Thursday, October 23, 2008

Bangunlah Bangsaku, Lakukan Perubahan!!!

Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapakan buta semua pembaca setia blog ini. Ingin tgganjong sempoi ulangi sekali lagi tujuan blog ini di buka adalah untuk memberi peluang kepada ahli UMNO akar umbi bersuara tanpa sekatan daripada mana-mana pihak. Hakikat yang kita perlu terima ketika ini adalah wadah perjuangan yang dibuat oleh tanjong sempoi adalah amat tulen dan benar-benar ingin membantu orang melayu di tanjong.

Mungkin manusia hari ini lupa akan asas perjuangan parti keramat UMNO dimana wang di lihat lebih menguasai diri. Sedarlah kita setelah 445 pernah di jajah satu ketika dahulu apakah masib kita ingin di jajah semula walau pun bukan dari segi zahir (nampak) tapi dari segi batiniah (dalaman) amat jelas.
Ingatlah bangsaku,jika hari ini kita tidak mahu melakukan perubahan janganlah kita kesal apabila satu hari nanti bangsa kita akan di jajah dan di hina oleh bangsa lain. Ini telah berlaku di bumi arab sebagai contoh di Iraq apabila kepimpinan yang di atas bertelagah sesama sendiri rakyat yang menderita. Kepimpinan ala kuku besi yang dibuat telah menjadikan rakyatnya menderita. Satu lagi contoh yang paling dekat di Indonesia di mana kegagalan mentadbir negara dan asyik di kepit oleh keroni-keroni maka hari ini kita lihat Negara Indonesia amat teruk dari segi ekonomi.

Apa mahukah kita menjadi seperti Iraq dan Indonesia?

Sudah jelas ketika ini di bumi tanjong hanya tingal 15% sahaja lagi orang melayu. Dan jika perkara ini dibiarkan berterusan maka tanjong sempoi lihat dalam masa 5 tahun dari sekarang akan berkuburlah bangsa kita.

Apakah kita masih belum sedar akan perkara ini?

Ingatlah, jika kita masih inginkan kepimpinan yang telah 3 penggal menerajui tanjong tanpa sebarang perubahan, maka padahnya hanya boleh di lihat dalam masa 3 tahun dari sekarang, namun jika kita memberi peluang kepada kepimpinan yang baru maka bangsa kita akan di terima dengan cara yang baru.

Bangunlah para perwakilan lakukan perubahan tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Undi kita adalah sulit dan tidak mampu di lihat oleh manusia. Hanya allah sahaja yang mampu melihat dan mengetahui segalanya. "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika kita tidak mengubahnya sendiri".

Pergilah dengan hati yang terbuka dan minda yang tenang. Jauhkanlah diri anda dari bisikkan syaitan laknatullah. Penuhi dada kamu semua dengan kalimah ‘laillahhaillalah’.

Lakukan perubahan yang benar-benar perubahan. Kuasa di tangan anda. 25.10.2008 adalah penentu masa depan melayu di tanjong.
Pilihlah pemimpin baru iaitu Datuk Ahmad Kabeer Nagore, Y.M Raja Munir Shah dan Datuk Syed Hussin. Mereka ini adalah gandingan mantap yang kan membawa perubahan di tanjong…….

Sekian dan jumpa lagi….

Wednesday, October 22, 2008

Lakukan Perubahan pada 25.10.2008 ini !!!

Tanjong 22hb Okt:- Pemilihan Bahagian yang akan berlangsung pada 25hb Oktober ini di jangka panas dimana penyandangnya Datuk Ahmad Ibni Hajjar akan di cabar oleh Datuk Ahmad Kabeer Nagore yang juga merupakan pemilik AKN Technologies Sdn. Bhd.

Pertandingan 2 penjuru ini menunjukkan para perwakilan Tanjong amat berharap agar berlakunya perubahan dalam kepimpinan bahagian. Menurut pemerhati yang sering mengikuti perkembangan di dalam UMNO Bahagian Tanjong, kepincangan dalam kepimpinan Datuk Ahmad IbniHajjar boleh di gunakan oleh Datuk Ahmad Kabeer Nagore yang kini di lihat meraih sokongan yang banyak dari pelbagai peringkat. Beliau yang enggan di kenali berkata Datuk Ahmad IbniHajjar seorang yang amat sombong semasa kepimpinannya dan hanya menjaga kroninya saja dengan memberikan pelbagai projek. Menurut beliau lagi, sebagai salah seorang yang veteran dalam UMNO tanjong beliau amat berharap agar para perwakilan membuat peralihan yang betul dengan memastikan Ketua Bahagian yang ada sekarang ini di tukar. Katanya lagi "saya kini dah berusia 78 tahun, semasa zaman saya dahulu pemimpin yang di pilih takut untuk memegang jawatan, kerana ia amanat yang besar, tapi hari ini jawatan menjadi rebutan.". Beliau yang pernah menjadi AJK pada era 60-an juga berkata sejak kepimpinan diambil alih oleh Datuk Ahmad IbniHajjar keadaan orang melayu di tanjong amat membimbangkan.

