Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapkan kepada semua pembaca setia tanjong sempoi. Sedar tidak sedar dalam masa 30 hari ini iaitu bermula dari hari ini hingga ke tarikh 25.10.2008 seharusnya semua ahli UMNO tanjong telah bersedia untuk melakukan perubahan atau rombakan besar-besaran di mana Ketua Bahagian yang ada sekarang ini harus di jatuhkan dengan cara yang amat berhemah kerana kuasa kini berada di tangan anda. Sedangkan dalam perkiraan tanjong sempoi, kepimpinan atasan iaitu jawatan Presiden UMNO sendiri akan menjadi rebutan di mana Y.A.B Perdana Menteri Datuk seri Abdullah Hj Ahmad Badawi akan di tentang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini membuktikan UMNO tidak lagi seharusnya mengharapkan kepada Ketua mereka yang ingin menjadikan UMNO sebagai sebuah parti hak milik peribadi.
Berbalik kepada UMNO tanjong, Datuk Ahmada Ibni Hajjar semakin angkuh dan sombong dan sanggup menggunakan berbagai cara bagi memenuhi hasratnya untuk terus berkuasa di tanjong dan ini akan membuatkan orang melayu di dalam kawasan tanjong akan terus lemah sehingga akan membuatkan hilangnya melayu di dalam tanjong. Kita dapat lihat dengan adanya penyebaran sms dan juga surat-surat layang negitu juga merampas Cawangan yang sepatutnya milik orang lain dengan menggunakan kuasa dengan cara yang salah.
Sebagai contoh kita lihat Cawangan Lembah Sungai yang mana ketuanya adalah seorang Doktor yang berpengaruh telah di tumbangkan dengan kejam sekali ketika beliau sedang terlantar di Hospital akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Apakah ini seharusnya ahli-ahli UMNO tanjong mendiamkan diri lagi? Ketua bahagian ini juga melantik ahli cawangan Lembah Sungai yang menyokongnya itu sebagai Ketua Cawangan iaitu Saudara Hamzah merupakan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tanjong yang juga merupakan seorang yang banyak menyelewangkan wang UMNO tanjong dan menjadi balaci atau barua kepada Datuk Ahmad Ibni Hajar. Apakah dengan pemilihan Hamzah ini sebagai Ketua UMNO Cawangan Lembah Sungai dapat menarik ramai orang-orang yang di luar untuk menyertai UMNO. Seharusnya mereka yang sebeginilah akan merosakkan UMNO kerana mereka ini bukanlah pemimpin tetapi dari kalangan yang tamakkan kuasa.
Kita juga dapat lihat apabila Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh kehadiran mereka inilah yang menyebabkan UMNO kalah teruk, seharusnya UMNO Malaysia mengambil tindakan kepada mereka kerana wang yang seharusnya digunakan untuk diberikan kepada petugas Pilihanraya telah di gunakan oleh Ketua Bahagian dan konco-konconya untuk kegunaan peribadi.
seperkara yang menarik perhatian tanjong sempoi juga baru-baru ini pihak Tabung Haji ada memberikan peruntukkan sebanyak RM 130,000.00 kepada 13 Bahagian UMNO yang terdapat didalam Pulau Pinang untuk membantu golongan miskin melalui peberian zakat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tetapi malangnya agihan setiap bahagian sebanyak RM 10,000 yang sepatutnya di masukkan kedalam akaun UMNO Tanjong telah di arahkan diberikan dalam bentuk Cek ke atas nama Datuk Ahmad Ibni Hajar. Apakah tidak cukup lagi wang UMNO selama 3 penggal menjadi ketua di belasah, RM 10,000 ini pun Ketua Bahagian nak? Ingatlah Ketua Bahagian tak baik makan harta fakir miskin.
Ahli-ahli UMNO Tanjong, bukalah mata seluas-luasnya, rumahtangga sendiri pun ketua bahagian ni tak reti nak jaga, inikan pulak nak memimpin komuniti kecil di dalam tanjong. Tangunglah dosa wahai ahli UMNO tanjong yang telah memilih Datuk Ahmad Ibni Hajar ini menjadi ketua. Penyelewengan yang beliau lakukan akan sama-sama dirasai oleh mereka yang memilih beliau.
Seharusnya dalam keadaan UMNO yang makin terdesak ini pemimpin sebegini seharusnya di tolak, jangan langsung di berikan peluang. Jadi ayuhlah wahai pejuang bangsa sekalian, ketika ini umat melayu semakin di tindas. Jika terus di biarkan pemimpin sebegini berkuasa maka akan lenyaplah melayu. Mari kita sama-sama tunaikan amanat dan tanggungjawab yang telah di berikan oleh ahli-ahli cawangan kepada kita dengan melakukan perubahan bagi memastikan UMNO terus kuat dan kukuh di bumi tanjong. Buatlah pilihan yang tepat, dan yang pastinya jangan mengundi untuk Pengkhianat bangsa yang bernama Datuk Ahmad Ibni Hajar ini. Kita bangunkan kemabali Tanjong bersama kepimpinan baru yang lebih mesra dengan orang bawahan. Kali ini tanjong sempoi percaya, Ketua UMNO Bahagian yang baru ini akan dapat membawa perubahan yang di inginkan.
Marilah sama-sama kita berdoa.....
"ya Allah, engkau yang maha pemurah lagi maha mengetahui,
kau buka kanlah pintu hati kami pada 25.10.2008 ini untuk kami memilih pejuang yang akan membawa kebaikan kepada kami,
"ya Allah, kau halangilah hasrat mereka yang ingin menghancurkan umatmu dan agamamu di bumi tanjong ini,
"ya Allah, sesungguhnya kami hambamu amat mengharapkan agar kau permudahkan jalan untuk kami memilih Ketua kami yang baru dan yang akan menjadi pemimpin seperti yang di kehendaki olehmu, sesungguhnya kami tidak tertahan lagi menyaksikan bangsa dan agama di permainkan oleh ketua bahagian yang ada sekarang ini,
"ya Allah kami percaya akan kekuatan yang akan kau berikan kepada kami nanti akan membawa kemenangan kepada ketua kami yang baru dan seterusnya menjalankan amanat yang di berikan oleh kami kejalan mu ya Allah,
bersempena dengan bulan Ramadhan ini juga kau makbulkanlah permintaan kami hambamu yang amat mengharapkan kesejahteraan"
Amin ya rabbal alamin.................