Inikah orang yang dikatakan sebagai calon pilihan di bahagian tanjong? Apakah tidak lagi ada orang lain yang mampu untuk menandingi jawatan no.2 itu? Kepada perwakilan UMNO Bahagian Tanjong renungilah, jangan nanti di kemudian hari akan ada penyesalan di dalam diri kita sendiri kerana kita telah tersalah memilih pemimpin.


Juga tanjong sempoi tidak lupakan komen yang di buat oleh 'anak tanjong' dan juga 'Dr. Ariff', mungkin kerana mereka lebih mengenali pemimpin tanjong yang berhati busuk. Tanjong sempoi juga ingin mengucapkan terima kasih kepada 'pemuda tanjong' dan juga 'doa makbul' yang dilihat setia dalam mengikuti penerbitan dalam blog ini.


Seruan tanjong sempoi kali ini adalah, lakukan perubahan yang besar dalam membina semula kekuatan UMNO dalam bahagian tanjong ini. Jika di lihat kepada pemilihan dalam Koperasi Tanjong Berhad, sudah ada perubahan yang berlaku cuma ada segelintir lagi masyarakat dalam Koperasi ini yang harus di singkirkan oleh kita semua iaitu sepasang suami isteri yang masih tak tahu malu untuk terus menjadi Lembaga Pengarah di dalam koperasi ini. Mereka ini masih ingin menjadi 'penyangak' untuk terus menjadi kaya dengan menjadikan Koperasi ini sebagai batu loncatan. Sedarlah kamu berdua, kali ini masyarakat tanjong tidak akan memberi peluang kepada kamu berdua untuk bertanding dalam UMNO baik sebagai calong untuk kerusi no.2 bagi suami atau sebagai Ketua Wanita bagi si isteri..... Fikirkanlah sejenak.........

Saturday, July 5, 2008

Kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat...

Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapkan. Untuk pengetahuan kalangan pembaca tanjong sempoi, hari demi hari tanjong sempoi lihat keadaan Politik dalam Malaysia makin membimbangkan. Apa yang menyedihkan tanjong sempoi, di Pulau Pinang ketika ini kelihatan masyarakat melayu makin di pinggirkan oleh pembangkang. Sebagai contoh semasa mula memenangi Pilihanraya yang lalu tanjong sempoi lihat, kerajaan negeri yang baru pimpinan DAP,PKR dan PAS amat sibuk membuat perjumpaan dengan masyarakt sekeliling, namun kini tanjong sempoi lihat Kerajaan negeri yang baru semakin hilang taring apabila kerap kali hanya membincangkan tentang kepincangan kerajaan negeri yang lepas sahaja.

Tambah menyedihkan tanjong sempoi ialah kelihatan banyak pusat-pusat hiburan tumbuh macam cendawan selepas hujan. Ini kah yang dinamakan perjuangan Pakatan Rakyat? Dari sudut yang lain pula tanjong sempoi lihat masyarakat melayu di tanjong tokong yang pernah menerima kunjungan dari Ketua Menteri yang baru En. Lim Guan Eng dan beliau pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah tanah dilihat hanya tinggal janji. Apakah perjuangan Kerajaan Pakatan Rakyat hanya gah dengan janji?

Berapa banyakkah perjuangan rakyat yang telah mereka tunaikan? Seperkara yang harus diingat bahawa dalam manifesto Pakatan Rakyat ketika dalam kempen pilihanraya yang lalu adalah untuk mengurangkan bebanan rakyat negeri ini, namun adakah hasrat ini telah mereka lakukan? Sebagai contoh baru-baru ini semasa proses membuat cabutan undi untu projek bagi kontraktor kelas 'F' yang diadakan di PDC, tanjong sempoi dengar nilainya hanya tidak lebih dari RM 3000.00 apakah ini dinamakan sebagai membantu usahawan dari golongan melayu?

Yang tanjong sempoi lihat ketika ini semua ahli dalam Pakatan Rakyat hanya menumpukan perhatian terhadap individu yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia dari Parti Keadilan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang di tuduh meliwat dalam usaha untuk mendapatkan simpati rakyat Malaysia. Apakah Pakatan Rakyat hanya memperjuangkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai seorang yang berpotensi untuk memporak-perandakan masyarakat Malaysia yang selama ini hidup harmoni di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO?

Tanjong sempoi tidak mahu terlalu membincangkan tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tanjong sempoi amat benci kepada pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.

Jadi kepada rakyat Malaysia fikirkanlah tentang masa depan yang bakal dihadapi oleh anak cucu kita nanti, kerana pemimpin sebegini tidak layak untuk menerajui tanah air tercinta kita iaitu Malaysia....

Tanjong Sempoi Kembali!!!!!

Assalammualaikum dan salam hormat buat semua pembaca tanjong sempoi. Mungkin telah lama rasanya kita tidak bersua. Ini semua di sebabkan oleh masalah yang tanjong sempoi tidak dapat elakkan. Mungkin kali ini tanjong sempoi dapat meluangkan banyak masa bersama pembaca setia tanjong sempoi. Jadi buat semua pembaca jangan lupa ikuti kisah yang lebih panas dan hebat yang akan tanjong sempoi paparkan.