Menurut seorang lagi veteran UMNO Pulau Pinang, yang berusia 82 tahun yang menetap di Jelutong, UMNO "UMNO tanjong satu ketika dahulu di zaman kepimpinan era 60an amat mantap dari segi kedudukan dan juga lantang bersuara". namun beliau merasa janggal sejak kepimpinan yang di terajui oleh Datuk Ahmad IbniHajjar ini hanya pandai membuat kenyataan dalam akhbar namun tiada tindakan susulan yang di ambil. Beliau juga menyeru kepada semua para perwakilan yang akan bersidang tidak lama lagi supaya menukar kepimpinan yang ada kini dan di beri kepada mereka yang betul-betul hendak memperjuangkan UMNO.
Dalam perkhabaran lain yang tanjong sempoi lihat ketika ini, peratusan untuk Datuk Ahmad Kabeer Nagore dan pasukannya mempunyai menang boleh di katakan tinggi sejak kemenangan yang di perolehi oleh Saudara Jeffri Salim dalam pemuda di mana senario sokongan yang kini di lihat lebih berpihak kepada Datuk Ahmad Kabeer Nagore. Jadi bagi tanjong sempoi Datuk Ahmad IbniHajjar akan mengalami kekalahan yang akan membuatkan beliau kehilangan takhta.
Sekian dan jumpa lagi………………….

Monday, October 20, 2008

Tahniah Jeffri Salim!!!

Tanjong 19 Okt:- Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong yang berlangsung semalam di E & O Grandballroom menyaksikan calon Pilihan iaitu saudara Jeffri Salim telah berjaya mengenepikan Saudara Md Nor dengan kemenangan besar apabila meraih undi dari perwakilan yang datang bersideng dengan majoriti besar 90-28.

Kemenangan yang tidak diduga ini telah memberi impak yang besar dalam pemilihan peringkat Bahagian yang akan berlangsung pada 25/10/2008. Persidengan yang bermula pada jam 11.00 pagi menyaksikan ucapan perasmian yang di sempurnakan oleh Datuk Ahmad IbniHajjar yang dengan terangnya menyokong Saudara Md Nor dengan mengatakan bahawa " Perwakilan hari ini kita harus menolak calon yang tidak boleh bersama dengan kita di Pulau Pinang, kita ada calon yang menetap di Pualu Pinang, mengapa kita harus mencari mereka yang menetap di Kuala Lumpur". Menurutnya lagi " Saya telah memperjuangkan berkenaan isu terpinggir sejak tahun 2005 sehingga kini dan berbagai perancangan telah di bentuk untuk membawa ekonomi melayu ke tahap yang tinggi". Ucapan perasmian yang di jalankan itu hanya memakan masa 20 minit berbanding dengan ucapan beliau selama ini yang terlalu lama.
Persidangan Pemuda yang bermula lebih kurang ham 11.45 menyaksikan Pengerusi Tetapnya Datuk Syed Hussin memulakan ucapan dan Peringatan mesyuarat, namun ketika selesai memberi peringatan mesyuarat, Saudara Fahami Ashroff dari cawangan Lebuh Pantai bangun untuk membuat bantahan di mana dengan menyatakan bahawa mengapa harusnya Ketua Penerangan Pemuda Saudara Azahar di lucutkan dari jawatan di saat-saat akhir bantahan itu di tujukan kepada Ketua Pemuda Tanjong Tuan Haji Saharuddin, dan Haji Saharuddin menjawab bahawa beliau juga di buang satu ketika dahuludan ini adalah satu masalah terpencil. Seterusnya Saudara Fahami membuat satu lagi bantahan dengan kali ini di tujukan kepada Setiausaha Pemuda Bahagian yang tidak melakukan undian untuk penentuan No Calon, namun jawab Setiausaha pemuda , cabutan undi tidak pernah di lakukan untuk memilih no calon. Persidangan seterusnya berjalan dengan lancar, Namun banyak teguran yang dapat di lihat kali ini datang dari para perwakilan seperti Saudara Shahril Ismail, Saudara Haslin Saudara Jajakhan dan ramai lagi. Namun Pengerusi Tetap Pemuda berjaya mengawal keadaan supaya ia tidak menjadi tegang.

Proses pengundian untuk memilih Ketua Pemuda Tanjong berjalan dengan lancar dan bermula kira-kira jam 1.15 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang, namun keadaan menjadi panas apabila proses pencalonan untuk Ketua Pemuda Malaysia menyaksikan tiga nama telah di naikkan oleh 1. Datuk Mukhriz oleh Saudara Khairuddin , 2. Datuk Seri Khir Toyo oleh Fahami dan 3. Saudara Khairy Jamaludin oleh Haji Saharuddin.
Ketegangan yang berlaku bermula apabila Saudara Sharil dari jalan Northam mencadangkan agar undian di jalankan secara sulit namun bantahan telah di lakukan oleh Saudara Borhan yang meminta pengundian di jalankan secara mengangkat tangan pertengkaran juga telah berlaku di antara Saudara Haslin dengan perwakilan Cawangan Kampung Kolam. Juga dapat di lihat Ketua Pemuda Bahagain Haji Saharuddin di tegur oleh Pengerusi tetap Persidangan kerana berkelakuan kurang sopan. Ini telah membutkan sidang di dalam dewan itu telah menjadi panas apabila berlaku pertengkaran mulut. Namun Pengerusi Tatap berjaya mengawal keadaan apabila menanguhkan mesyuarat selama lebih kurang 15minit bagi mencari jalan penyelesaian dengan meminta Saudara Norman Wakil dari Bayan Baru supaya berbincang dengan Saharuddin, Khairuddin dan Fahami. Setelah lebih kurang 10 minit berbincang mereka masuk kedalam dewan dengan melakukan undian secara mengangkat tangan dan ini membuatkan Khairy Jamaludin menang dengan 72 undi. Setelah selesai Pemuda UMNO tanjong telah sebulat suara meluluskan usul tergempar yang telah di bawa oleh Saudara Fahami Ashroff apabila mendesak agar Persidangan Pemuda UMNO Malaysia di adakan pada tarikh asal iaitu di bulan Disember.

