Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca yang budiman. Esok tanggal 31hb Ogos 2008 Negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-51 dengan tema sambutan pada tahun ini adalah "Perpaduan Teras Kejayaan". Jadi kepada semua rakyat Malaysia hayatilah erti perjuangan orang yang terdahulu demi memastikan keamanan yang selama ini di pelihara terus di kecapi oleh rakyat. Dan juga pada hari isnin 1hb September 2008 seluruh masyarakat islam di Malaysia dan juga serata dunia akan menyambut ketibaan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.
Jadi nasihat tanjong sempoi di sini pastikan kita dapat memelihara bulan yang mulia ini sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Tak lupa juga tanjong sempoi ingin nasihatkan kepada calon-calon yang akan bertanding jawatan UMNO yang akan berlangsung dalam bulan syawal peliharalah tingkah laku anda.
Kepada calon ketua bahagian tanjong iaitu Datuk Ahmad Ibnihajar dan Datuk Ahmad Kabeer Nagore pastikan anda bermuhasabah diri anda sepanjang bulan yang mulia ini. Janganlah di cemari bulan ini dengan kata caci, dan mengumpat.
Kepada calon Timbalan Ketua Bahagian iaitu Datuk Abdul Ghani Ali Kadir dan Y.M Raja Munir Shah, hayatilah sepenuhnya kedatangan bulan Ramadhan ini. Buatlah keputusan yang terbaik demi memastikan perjalanan umat islam dan melayu di tanjong ini akan terus mendapat kejayaan yang gemilang.
Tak lupa juga tanjong sempoi ingin nasihatkan kepada Haji Saharuddin, Saudara Halim dan Datuk Syed Husin, beramal lah di bulan yang mulia ini untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada allah.
Buat calon Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita iaitu Md Noor S.P.K Abdullah, Jeffri Salim, Haris, Nizam dan Masri serta Puan Norjan, Puan Khatijah, Puan Rafizahanim, Puan Rosleen.. tingkatkanlah amalan anda. Jangan asyik mencari undi di bulan yang mulia ini. Pastikan kebajikan ahli UMNO tanjong terus terpelihara...
Akhir kata dari tanjong sempoi, Selamat Menyambut Merdeka dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat islam di Malaysia..........