Sunday, June 14, 2009
PKR Mengancam Kedaulatan Negara.....
Bagi rakyat Malaysia tanjong sempoi akan mengemukakan fakta tanjongsempoi mengenai PKR dalam penulisan yang akan datang....
Jadi kepada semua rakyat Malaysia... Berhati-hati dengan dakyah PKR....
Sehingga berjumpa lagi...
Sunday, December 28, 2008
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430!!!!!
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya tanjong sempoi. Ingin tanjong sempoi nyatakan disini, tanjong sempoi masih aktif menulis, namun di sebabkan kesihatan tanjong sempoi yang terjejas tempoh hari membuatkan tanjong sempoi mengurangkan aktiviti penulisan tanjong sempoi. Kini tanjong sempoi dah kembali bertugas untuk membuat seberapa banyak posting di dalam blog ini supaya dapat terus membantu umat islam dan melayu di Malaysia ini berjuang mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara.
Walaupun telah hampir 2 bulan kita telah melalui proses pemilihan Peeringkat Bahagian Tanjong, Tanjong Sempoi lihat rata-rata ahli UMNO di Tanjong dah sedikit mengugat kepimpinan Datuk Ahmad Ibni Hajjar, dimana undi yang di perolehi oleh Datuk Ahmad Ibnihajjar tidak terlalu jauh dengan pencabarnya. Namun selepas proses pemilihan itu tanjong sempoi ingin sarankan agar barisan kepimpinan baru Bahagian Tanjong terus memperjuangkan agenda Islam dan Melayu di bumi bertuah ini.
Sempena dengan Sambutan Maal Hijrah ini juga tanjong sempoi ingin menyeru supaya umat islam semua memahami tema sambutan tahun ini di mana "Menjana Perpaduan Ummah" agar agama Islam akan terus kehadapan. Sempena dengan azam tanjong sempoi untuk tahun baru ini juga, tanjong sempoi akan terus membuat liputan berkaitan dengan islam dan melayu dengan lebih panas di seluruh Malaysia, Insyallah. Teruskan membaca blog "TANJONG SEMPOI" SENANTIASA BERSUARA DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA........ Assalammualaikum dan Jumpa Lagi............
Thursday, October 23, 2008
Bangunlah Bangsaku, Lakukan Perubahan!!!
Mungkin manusia hari ini lupa akan asas perjuangan parti keramat UMNO dimana wang di lihat lebih menguasai diri. Sedarlah kita setelah 445 pernah di jajah satu ketika dahulu apakah masib kita ingin di jajah semula walau pun bukan dari segi zahir (nampak) tapi dari segi batiniah (dalaman) amat jelas.
Ingatlah bangsaku,jika hari ini kita tidak mahu melakukan perubahan janganlah kita kesal apabila satu hari nanti bangsa kita akan di jajah dan di hina oleh bangsa lain. Ini telah berlaku di bumi arab sebagai contoh di Iraq apabila kepimpinan yang di atas bertelagah sesama sendiri rakyat yang menderita. Kepimpinan ala kuku besi yang dibuat telah menjadikan rakyatnya menderita. Satu lagi contoh yang paling dekat di Indonesia di mana kegagalan mentadbir negara dan asyik di kepit oleh keroni-keroni maka hari ini kita lihat Negara Indonesia amat teruk dari segi ekonomi.
Apa mahukah kita menjadi seperti Iraq dan Indonesia?
Sudah jelas ketika ini di bumi tanjong hanya tingal 15% sahaja lagi orang melayu. Dan jika perkara ini dibiarkan berterusan maka tanjong sempoi lihat dalam masa 5 tahun dari sekarang akan berkuburlah bangsa kita.
Apakah kita masih belum sedar akan perkara ini?
Ingatlah, jika kita masih inginkan kepimpinan yang telah 3 penggal menerajui tanjong tanpa sebarang perubahan, maka padahnya hanya boleh di lihat dalam masa 3 tahun dari sekarang, namun jika kita memberi peluang kepada kepimpinan yang baru maka bangsa kita akan di terima dengan cara yang baru.
Bangunlah para perwakilan lakukan perubahan tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Undi kita adalah sulit dan tidak mampu di lihat oleh manusia. Hanya allah sahaja yang mampu melihat dan mengetahui segalanya. "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika kita tidak mengubahnya sendiri".
Pergilah dengan hati yang terbuka dan minda yang tenang. Jauhkanlah diri anda dari bisikkan syaitan laknatullah. Penuhi dada kamu semua dengan kalimah ‘laillahhaillalah’.
Lakukan perubahan yang benar-benar perubahan. Kuasa di tangan anda. 25.10.2008 adalah penentu masa depan melayu di tanjong.