Selepas usul itu di terima persidangan di tangguhkan selama 20 minit.

Seterusnya selepas bermula semula ucapan penanguhan telah di lakukan oleh 3 wakil iaitu Saudara Fahami Ashroff yang dengan lantangnya menkritik dan mendesak Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon agar mengambil tindakan keatas Ketua Wanita Gerakan dan Timbalan Preiden Gerakan atas kenyataan yang menimbulkan kemarahan orang melayu. Beliau juga menyebut bahawa harusnya berlaku pertukaran Ketua Bahagian di mana ketua bahgaian yang ada sekarang ini tidak berfungsi. Saudara Sharil Ismail pula dalam ucapan penanguhan yang menceritakan sejarah tentang kejatuhan tamadun di andalusia beliau juga membawa semua perwakilan merenung dan menghayati kajatuhan andalusia itu dengan menceritakannya. Beliau juga mebangkitkan berkenaan Perlembagaan Malaysia didalam artikel 153, 121 (a). Manakala Abdul Rahman Makhtundalam ucapan penanguhannya berkata bahawa tidak ada lagi perbezaan di antara mamak dengan melayu kerana mamak itu islam dan melayu itu islam. Beliau juga meyeru agar semua perwakilan bersatu demi menjayakan agenda yang di bawa.

Pengumuman keputusan Ketua Pemuda Tanjong di lakukan oleh Saudara Nornan pada tepat jam 5.00 petang dimana Keputusanya saudara Jeffri Salim telah dinobatkan sebagai Ketua Pemuda Tanjong yang baru dengan memperolehi undi sebanya 90 manakala Md Nor 28. Jawatan Naib Ketua Pemuda pula di menangi oleh Saudara Nizam dengan menewaskan saudara Masri 80-38.
Dengan ini saudara Jeffri Salim telah menpati ramalan semua untuk menjadi ketua pemuda umno tanjong dan dengan kemenangan ini maka insyallah Ketua Bahagian Tanjong yang baru juga adalah Datuk Ahmad Kabeer Nagore…
Sekian dan jumpa lagi……

* p/s: Semasa tanjong sempoi berada di dalam dewan tanjong sempoi lihat pemuda UMNO tanjong lembik…. Ingat kembalikan semula semangat pejuang……

Saturday, October 18, 2008

Pekida Tanjong Tidak Iktiraf Md Nor.....

Bismillahhirahmanirahim.... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi. Terlebih dahulu ingin tanjong sempoi memanjatkan kesyukuran kepada allah S.W.T kerana memberi keberkatan dalam hidup tanjong sempoi sehingga hari ini.

Apa yang membingungkan tanjong sempoi ketika ini, mengenai sms yang kian tersebar didalam tanjong bahawa Pekida mengiktiraf perjuangan Md Nor dengan memohon memberi sokongan kepada beliau.

Untuk pengetahuan semua Ahli UMNO Tanjong, Pekida Tanjong tidak pernah mengiktiraf Md Nor Subaidah sebagai abang ataupun adik dialam Kawasan Tanjong. Untuk pengetahuan ahli UMNO Tanjong juga, Pekida Tanjong tidak pernah mengadakan mesyuarat atau perjumpaan untuk memberi sokongan penuh kepada Md Nor.

Dalam mesyuarat yang di adakan baru-baru ini semua ahli bai'ah tidak sama sekali akan melibatkan perjuangan Pekida dengan Politik, ini semua bagi mengelakkan berlakunya perpecahan umat melayu di dalam Malaysia amnya dan Tanjong khususnya.

Jadi kepada semua ahli bai'ah yang akan terlibat dengan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, ingin sekali lagi tanjong sempoi katakan, penyebaran sms yang di hantar baru-baru ini adalah sms palsu yang hanya ingin meraih populariti murahan daripada ahli UMNO Tanjong.

Dengan ini tanjong sempoi menyeru kepada semua perwakilan supaya tidak terpengaruh dengan sms itu dan harapan tanjong sempoi berilah sokongan penuh kepada Saudara Jefri Salim.

Perjuangan Pekida adalah berbeza dengan Perjuangan Politik kerana Pekida memperjuangkan agenda yang sejati...

Allahuakbar!!!Allahhuakbar!!!Allahhuakbar!!!

Friday, October 17, 2008

Bangunlah Pemuda Tanjong!!!!!

Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapkan buat pembaca setia ruangan tanjong sempoi. Terlebih dahulu tanjong sempoi ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf andai corak penulisan tanjong sempoi kebelakangan ini lebih cenderung untuk menghentam mereka yang tanjong sempoi rasakan tidak layak untuk menjadi pemipin di peringkat Bahagian Tanjong. Apa pun tanjong sempoi tidak mahu di gelar sebagai penakut atau sebagai "yes man" kepada mereka yang berkuasa. Ini kerana hasrat tanjong sempoi mewujudkan "blog" ini adalah kerana ingin memecahkan minda kolot yang dimiliki oleh kebanyakkan ahli UMNO di Bahagian Tanjong. Syukur juga tanjong sempoi rasakan dengan adanya blog tanjong sempoi, kebanyakkan ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong dapat meluahkan perasaan marah yang terpendam selama ini.
Berbalik kepada tajuk yang akan di kupaskan oleh tanjong sempoi hari, ingin tanjong sempoi tegaskan bahawa untuk menjadi bangsa atau rakyat yang baik dan berjasa, maka kita haruslah melihat hala tuju kemana ingin kita bawa jauhnya UMNO ini pergi. Kita semua sudah tahu betapa Nor Mohamed atau lebih di kenali sebagai "Md Nor Subaidah" ini adalah barua atau balaci saja kepada Ketuanya yang bernama Datuk Ahmad IbniHajjar. Sepanjang tanjong sempoi melihat beliau aktif dalam Bahagian Tanjong, tidak pernah terlihat sifat kepimpinan yang di bawa oleh Md Nor Subaidah ini. Apa yang menjadi kemusykilan kepada tanjong sempoi, mampukan beliau memimpin Pemuda? Jawapan yang di berikan adalah tidak. Ini kerana tanjong sempoi lihat kalau jadi pemimpin hanya kerana untuk mendengar cakap orang lebih baik duduk di rumah tengok Astro Awani banyak benda yang boleh dapat maklumat di sana.
Lagi satu pesanan tanjong sempoi kepada saudara Hamzah setiausaha Pemuda Bahagian Tanjong, sedarlah sikit diri anda tu, nak lawan ketua pemuda hari tu tak jadi sebab dengar sangat cakap Datuk Ahamad Hajar tu suruh tarik diri, macam mana layak nak jadi Ketua Cawangan kalau keputusan untuk diri sendiri di tentukan oleh Datuk Mat Hajar. Tanjong sempoi ingat kalau Datuk Mat Hajar suruh cium kaki dia pun Saudara Hamzah ni sanggup. Yang penting Saudara Hamzah ni dapat pegang Jawatan. Orang macam Hamzah ni harus di buang jauh-jauh dari dalam UMNO kerana dia adalah PENGKHIANAT PARTI dan mampu merosakkan UMNO di masa depan. Sudahlah cakap melayu tak pandai lepas tu nak belagak pulak cakap orang putih.
Jadi untuk Perwakilan Pemuda yang akan bersidang pada hari ahad ini, bangunlah dan berjuanglah untuk memastikan UMNO terus utuh di bumi tanjong. Lakukan pemilihan yang tepat dengan memilih seperti apa yang tanjong sempoi cadangkan ini, ingatlah jika anda memilih pemimpin seperti Md Nor dan Hamzah maka akan hancurlah orang melayu di tanjong ini. Jadi pilihan yang tepat adalah Saudara Jeffri Salim.
Janganlah anda masih ingin mengikut telunjuk mereka yang berada di atas anda, kerana undi anda akan menentukan masa depan bangsa anda. Undi anda adalah penentu kepada masa depan anak, cucu, dan cicit anda.
Jadi Bangunlah Pemuda UMNO Tanjong yang akan bersidang pada 19hb Oktober 2008 di E&O Hotel. Jangan masih lena di buai mimpi dan masih menjadi barua dan balaci kepada orang yang hanya ingin merosakkan bangsa.
Sesungguhnya hari ini bersempena denagan hari Jumaat iaitu penghulu kepada segala hari, tanjong sempoi ingin mencabar anda semua supaya jangan menjadi PENGECUT dan BACUL, janagan masih mengikut telunjuk Datuk Mad Hajjar, kerana beliau hanya ingin menjaga kepentingan beliau sahaja. Pilihlah Saudara Jeffri Salim, untuk memastikan perubahan dapat di lakukan di bumi tanjong.
Insyallah jika ada kesempatan tanjong sempoi akan berada di E&O Ballroom untuk sama-sama mengikuti perkembangan di sana, tapi jemputan tanjong sempoi tak terima. Biarlah asalakan Pemuda UMNO Tanjong di terajui oleh pemimpin yang bernama Jeffri Salim.....
Allahhuakhbar!!!!!!Allahhuakhbar!!!!!Allahhuakhbar!!!!!!

Monday, October 13, 2008

Kemana Hala tuju Datuk Ahmad IbniHajjar.....

Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca setia ruangan ini. Kali ini tanjong sempoi ingin mencari sesuatu mengenai kedudukan Datuk Ahmad IbniHajjar di dalam Bahagian Tanjong setelah pengumuman Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang tidak lagi mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan sekaligus akan membuat peralihan kuasa iaitu dengan menyerahkan Jawatan Perdana Menteri secara rasminya kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakikatnya disini kalian warga UMNO tanjong seharusnya lebih mengetahui bahawa Datuk Ahmad IbniHajjar ini adalah seorang yang Pro Paklah, dan beliau pernah mengaku bahawa Paklah adalah sepupu beliau (entah betula atau tidak) semasa Paklah mula di lantik menjadi Perdana Menteri, jadi yang menjadi kemusykilan kepada tanjong sempoi apakah beliau masih mahu mempertahankan jawatan beliau kerana sepanjang tanjong sempoi mengenali beliau tidak pernah lagi tanjong sempoi lihat majlis yang di anjurkan oleh beliau dihadiri oleh Datuk Seri Najib ( kalau ada pun Perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong 2/3 tahun lepas) itu pun majlis UMNO.

Jadi bagi tanjong sempoi seharusnya UMNO bahagian tanjong melakukan perubahan dengan memilih pemimpin yang boleh di katakan agak rapat dengan bakal Presiden UMNO iaitu Datuk Ahmad Kabeer Nagore. Dengan cara ini sahaja suara UMNo bahagian tanjong akan dapat di dengari oleh bakal Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperkara lagi yang ingin di tekankan oleh Tanjong sempoi kepada Datuk Ahmad IbniHajjar, sebenarnya orang UMNO di Bahagian Tanjong sudah muak dan meluat untuk tengok muka Datuk Ahmad IbniHajjar ini dapat dilihat apabila kebanyakkan ahli-ahli atau ketua-ketua cawangan yang sebelum ini bersama Ahmad IbniHajar telah berpaling tadah dengan menyokong Datuk Ahmad Kabeer Nagore, jadi saranan tanjong sempoi sebelum anda kalah wahai Datuk Ahmad IbniHajjar sebaiknya anda mengundurkan diri. Jangan memperbodohkan diri anda dengan mainan politik yang akan merugikan orang melayu Tanjong.

Dan kepada para perwakilan yang telah di pilih untuk mewakili suara akar umbi, buatlah yang terbaik dan lakukan pemilihan yang disarankan oleh tanjong sempoi di bawah ini, sesunguhnya mereka ini akan menjadi suara orang UMNO tanjong yang akan membawa perubahan dan seterusnya mengangkat ekonomi orang melayu di Bumi Tanjong.....

Pemilihan haruslah di lakukan seperti di bawah ini.....

Ketua UMNO Bahagian Tanjong: Y.Bhg Datuk Ahmad Kabeer Nagore

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong ; Y.M Raja Munir Shah

Naib Ketua UMNo Bahagian Tanjong: Y.Bhg Datuk Syed Husin

ingatlah mereka inji akan memperjuangkan agenda melayu di bumi Tanjong....

Sekian dan Jumpa lagi............................

Tuesday, October 7, 2008

Siapa Lebih Layak Terajui Pemuda UMNO Bhaagian Tanjong ?


Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca yang setia menanti paparan dari tanjong sempoi yang lebih panas dan mengancam ini. Sedar-tidak sedar pemilihan UMNO Bahagian-bahagian di seluruh negara akan bermula dari 9 Oktober ini dan di jangka berakhir pada 9 November jika tidak ada masalah yang melanda negara.

Umum mengetahui bahawa persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong bagi penggal ini bakal menyaksikan persaingan yang sengit di antara Saudara Jeffri Salim yang merupakan seorang Usahawan berjaya dengan seorang Pengurus Nasi Kandar, Saudara Noor Mohamed.

Jika melihat dari keterampilan untuk mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, tanjong sempoi rasakan bahawa Saudara Jeffri Salim lebih layak kerana beliau merupakan seorang yang dilihat mempunyai pakej yang cukup termasuk mempunyai lulusan Universiti Malaya dan juga mempunyai perniagaan sendiri berbanding dengan Noor Mohamed yang hanya merupakan Pengurus Kedai Nasi Kandar dan hanya tamat pelajaran peringkat SPM saja, itu pun tanjong sempoi tak tahu beliau lulus atau pun tak.

Jadi tinggal lebih kurang 12 hari dari sekarang, tanjong sempoi amat mengharapkan agar Perwakilan Pemuda yang di berikan amanah oleh ahli-ahli Cawangan agar membuat pemilihan yang tepat iaitu dengan memilih Saudara Jeffri Salim bagi memudahkan perjalanan Pemuda UMNO Tanjong selepas ini lebih di geruni dan akan menjadi contoh kepada Pemuda UMNO Bahagian lain. Jadi di bawah ini tanjong sempoi cadangkan agar senarai ini boleh di jadikan ikutan buat semua Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong untuk memangkah calon pilihan anda semua.

Ketua Pemuda Malaysia : Datuk Mukhriz Mahathir/ Datuk Seri Dr.Khir Toyo
Naib Ketua Pemuda Malaysia : Y.B Razali IBrahim

Ketua Pemuda UMNO Tanjong: Saudara Jeffri Salim
Naib Ketua Pemuda UMNO Tanjong : Saudara Masri Sebaidi/ Saudara Harris

Senarai Ahli Jawatankuasa : Pilih muka baru dan lama yang boleh buat kerja/ dan lantang bersuara ( jangan pilih tangkap muat sahaja... ( Nanti tanjong sempoi bagi nama yang di lihat boleh menyengat)

Wakil 2: Mereka yang benar-benar layak


Harapan tanjong sempoi, Pemilihan ini demi menjamin pembangunan masyarakat melayu di Pulau Pinang amnya dan Tanjong khususnya. Jangan biarkan diri anda di cemari dengan Rasuah. Pilihlah yang boleh membantu anda…..
sekian jumpa lagi......