Sekian dan jumpa lagi….
Wednesday, October 22, 2008
Lakukan Perubahan pada 25.10.2008 ini !!!
Dalam perkhabaran lain yang tanjong sempoi lihat ketika ini, peratusan untuk Datuk Ahmad Kabeer Nagore dan pasukannya mempunyai menang boleh di katakan tinggi sejak kemenangan yang di perolehi oleh Saudara Jeffri Salim dalam pemuda di mana senario sokongan yang kini di lihat lebih berpihak kepada Datuk Ahmad Kabeer Nagore. Jadi bagi tanjong sempoi Datuk Ahmad IbniHajjar akan mengalami kekalahan yang akan membuatkan beliau kehilangan takhta.
Monday, October 20, 2008
Tahniah Jeffri Salim!!!
Kemenangan yang tidak diduga ini telah memberi impak yang besar dalam pemilihan peringkat Bahagian yang akan berlangsung pada 25/10/2008. Persidengan yang bermula pada jam 11.00 pagi menyaksikan ucapan perasmian yang di sempurnakan oleh Datuk Ahmad IbniHajjar yang dengan terangnya menyokong Saudara Md Nor dengan mengatakan bahawa " Perwakilan hari ini kita harus menolak calon yang tidak boleh bersama dengan kita di Pulau Pinang, kita ada calon yang menetap di Pualu Pinang, mengapa kita harus mencari mereka yang menetap di Kuala Lumpur". Menurutnya lagi " Saya telah memperjuangkan berkenaan isu terpinggir sejak tahun 2005 sehingga kini dan berbagai perancangan telah di bentuk untuk membawa ekonomi melayu ke tahap yang tinggi". Ucapan perasmian yang di jalankan itu hanya memakan masa 20 minit berbanding dengan ucapan beliau selama ini yang terlalu lama.
Persidangan Pemuda yang bermula lebih kurang ham 11.45 menyaksikan Pengerusi Tetapnya Datuk Syed Hussin memulakan ucapan dan Peringatan mesyuarat, namun ketika selesai memberi peringatan mesyuarat, Saudara Fahami Ashroff dari cawangan Lebuh Pantai bangun untuk membuat bantahan di mana dengan menyatakan bahawa mengapa harusnya Ketua Penerangan Pemuda Saudara Azahar di lucutkan dari jawatan di saat-saat akhir bantahan itu di tujukan kepada Ketua Pemuda Tanjong Tuan Haji Saharuddin, dan Haji Saharuddin menjawab bahawa beliau juga di buang satu ketika dahuludan ini adalah satu masalah terpencil. Seterusnya Saudara Fahami membuat satu lagi bantahan dengan kali ini di tujukan kepada Setiausaha Pemuda Bahagian yang tidak melakukan undian untuk penentuan No Calon, namun jawab Setiausaha pemuda , cabutan undi tidak pernah di lakukan untuk memilih no calon. Persidangan seterusnya berjalan dengan lancar, Namun banyak teguran yang dapat di lihat kali ini datang dari para perwakilan seperti Saudara Shahril Ismail, Saudara Haslin Saudara Jajakhan dan ramai lagi. Namun Pengerusi Tetap Pemuda berjaya mengawal keadaan supaya ia tidak menjadi tegang.
Proses pengundian untuk memilih Ketua Pemuda Tanjong berjalan dengan lancar dan bermula kira-kira jam 1.15 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang, namun keadaan menjadi panas apabila proses pencalonan untuk Ketua Pemuda Malaysia menyaksikan tiga nama telah di naikkan oleh 1. Datuk Mukhriz oleh Saudara Khairuddin , 2. Datuk Seri Khir Toyo oleh Fahami dan 3. Saudara Khairy Jamaludin oleh Haji Saharuddin.
Ketegangan yang berlaku bermula apabila Saudara Sharil dari jalan Northam mencadangkan agar undian di jalankan secara sulit namun bantahan telah di lakukan oleh Saudara Borhan yang meminta pengundian di jalankan secara mengangkat tangan pertengkaran juga telah berlaku di antara Saudara Haslin dengan perwakilan Cawangan Kampung Kolam. Juga dapat di lihat Ketua Pemuda Bahagain Haji Saharuddin di tegur oleh Pengerusi tetap Persidangan kerana berkelakuan kurang sopan. Ini telah membutkan sidang di dalam dewan itu telah menjadi panas apabila berlaku pertengkaran mulut. Namun Pengerusi Tatap berjaya mengawal keadaan apabila menanguhkan mesyuarat selama lebih kurang 15minit bagi mencari jalan penyelesaian dengan meminta Saudara Norman Wakil dari Bayan Baru supaya berbincang dengan Saharuddin, Khairuddin dan Fahami. Setelah lebih kurang 10 minit berbincang mereka masuk kedalam dewan dengan melakukan undian secara mengangkat tangan dan ini membuatkan Khairy Jamaludin menang dengan 72 undi. Setelah selesai Pemuda UMNO tanjong telah sebulat suara meluluskan usul tergempar yang telah di bawa oleh Saudara Fahami Ashroff apabila mendesak agar Persidangan Pemuda UMNO Malaysia di adakan pada tarikh asal iaitu di bulan Disember.