Monday, October 6, 2008

Kegagalan Besar Datuk Ahmad IbniHajjar Sepanjang Menjadi Ketua Bahagian Tanjong!!!!

Salam bahagia dan salam hormat tanjong sempoi ucapkan buat semua pembaca setia tanjong sempoi. Hari ini genap 6 hari kita semua meraikan hari raya aidilfitri setelah selama sebulan kita berpuasa. Dan seperti yang tanjong sempoi janjikan semasa ucapan hari raya tempoh hari... tanjong sempoi akan dedahkan semua kelemahan yang di lakukan oleh Datuk Ahmad IbniHajjar sepanjang beliau memimpin UMNO Bahagian Tajong. Kegagalan ini adalah dari segi memperjuangkan ekonomi orang melayu.
Beliau hanya pandai mengampu dan bodek kepimpinan tertinggi di tambah lagi kepetahan beliau dalam bercakap bohong kononnya ingin membantu melayu di kawasan tanjong membina ekonomi. Tanjong sempoi tidak mahu banyak bicara, di bawah ini tanjong sempoi paparkan petikan ucapan beliau semasa kedatangan Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Pulau Pinang untuk merasmikan Bangunan UMNO Tanjong yang akhirnya menjadi milik Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong. Beliau bukan saja menipu orang melayu Tanjong tetapi beliau juga menipu Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia kononnya untuk merasmikan Bangunan UMNO Tanjong.
Jadi layakkah penipu sebegini menjadi Pemimpin orang Melayu di Tanjog?
Apa masih tidak sedar lagikah wahai ahli UMNO Tanjong?
Jadi gunakan peluang yang ada untuk menjatuhkan pemimpin yang memiliki sikap 3p iaitu
1. Pembohong
2. Penyamun
3. Pengkhianat
Pada 25hb Oktober 2008... Semoga allah memberi ketenangan kepada semua Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong.....
Ikuti teks ucapan menipu beliau di bawah ini:......
Berikut adalah bukti bahawa UMNO P.Pinang hanya pandai tunjuk jaguh bila dah kalah PRU ke 12 di P.Pinang baru-baru ini. Padahal selama mereka menjadi "kerajaan" apa yang telah mereka lakukan untuk melayu P.Pinang selain dari bercakap kosong sahaja?Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk mengungkit kisah lama tapi sekadar renungan kita bersama tentang wajah sebenar UMNO P.Pinang dalam membela nasib orang melayu (kononnya) Bacalah sendiri ucapan Ketua Bahagian Umno Tanjung pada tahun 2006 ini..

TRANSKRIP PENUH TEKS UCAPAN KETUA UMNO BAHAGIAN TANJONG,PULAU PINANG DATO' AHMAD IBNIHAJAR SEMASA PERASMIAN BANGUNAN UMNO OLEH PERDANA MENTERI MERANGKAP PRESIDEN UMNO 5 SEPTEMBER 2006.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertamanya saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan kekuatan dan keazaman yang diberikan, telah membolehkan kami, UMNO Bahagian Tanjong melalui Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong, telah berjaya membeli sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai rumah UMNO Bahagian, ditengah bandaraya ini. Saya bagi pihak ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong, mengalu-alukan kehadiran YAB Pak Lah, Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden UMNO yang kita kasihi. Sesungguhnya kami amat berbangga dengan kehadiran YAB Pak Lah yang dapat meluangkan masa keemasan beliau hadir di tengah Bandar Georgetown ini bagi merasmikan bangunan UMNO Bahagian Tanjong. Tidak lupa juga saya mengalu-alukan kehadiran semua para hadirin dan sahabat-sahabat saya, yang tak sempat saya nyatakan di sini, yang dapat bersama-sama hadir pada pagi ini. Semoga kehadiran anda semua akan menyerikan lagi majlis perasmian Bangunan UMNO Bahagian Tanjong ini.

Yang dikasihi YAB Pak Lah, Kami di Tanjong bukan sahaja tetap menyokong kepimpinan YAB Pak Lah dan cara kepimpinan YAB Pak Lah, tetapi terus terang saya berani katakan, kebanyakkan rakyat lebih selesa dengan cara ini. Kita rasa lebih rapat dan tidak takut mengeluarkan pendapat. Inilah yang dikatakan ketelusan. Sudah sampai masanya, cara dahulu iaitu 'Demokrasi Terpimpin' ditukar dengan cara sekarang, 'Bekerja bersama Pak Lah'. Kita dapat lihat, bukan sahaja orangramai rasa selesa, malah negara asing lebih menghormati pemimpin kita. Kita nampak ketiga-tiga bidang Kehakiman, Pelaksanaan dan Eksekutif dapat berganding bahu dengan baik dalam pentadbiran negara ini. Syabas YAB Pak Lah!!!. Kami di Tanjong tetap menyokong cara kepimpinan YAB Pak Lah dan amat suka dengan cara YAB Pak Lah memimpin negara ini.
UMNO Bahagian ini mengucapkan tahniah kepada YAB Pak Lah atas pembentangan Belanjawan 2007 yang merupakan belanjawan mesra rakyat.Belanjawan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada sector korporat tetapi juga kepada rakyat berpendapatan rendah seperti pemansuhan yuran peperiksaan dan juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk manfaat rakyat. Syabas YAB Pak Lah!!!. Sejak kebelakangan ini, banyak yang telah diperkatakan mengenai masalah Melayu Pulau Pinang hingga setiap hari akhbar menyiarkan isu ini. Pada pandangan saya, isu ini tidak dapat diselesaikan tanpa ada fokus dan perbincangan serius. Di sini, saya tidak berhasrat untuk menyalahkan sesiapa. Apa yang saya sentuh adalah bagaimana nak selesaikan masalah-masalah ini. Walaupun masalah Melayu sentiasa dibincang, tetapi polisi dan pelaksanaan yang dirangka gagal menyelesaikan masalah ini. Berdasarkan kajian dan penelitian yang dibuat mengenai masalah orang Melayu, saya dapat bahagikan isu ini seperti berikut:

KETIDAK SEIMBANGAN PENDUDUK.
Walaupun Melayu sekarang ini lebih 42% penduduk negeri Pulau Pinang, kita ingin tahu apakah perancangan kerajaan negeri dalam memastikan aspirasi penyusunan semula masyarakat tanpa kaum dan kawasan dapat dilaksanakan agar isu ketidak seimbangan penduduk di kawasan bandar dapat diatasi. Begitu juga fenomena penghijrahan orang Melayu daripada pulau ke tanah besar di Seberang Perai dan juga Kulim serta Sungai Petani di Kedah, seolah-olah memperlihatkan ada 'segregation' akibat dasar kerajaan sendiri. Taburan penduduk mengikut etnik adalah seperti berikut: FAKTA : DAERAH/ KAUM MELAYU BUKAN MELAYU TIMUR LAUT 94,444 (18.1%) 321,925 (81.9%) BARAT DAYA 95,255 (59.8%) 63,874 (40.2%) SEB.PERAI UTARA 141,317 (57.1%) 102,621 (42.9%) SEB. PERAI TENGAH 146,411 (40.7%) 213,491 (59.3%) SEB. PERAI SELATAN 44,710 (38%) 73,812 (62%)
KETIDAK SEIMBANGAN PERANCANGAN SUMBER TENAGA
Unjuran gunatenaga memperlihatkan peningkatan dalam industri perkilangan,perdagangan, borong, runcit, hotel dan restoran amat dominan kepada bukan bumiputera. Begitu juga berapa peratus bumiputera tergolong dalam kategori kakitangan pengurusan. Apakah strategi yang telah digariskan oleh kerajaan negeri dalam menyelesaikan ketidak seimbangan penduduk, gunatenaga dan pembangunan gunatenaga di negeri secara bersepadu?. FAKTA : GUNATENAGA MENGIKUT ETNIK DALAM PERHOTELAN BUMIPUTERA BUKAN BUMIPUTERA PENGURUSAN 2.4% 6.3% PENYELIA/TEKNIKAL 12.1% 18.5% STRUKTUR PEKERJA MENGIKUT ETNIK DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PDC BUMIPUTERA BUKAN BUMIPUTERA PENGURUSAN 1.8% 28.2% TEKNIKAL/PENYELIA 13.5% 52.3%
PROSPEK EKONOMI.
Kumpulan etnik bumiputera didapati mempunyai purata pendapatan isirumah yang terendah berbanding dengan kumpulan etnik lain. Contoh statistik adalah seperti berikut :
BANGSA (Tahun 1999) MELAYU RM 2,427 CINA RM 3,784 INDIA RM 2,895 KEGUNAAN TANAH MENGIKUT KAUM MELAYU BUKAN MELAYU KELUASAN TANAH UNTUK 0.05% 99.95% JENIS KEGUNAAN BANGUNAN KELUASAN TANAH UNTUK 2.04% 97.96% JENIS KEGUNAANINDUSTRI
PEMBANGUNAN TANAH WAKAF Saya berpendapat pembangunan tanah wakaf di kawasan George Town perlu dikecualikan daripada sekatan pembangunan kawasan warisan. Ini membolehkan usaha-usaha pembangunan semula tanah wakaf ini dapat dilaksanakan bagi memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada penduduk Islam di pusat Bandar ini.
PENYERTAAN BUMIPUTERA DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN,PERDAGANGAN, PERKHIDMATAN DAN PELANCONGAN. Ternyata penglibatan bumiputera dalam sektor di atas amat kecil sekali secara relative dengan kaum lain. Ini membuktikan kegagalan kerajaan negeri dalam menangani isu ini sejak dulu lagi. Apakah dasar dan strategi kerajaan negeri untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ini ?PROGRAM PERUMAHAN Adalah agak mengecewakan sehingga tahun 2000, matlamat dasar pelaksanaan rumah kos rendah di negeri ini masih belum tercapai. Adakah kerajaan negeri benar-benar serius dalam menangani isu perumahan kos rendah yang majoritinya adalah dikalangan pembeli bumiputera?. Dasar, strategi dan program untuk meningkatkan pemilikan perumahan perlu dilaksanakan segera, bukan saja terhad kepada perumahan kos rendah dan sederhana rendah tetapi juga pemilikan perumahan kos tinggi dan mewah. Pada masa ini perancangan pembangunan hanya mementingkan projek perumahan mewah yang rata-rata tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. Misalnya projek di Tanjong Tokong oleh E&O Properties yang rata-ratanya tidak mampu dibeli oleh bumiputera, walaupun pada mulanya tebustanah itu dianugerahkan kepada Kumpulan Pinang untuk pembangunan orang-orang Melayu.