Selepas usul itu di terima persidangan di tangguhkan selama 20 minit.
Seterusnya selepas bermula semula ucapan penanguhan telah di lakukan oleh 3 wakil iaitu Saudara Fahami Ashroff yang dengan lantangnya menkritik dan mendesak Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon agar mengambil tindakan keatas Ketua Wanita Gerakan dan Timbalan Preiden Gerakan atas kenyataan yang menimbulkan kemarahan orang melayu. Beliau juga menyebut bahawa harusnya berlaku pertukaran Ketua Bahagian di mana ketua bahgaian yang ada sekarang ini tidak berfungsi. Saudara Sharil Ismail pula dalam ucapan penanguhan yang menceritakan sejarah tentang kejatuhan tamadun di andalusia beliau juga membawa semua perwakilan merenung dan menghayati kajatuhan andalusia itu dengan menceritakannya. Beliau juga mebangkitkan berkenaan Perlembagaan Malaysia didalam artikel 153, 121 (a). Manakala Abdul Rahman Makhtundalam ucapan penanguhannya berkata bahawa tidak ada lagi perbezaan di antara mamak dengan melayu kerana mamak itu islam dan melayu itu islam. Beliau juga meyeru agar semua perwakilan bersatu demi menjayakan agenda yang di bawa.
Pengumuman keputusan Ketua Pemuda Tanjong di lakukan oleh Saudara Nornan pada tepat jam 5.00 petang dimana Keputusanya saudara Jeffri Salim telah dinobatkan sebagai Ketua Pemuda Tanjong yang baru dengan memperolehi undi sebanya 90 manakala Md Nor 28. Jawatan Naib Ketua Pemuda pula di menangi oleh Saudara Nizam dengan menewaskan saudara Masri 80-38.
Dengan ini saudara Jeffri Salim telah menpati ramalan semua untuk menjadi ketua pemuda umno tanjong dan dengan kemenangan ini maka insyallah Ketua Bahagian Tanjong yang baru juga adalah Datuk Ahmad Kabeer Nagore…
Sekian dan jumpa lagi……
* p/s: Semasa tanjong sempoi berada di dalam dewan tanjong sempoi lihat pemuda UMNO tanjong lembik…. Ingat kembalikan semula semangat pejuang……
Saturday, October 18, 2008
Pekida Tanjong Tidak Iktiraf Md Nor.....
Apa yang membingungkan tanjong sempoi ketika ini, mengenai sms yang kian tersebar didalam tanjong bahawa Pekida mengiktiraf perjuangan Md Nor dengan memohon memberi sokongan kepada beliau.
Untuk pengetahuan semua Ahli UMNO Tanjong, Pekida Tanjong tidak pernah mengiktiraf Md Nor Subaidah sebagai abang ataupun adik dialam Kawasan Tanjong. Untuk pengetahuan ahli UMNO Tanjong juga, Pekida Tanjong tidak pernah mengadakan mesyuarat atau perjumpaan untuk memberi sokongan penuh kepada Md Nor.
Dalam mesyuarat yang di adakan baru-baru ini semua ahli bai'ah tidak sama sekali akan melibatkan perjuangan Pekida dengan Politik, ini semua bagi mengelakkan berlakunya perpecahan umat melayu di dalam Malaysia amnya dan Tanjong khususnya.
Jadi kepada semua ahli bai'ah yang akan terlibat dengan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, ingin sekali lagi tanjong sempoi katakan, penyebaran sms yang di hantar baru-baru ini adalah sms palsu yang hanya ingin meraih populariti murahan daripada ahli UMNO Tanjong.
Dengan ini tanjong sempoi menyeru kepada semua perwakilan supaya tidak terpengaruh dengan sms itu dan harapan tanjong sempoi berilah sokongan penuh kepada Saudara Jefri Salim.
Perjuangan Pekida adalah berbeza dengan Perjuangan Politik kerana Pekida memperjuangkan agenda yang sejati...
Allahuakbar!!!Allahhuakbar!!!Allahhuakbar!!!