FAKTA : PEMILIKAN HARTA KEDIAMAN JENIS KAUM MELAYU BUKAN MELAYU TERES 18.2% 81.9% BERKEMBAR 20.7% 79.3% SEBUAH 59.6% 40.4% KLUSTER 47.8% 42.2% KONDO 4.0% 96.0% FLAT 16.6% 83.4% Kenapa ini berlaku?. Sedangkan kepimpinan negeri menyatakan mereka banyak membantu atau cuba membantu. Sudah tentu antara sebabnya ialah kegagalan dalam polisi dan pelaksanaannya. Peranan kerajaan negeri, Majlis Perbandaran, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), PERDA, MARA dan agensi-agensi pelaksana yang lain patut dilihat semula. Disamping itu juga saya berpandangan 'Laporan Nathan' yang diguna pakai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sejak tahun 1970 dalam pembangunan negeri Pulau Pinang telah membawa keadaan seperti hari ini. Kita juga bimbang dengan perancangan struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang sekarang ini dalam sedang dipamerkan. Rancangan ini tidak mengambilkira pembangunan Melayu Pulau Pinang dan keseimbangan pembangunan antara daerah. Kita juga khuatir, hasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri maju menjelang 2010 (4 tahun lagi) akan menidakkan pembangunan untuk orang Melayu. Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri dalam memajukan orang Melayu menjelang 2010?????. Saranan YAB Pak Lah supaya satu Konsortium mesti ditubuhkan segera dan pembangunan menyeluruh di daerah kawasan orang Melayu dan luar bandar, mesti kita mulakan segera.
Saya bersetuju dengan pandangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin agar satu penanda aras pencapaian orang Melayu Pulau Pinang kita adakan. Ukuran ini bagi memastikan orang Melayu dapat maju bersama kaum lain di negeri ini. Saya juga berharap agar kerajaan negeri tidak akan membangkang segala cadangan yang dikemukakan untuk memajukan masyarakat Melayu di negeri ini. Dan orang Melayu perlu bersedia menerima cadangan agar pelaksanaan secara bersepadu dapat dilaksanakan. Untuk rekod cadangan UMNO Tanjong membangun semula Pasar Chowrasta ala Pekan Rabu dan Pasar Chulia kepada konsep pasar seni, hingga sekarang belum nampak apa-apa jawapan. Begitu juga cadangan memaju tanah di SP Chelliah untuk perumahan kos rendah tidak nampak tanda-tanda bila projek ini akan dimulakan.
YAB Pak Lah, Dato'-Dato', Tuan-Tuan & Puan-Puan YAB Pak Lah, saya bertekad untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di Bangunan UMNO ini bagi mempertingkatkan lagi martabat orang Melayu dalam kawasan bandar. UMNO bahagian akan terus memperjuangkan isu-isu orang Melayu bandar seperti masalah perumahan, ekonomi, ruangniaga, sosial dan juga pendidikan. Isu Melayu terpinggir yang disuarakan oleh UMNO bahagian ini sejak tahun 2000 lagi, akan terus diperjuangkan. Saya juga menghargai kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis hari ini. Tidak ketinggalan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Polis Diraja Malaysia atas kelancaran majlis hari ini.
Disini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan saya terhadap kepimpinan UMNO yang lalu iaitu allahyarham Dato' Zachariah, Dato' Haji Abdul Rahim Shaik Mohamad dan Dato' Zahrain yang telah sama-sama meletak asas kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong ke tahap kejayaan pada hari ini. Kesinambungan kepimpinan ini telah membolehkan UMNO Bahagian ini mempunyai sebuah rumah bahagian pada hari ini…, Alhamdulillah. Akhir kata, bagi kami, kehadiran YAB Pak Lah telah memperrtingkatkan iltizam dan keazaman kami untuk terus berjuang untuk kepentingan orang Melayu di kawasan Tanjong. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas kehadiran Pak Lah pada hari ini.Kami semua berdoa semoga Allah swt akan terus memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Pak Lah bagi meneruskan khidmat suci murni ini.
Wassalam

Dipetik dari www. AgendaDaily.com
Apakah yang dilakukan oleh beliau selepas ucapan yang di lakukan ini dari tahun 2006 hingga 2008 masyarakat melayu tetap sama di tanjong bahkan Barisan Nasional Kalah teruk di tanjong, jadi jangan beri peluang lagi kepada beliau....... Allahhuakbar!! Allahhuakbar!! Allahhuakbar!! Lakukan Perubahan demi selamtkan UMNO Tanjong.....